Template by:
Free Blog Templates

27 October 2009

Adun dan Kebajikan Gempur.

Kubu Gajah, Selasa, 27 Okt. - Hari semalam, bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Saya telah melancarkan program " gempur" melawat rumah-rumah yang telah dikenalpasti bagi tujuan membantu keluarga yang memerlukan bantuan.

Program ini menggantikan pendekatan yang biasa dibuat dan dengan melawat keluarga-keluarga yang telah dikenalpasti itu, tindakan Jabatan berkenaan akan lebih mudah dan mempercepatkan lagi proses permohonan bantuan.

Saya sendiri turut bersama dengan Pegawai Kebajikan melawat beberapa keluarga samada dalam keadaan kemiskinan atau sakit atau kedua-duanya sekali.

Ketika berucap melancarkan program tersebut di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, Saya mengingatkan Ketua-Ketua Kampung dan Jkkk supaya menyediakan senarai lengkap penduduk yang memerlukan bantuan.

Data base ini amatlah mustahak bagi memudahkan bantuan disalurkan dan tidak akan berlaku pertindihan.

Kerajaan Pusat dan Negeri, sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat terutama mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai, selain warga tua yang juga memerlukan perhatian dan perlindungan.

Saya juga berharap, Jkkk agar pro-aktif dan sentiasa mengikuti perkembangan anak buah masing-masing.

Program bersama Jabatan Kebajikan itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Sebelum ini, program besama Adun Kubu Gajah juga telah diadakan di Kampung Sungai Ara dan di Kampung Mesjid, Ijok.

2 comments:

Anonymous said...

Ahli JKKK sewajarnya perlu proaktif untuk mengetahui segala permasalahan di kawasan masing-masing. Jika JKKK tidak aktif atau berkhidmat sambil lewa, yang mendapat nama buruknya adalah Dato Seri dan juga Kerajaan.

Teruskan usaha murni Dato Seri.

PEMERHATI...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

kita akan jadikan kpi untuk menilai prestasi mereka dari masa ke semasa. terima kasih atas pandangan.