Template by:
Free Blog Templates

22 October 2009

DUN Perak dan Gelagat Pembangkang

Saya dapat menjangkakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula 28 Okt. ini panas dan tegang berdasarkan reaksi daripada pihak pembangkang itu sendiri terhadap persidangan kali kedua ini selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih Kerajaan Negeri, di awal tahun.

Persidangan DUN Perak bukan sahaja mendapat perhatian Masyarakat tempatan, tetapi juga dari Luar Negara.

Saya juga tidak menolak, pisang berbuah dua kali seperti mana ketegangan sidang yang diadakan pada awal bulan Mei yang lalu, kerana pembangkang masih lagi mengiktirafkan Speaker mereka.

Seperti yang pernah Saya katakan bahawa pembangkang akan memboikot sidang Dewan hanyalah satu sindiwara. Ternyata mereka sendiri tidak yakin dengan penderian mereka. Andainya mereka hadir pada sidang 28 Okt. ini, ternyata mereka bukan sahaja mengiktiraf DUN yang dipanggil oleh BN pada bulan Mei, tetapi juga memperlekehkan sidang bawah pokok dan di sebuah hotel.

Jelas, mereka hanya membuang masa. Jika pembangkang berpenderian tidak mahu mengiktiraf sidang DUN pada bulan Mei, mereka seharusnya mengotakan tindakan untuk memulaukan sidang pada 28 Okt. ini. Tetapi, apa kah mereka berani untuk berbuat demikian?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana tahu jika mereka tidak hadir pada sidang 28 Okt. ini mereka akan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan.

Sidang DUN pada 28 Okt. ini penting untuk meluluskan bajet 2010 dan adalah amat dialu-alukan jika kehadian pembangkang memberi sokongan untuk meluluskan bajet tersebut supaya pentadbiran Negeri tidak akan terjejas termasuk seluruh pegawai dan kakitangan.

Mereka (pembangkang) seharusnyalah meletakan keutamaan kepentingan awam daripada kepentingan politik yang merugikan rakyat itu sendiri. Walaupun, pembangkang menolak, bajet tetap diluluskan mengikut suara majoriti BN di DUN, tetapi lebih baik jika ia mendapat sokongan padu semua pihak.

Di sini lah rakyat ingin lihat kewibawaan wakil rakyat mereka untuk berbahas dan memberikan pandangan yang bernas, bukan menimbulkan kekacauan.

Sebenarnya pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berjalan dengan baik dan rakyat semakin yakin. Tetapi yang cuba mencetuskan kekacauan ialah pembangkang.

DUN Perak tidak perlu dibubarkan kerana rakyat tidak pernah mendesak. Justeru kenapa pembangkang masih tidak mahu menerima hakikat ini.

Amat mendukactikan lagi ialah apabila ada suara-suara sumbang yang cuba mengheret Insitusi Raja-Raja ke dalam kancah ini.

DUN Perak tetap utuh, kuat dan unggul jika di pihak pembangkang berfikiran waras dan terbuka menerima hakikat sebenar dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan dasar-dasar Kerajaan demi rakyat dan Negeri.

Apa kah mereka sudah menolak Demokrasi? Jika mereka masih memepercayai wujudnya Demokrasi, tunggulah Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti dan pasa masa ini janganlah diganggu BN untuk mentadbir Negeri Perak sebaik mungkin.

Rakyat pun sudah mula faham dengan tindak tandu pembangkang yang semakin mundar mandir, seperti hilang pedoman.

Kepada rakan-rakan selamat bersidang.

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS kata Perak akan bubar DUN berdasarkan kepada isu-isu semasa.

Nizar Jamaluddin kena akui yang mereka sudah tewas. PAS pun bukan banyak dapat kerusi di perak

UMNO PARTI PENJARA said...

Jangan ke hulu dan ke hilir.
Tetapkan pendirian..












Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Berjuang Habis-habisan!! :-)
>>> Klik Di Sini <<<

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

insyallah dun perak tidak akan dibubarkan dan pentadbiran datuk seri dr zambry abdul kadir berjalan dengan baik. hanya mereka yang takut pada bayang2 dan mimpi di siang hari sahaja. semoga perjuangan bn terus diberkati oleh allah s.w.t. demi mencari kebenaran dan keadilan.

Anonymous said...

Soal bubar DUN atau tidak ia adalah perkara kedua. Peluang mentadbir yang diterima BN perlu digunakan dengan sepenuhnya untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional ini masih relevan dan mempunyai kemampuan membawa pembangunan dan kemakmuran untuk semua rakyat.

Kepada Datuk Seri dan para pemimpin Barisan Nasional Perak, kesilapan yang lalu perlu dijadikan pengajaran walaupun ianya amat pahit. Berubahlah sebelum ianya diubah oleh rakyat sekali lagi.

Selamat bersidang.

PEMERHATI...

tabuan said...

datuk kalau mereka takut suruh mereka sembunyi dalam kubu...ala macam orang dulu-dulu dok buat...sembunyi dalam kubu....tapi sekarang dah berani keluar dari kubu untuk jenguk kawasan ....

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

yang baik itu dari allah s.w.t. yang baik dijadikan sempadan untuk pedoman bagi memperjuangkan nasib rakyat. saidina umar akhirnya menjadi pengikut rasullulah yang setia, malah menjadi benteng kepada sebarang ancaman musuh terhadap agama islam.