Template by:
Free Blog Templates

11 October 2009

Aidil Fitri Mengikat Silaturahim

Sepanjang hari semalam, sibuk dengan jamuan Hari Raya yang diadakan di dua tempat berasingan dalam DUN Kubu Gajah. Pada sebelah pagi di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi dari jam 10 hingga pukul 1 tengahari manakal sebelah petangnya di Dewan Serbaguna Bagan Bahru dari jam 3 petang.

Alhamdullilah, ramai yang hadir. Tahun lalu, Saya mengadakan sambutan tersebut di Pekan Kubu Gajah dan Kampung Mesjid, Ijok. Insyallah tahun hadapan di lokasi yang lain barangkali di Felda, Ijok.

Yang penting sepanjang jamuan tersebut ialah kemesraaan dan ikatan silaturahim dan lebih meriah lagi kehadiran kanak-kanak. Masyarakat bukan melayu juga menyerikan majlis dan kemunculan mereka menambahkan lagi semangat perpaduan.

Saya dalam ucapan menekankan bahawa kestabilan politik dan ekonomi serta kesejahteraan rakyat adalah bergantung kepada kekuatan perpaduan.

Justeru, soal perpaduan ini janganlah dipandang ringan. Kegagalan pengganas komunis untuk menguasai negara ini adalah disebabkan benteng ketahanan perpaduan yang sedia terjalin.

Saya mengingatkan bahawa kemajuan rakyat terletak sejauh mana mereka berjaya mewujudkan perpaduan.

Majlis rumah terbuka dan sambutan Hari Raya ini adalah satu pendekatan bagi mengeratkan hubungan kemeseraan pelbagai kaum. Begitu jugalah dengan perayaan yang lain seperti Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas.

Saya memberitahu usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan seperti mendirikan kilang-kilang yang sesuai dengan DUN Kubu Gajah. Peringkat ini, perundingan masih lagi diadakan manakala pihak Pentadbir Tanah Daerah telah diminta mengenal pasti tapak yang sesuai bagi tujuan tersebut.

Saya juga berharap Kubu Gajah menjadi salah satu pilihan Kerajaan Negeri dibawah program untuk meningkatkan pekan-pekan kecil sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Saya juga berharap rakyat memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dr Zambry dan hindarkan diri daripada mempecayai dengan dakyah Pembangkang yang hanya menimbulkan kekacauan.

Sumbangan Raya juga disampaikan kepada warga emas dan kanak-kanak.

Dalam kesibukan dengan program Hari Raya, Saya juga diundang meresmikan perlawanan bola sepak Adil Fitri anjuranKelab Sukan DUN Kubu Gajah di padang Majlis Daerah Kubu Gajah.

Di luarbandar, kata saya banyak bakat baru yang terpendam dan jika tidak dicungkil mereka ini akan terpinggi begitu sahaja.

Saya juga hadir ke jamuan Hari Raya anjuran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin di rumahnya di Batu Kurau.

Saya dan Isteri juga ambil kesempatan mengunjunggi Haji Abdul Manan Mohd Ali, bekas ADUN Batu Kurau di rumahnya di Pekan Batu Kurau. Kehadiran kami disambut mesra oleh Haji Abdul Manan dan isteri, Che Gayah Che Mat.

Haji Abdul Manan, banyak berjasa ketika menjadi Wakil Rakyat dan beliau adalah juga Wakil Calon Saya untuk beberapa tempuh yang agak lama sehingga beliau menarik diri kerana keuzuran.

10 comments:

Anonymous said...

Salam .

Dato ni wakil kubu gajah Ke wakil Bt Kurap ... Tak abih2 cita pasal Bt kurap je....

Regards

Raja Kelawar

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

Alhamdullilah,Saya masih Ketua UMNO Bahagian Larut.

hafiz said...

MERIAH JUGAK RUMAH TERBUKA DI LARUT
MAAF TAK DAPAT HADIR
SAYA ANAK PERANTAU..

Anonymous said...

Dato

mengapa ketua bahagian tak jadi calon perlimen ?

Regards

Raja Kelawar

Anonymous said...

raja kelawar

ketua bahagian mmg kena jadi ahli parlimen ke?

pemuda kpg paya

Matjoe said...

Dato,
Sy adalah anak Pak Majid yang tinggal di Selama. Kalau mengikut ayah saya, baru baru ni Dato ada berkunjung ke rumah ayah saya. Dgn kesempatan ini saya nk ucap terima kasih laa kerana dtg melawat ayah saya. Ayah saya cerita ada jgk tangkap gambar, mungkin Dato boleh post gambar tu dalam blog.
terima kasih!

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

majid adalah rakan sekampung sejak kecil. selepas majlis jamuan hari raya di selama, saya teringatkan dia langsung ke rumah. insyallah kalau ada email boleh saya hantar. saya tak sempat nak masukan ke dalam blog saya, kerana menghadiri perhimpuna agung umno di kuala lumpur.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

tak mengapa, tahun depan jika ada kelapangan datanglah ke majlis jamuan raya yang diadakan. mengenai soalan kenapa tidak jadi ahli parlimen, kalau saya ada kuasa buat pilihan sendiri, tentu saya akan buat pilihan ikut selera saya. namun saya tetap bersyukur, semuanya ketentuan allah s.w.t.

Anonymous said...

takpa datuk raja
atleast merasa dah jadi ahli parlimen..

Pemuda kampung paya

Anonymous said...

ambo tanya sbb dulu Dato RAja dah jadi wakil perlimen , tut2 la ni jadi wakil dun je , yg mamat wakil perlimen la ni ntah sapa asal usul dia ...kalu PRU 13 ni dok macam tu je sakit beb .. ambo dah boleh mengundi... kurang le 1 undi UBN