Template by:
Free Blog Templates

24 October 2009

Mendekati Mereka Yang Kurang Upaya.

Kubu Gajah, Sabtu 24 Okt. - Saya ambil kesempatan melawat Ketua Kampung Sungai Segar, Zaulkifli Ahmad di rumahnya di Sungai Segar selepas menjalani rawatan.

Saya kagum dengan beliau kerana walaupun dalam keadaan kesihatan yang terganggu, tetapi masih cekal dengan semangat untuk terus berkhidmat sebagai Ketua Kampung.

Walaupun dalam keadaan hujan, tidak menghalang saya melawat Hasnah binti Mohd Zain, 63 tahun yang kena stroke di rumahnya di peringkat 4, dan Hakimi Hamidin, 50 tahun yang tinggal di peringkat 2, Felda Ijok.

Hasnah menagis sebab dan terharu dengan kehadiran Saya yang turut mengambil berat mengenai keadaannya. Turut hadir sama ialah Ketua Kampung Felda yang baru, Shukur Jaman.
Saya juga melawat Alang Yahya Bin Razali, seorang yang kurang upaya, tetapi cukup aktif damal kegiatan di Felda. Saya juga hadir di majlis kenduri di rumah salmah bt harun di Felda.

Ketika berada di Felda, sempat mengikuti pembentangan bajet oleh Perdana Menteri di sebuah gerai bersama dengan penduduk-penduduk di situ.

Pada sebelah malamnya pula ke majlis kenduri kahwin rumah Ketua UMNO Cawangan Taman Lela, Syed Mansur bin Syed Omar, sebelum ke mesyuarat pre-council DUN Perak di Kediaman Menteri Besar.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah yang sangat diharapkan. Menyelami dan menghargai jasa pengundi. Bukan hanya ketika kempen Pilihanraya saja nampak muka. Biarkan apa orang nak kata. Kita perlu berubah demi menjamin UBN terus menguasai Larut khususnya dan Perak amnya. Pegawai Khas perlu memberi maklumat yang tepat kepada dato' seri. Bukan jawapan ok saja.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas nasihat dan pandangan. semoga segala pandangan itu akan mempertingkatkan lagi khidmat sebagai wakil rakyat.