Template by:
Free Blog Templates

27 October 2009

Remaja Felda Tidak Harus Diabaikan

Jika tidak kerana turun ke padang, tidak mungkin Saya dapat melihat dengan sendiri masalah yang dihadapi oleh Masyarakat.

Dalam majlis dailog yang dianjurkan di Felda, Ijok Ahad lalu, banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh para remaja termasuk mahukan Saya sebagai Adun melihat sendiri pembinaan gelanggang Futsal di situ yang tidak mengikut spekfikasi.

Ia telah menimbulkan rasa tidak puashati mereka. Justeru Saya berharap Jabatan Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Daerah yang bertanggungjawab agar segera mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut.

Janganlah projek itu dilaksanakan hanya semata-mata untuk menyediakan peluang kepada kontraktor, tetapi akhirnya ia merugikan Kerajaan yang mahu melihat kegiatan sukan berjalan dengan berkesan.

Jabatan berkenaan diminta supaya mempastikan kerja-kerja perlaksanaan projek tersebut mengikut spekfikasi sebelum penyerahan di buat, bimbang nanti jika berlaku sebarang kerosakan atau kejadian yang tidak diingini siapa yang harus dipertanggungjawabkan.


Saya juga mahu pihak berkenaan agar membuat pemeriksaan yang sama keatas pembinaan gelanggang futsal di Parlimen Larut dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas Kontraktor yang tidak mengikut arahan perlaksanaan projek.

Kontraktor yang tidak bertanggungjawab dan enggan mematahui arahan supaya disenarai hitamkan.

Saya sendiri mahu pihak berkenaan menghantar laporan perlaksanaan projek kepada Saya selaku Adun Kubu Gajah.

Mengenai, masalah generai kedua dan ketiga di Felda Ijok, Saya telah meminta Ketua Kampung mereka supaya menyediakan satu laporan untuk dipanjangkan keapda pijak Ibupejabat Felda bagi mencari jalan untuk mengaasi masalah tempat tinggal dan peluang untuk mereka menambahkan pendapatan.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Dato’ Raja.

Saya merupakan anak jati Kampung Sungai Jernih, Ijok. Saya kadang-kadang membaca blog Dato’ Raja yang memuatkan pelbagai aktiviti dato’. Terima kasih dato’ kerana rajin turun padang ke kawasan dato’.

Saya menulis kepada dato’ ini disebabkan rasa bimbang saya terhadap anak-anak muda di kawasan DUN dato’ terutamanya di kampung halaman saya. Ramai yang sudah terperangkap dengan gejala dadah.

Apabila pulang ke kampung, saya sering mendengar tentang pelbagai kecurian yang berlaku disebabkan gejala dadah yang makin berleluasa. Remaja-remaja sekolah rendah sudah pandai menghisap rokok. Malah yang lebih teruk, ada yang menghidu gam. Aktiviti-aktiviti gelap ini semakin menjadi-jadi sekarang.

Saya tidak menafikan, faktor geografi mungkin menjadi sebab dadah berleluasa. Maklumlah kampung kami berada di hulu banat, dikelilingi bukit dan jauh dari pekan. Akan tetapi, saya merasakan faktor utama gejala ini berlaku disebabkan tiadanya aktiviti sihat untuk golongan muda mudi di kawasan ini. Kampung kami tiada gelanggang futsal, apatah lagi padang bola. Kampung kami tiada aktiviti belia. Apabila malam hari, golongan belia hanya duduk melepak di tepi jalan. Bersembang dan akhirnya bermulalah aktiviti jahat.

Mengapa kami dianaktirikan?

Kenapakah kampung kami tiada kemudahan macam kampung lain? Felda contohnya. Adakah kerana kawasan kami dimenangi Parti PAS maka wakil rakyat membiarkan kami terkontang kanting.

Lupakan dahulu hal politik. Bersatulah demi melihat belia-belia kita musnah begitu sahaja disebabkan dadah.
Dato’ berbuat sesuatulah demi anak bangsa kita.

AnakIjok

tabuan said...

Anak ijok....tahniah kerana membawa isu ini...saya amat menyokong, kita cuba ketengahkan isu ini walaupon kita amat tahu bahawa YB tidak mungkin dapat tolong dalam hal penagihan dadah ini, tetapi sekurang-kurang nya dia tahu akan masalah ini.

Mungkin YB akan mohon untuk bina satu lagi pusat serenti di tempat saudara/ri anak ijok, seperti pusat serenti di taman hijrah batu kurau.

ingat tau bukan universiti tapi pusat serenti.

