Template by:
Free Blog Templates

21 October 2009

ADUN Kubu Gajah Buat Lawatan Mengejutkan Pengetua

Kubu Gajah, Rabu, 21 Okt. 2009 - Sesekali buat lawatan mengejut ke Sekolah banyak hal yang boleh diperolehi dengan lebih dekat lagi.

Tengahari tadi, Saya melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubu Gajah bertemu dengan pelajar-pelajar. Sempat juga memerhati pekerja sebuah kontraktor melaksanakan projek mereka di sekolah tersebut.

Pengetua Sekolah, Mohd Sharif bin Sharmin yang terkejut dengan lawatan itu bagaimanapun, mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan saya yang sudi datang secara peribadi melihat sendiri perkembangan sekolah.

Pada masa ini SMK Kubu Gajah menghadapi masalah kekurangan pelajar.Pada masa ini, sekitar lebih 300 orang sahaja yang belajar di situ, sedangkan bangunan sekolah lengkap seperti mana sekolah yang bertaraf Gred A.

Kebanyakan mereka yang belajar di SMK Kubu Gajah adalah pelajar-pelajar yang lepasan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dan sekitarnya.

Saya sempat juga beramah mesra dengan pelajar Tingkatan Lima dalam sebuah kelas dan Guru di Pejabat Pentadbiran Sekolah yang turut mengalu-alukan kehadiran saya walaupun mengejut.

Mereka berharap lawatan seumpama itu dapat mengeratkan lagi silaturahim dan Wakil Rakyat tempatan dapat melihat sendiri perkembangan sekolah berkenaan.

Saya kemudian, melawat ke Sekolah Kebangsaan Sungai Denang. Kebetulan Guru yang masih belum pulang ialah, Cikgu Sapina di Kantin Sekolah yang terkejut, tetapi ceria dengan kehadiran saya.

3 comments:

Anonymous said...

Macam ni la wakil rakyat yang sentiasa bekerja. Lawatan mengejut seperti ini akan membolehkan wakil rakyat melihat dengan lebih jelas permasalahan yang berlaku dan juga perkara-perkara yang boleh dipertingkatkan.

Kalau lawatan rasmi, dah tentu le semua perkara jadi takde masalah kerana semuanya telah disimpan baik-baik agar pentadbirnya kelihatan sempurna seperti takde masalah.

Tahniah dan teruskan usaha berbakti kepada rakyat.

PEMERHATI......

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

Insyallah akan saya teruskan usaha-usaha bagi kebaikan rakyat dan berdamping dengan semua pihak tidak kira di mana. ketika di sekolah menengah kebangsaan kubu gajah semalam saya sendiri dapat melihat perkembangannya dan masalah yang dihadapi, termasuk kerja-kerja baik pulih di situ.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

Insyallah akan saya teruskan usaha-usaha bagi kebaikan rakyat dan berdamping dengan semua pihak tidak kira di mana. ketika di sekolah menengah kebangsaan kubu gajah semalam saya sendiri dapat melihat perkembangannya dan masalah yang dihadapi, termasuk kerja-kerja baik pulih di situ.