Universiti tempat orang menuntut ilmu.

Pusat Serenti tempat untuk memulihkan penagih dadah

Yang ini kena faham supaya saudara/ri tidak salah faham nanti.

P/s sesekali ajak la tok raja gi mandi di hulu air jernih tu...

Anonymous said...

FELDA.... Pada saya ini adalah temapat untuk membantu orang Melayu yang tidak bertanah, untuk mendapat tanah yang kemudiannya diusahakan untuk mendapatkan hasilnya untuk kemakmuran bersama.

Hakikatnya terlalu bantuan yang telah dan akan diberikan kepada para peneroka Felda ini. 'Dianaktirikan'...mungkin tidak. Walaupun di kebanyakkan kawasan Felda ini adalah kawasan parti pembangkang, termasuk di Ijok ini, namun bantuan yang diberikan tidak memilih parti mana yang disertai. Cuma ada sesetengah pihak yang menerima bantuan tetapi seperti tidak menghargainya dengan kata-kata seperti 'kerajaan memang patut bagi' atau 'mana-mana kerajaan yang memerintah pun akan bagi bantuan macam ini'.

Beringatlah. Apa yang diterima hari ini tidak semestinya terus diterima jika berlaku pertukaran kerajaan.

Kepada Dato Seri teruskan berkhidmat dan melihat permasalahan yang berlaku tidak kira di kawasan parti PAS, PKR, DAP atau BN.

Kepada yang menerima bantuan atau subsidi, fikir-fikirlah sendiri....

PEMERHATI.....

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

saya akan minta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengenai aduan saudara berhubung soal dadah. saya sendiri telah meminta pihak pentadbir tanah daerah meliaht kawasan yang berpotensi untuk tujuan pertanian berkelompok.

fandy said...

Salam Dato'Raja...

Saya anak kelahiran Felda Ijok, semasa sesi dialog pada Ahad lalu, saya juga turut ada bersama kerana ada kesempatan berada di Kampung tetapi sy hanya melihat sahaja tanpa menyuarakn apa2. tetapi pada pandangan sy, betul juga yg diperkatakan oleh Dato' tentang jgn lupa dan tidak tahu bersyukur. sy sokong kata2 Dato' kerana x kan hanya memberi sumbangan kopi, gula, beras yg sedikit, perlu melupakan tentang kebaikan pemerintahan dahulu, sbg contoh Kerajaan yg ada pd hari ini, sy juga tahu Kerajaan BN lah yg telah byk membantu dr dahulu sehingga skrg contohnya Felda Ijok, sy anak kelahiran peringkat 4B, sy juga pernah hidup susah tetapi kerana kecekalan ayah sy, di bekerja keras mencari sesuap nasi utk anak2nya sehingga semua anaknya ke berjaya ke menara gading termasuk sy sehingga sy memiliki kerjaya sendiri yg baik srg. tetapi sepanjang 37 tahun ayah sy berada di Felda Ijok, tidak pernah sesekali dia berpaling tadah memangkah lain parti selain BN-UMNO. Walaupun apa yg sy tahu, election yg baru2 ni Dato' menang majoriti yg sgt tipis dgn hanya berapa puluh org sahaja. Semoga Dato' bykkan turun ke padang ke DUN Kubu Gajah selalu... Yg sy nak marah kepada org muda skrg terutama di kampung halaman sy, bukan apa, mereka seolah-olah tidak nampak pengorbanan Kerajaan yg ada skrg kerana kita pun tahu yang boleh menjatuhkan Kerajaan pd zaman skrg adalah undi orang muda yg baru boleh membuang undi. Mereka tidak berfikiran matang...sbg contoh calon dr pembangkang...siapa? bukankah anak Felda ijok itu sendiri? Bila sudah senang skrg, lupa habis apa yg diterima dahulu....betul kata DR.M, Melayu mudah lupa...mungkinkah mereka tidak mengambil tahu mana asalnya Felda...utk meyakinkan pengundi2, Dato' perlu memikirkan cara utk menambat hati mereka kembali utk election akan datang sekiranya Dato' dipilih utk penggal akan datang...trima ksih kerana membangunkan kawasan DUN Kubu Gajah...smoga BN-UMNO kekal, dulu, kini dan selamanya di daerah Selama ini dan Malaysia....
Hidup Dato' Raja...

Berterima Kasih..
From Manager Ghazamuda Services
Bdr. Baru Bangi, Selangor