Kubu Gajah, Khamis 22 Okt. 2009 - Pesanan seorang penduduk, Abu Bakar kamaruddin, 63 tahun yang terlantar sakit, meminta Saya melawatnya tidak Saya hampakan.
Saya ke rumahnya di Kampung Sangkut, petang semalam sebaik mendapat tahu beliau terlantar sakit. Ketika sampai, Saya disambut oleh isterinya manakala Bakar hanya mampu duduk di atas katil.
Bakar yang saya kenali adalah seorang pengundi yang sentiasa peka dengan keadaan semasa dan selalu bersuara mengenai kebajikan penduduk.
Saya telah meminta Jabatan Kebajikan Daerah Larut, Matang dan Selamat untuk segera menghulurkan bantuan saraan kepada beliau yang kini sangat uzur.

Kesempatan di Kawasan semalam juga saya gunakan melawat pengundi di DUN kubu Gajah bertanya khabat kepada mereka termasuk yang bukan melayu di Pekan Redang Panjang.
Singgah berborak dengan pelanggan di sebuah kedai kopi di situ dan pekan Ijok,sebelum ke Kampung Kelian chenei untuk meninjau keadaan di sana.
Dalam perjalanan singgah bertemu dengan penjaja-penjaja di pekan hari sambil meninjau perkembangan perniagaan mereka terutama mereka yang telah mendapat pinjaman tekun.

Di Kelian Chinei, Saya ke rumah Rahim Safar untuk melihat sendiri rumah beliau yang didirikan 100 peratus menggunakan buluh. Saya juga telah meminta pihak Jabatan Kebajikan mempertimbangkan bantuan yang sesuai. Beliau bersama keluarganya telah menetap di situ sejak dua tahun yang lalu.
Saya juga meninjau titi yang tidak lagi selamat untuk digunakan oleh penduduk kampung terutama pada malam hari jika berlaku kecemasan.
Saya juga singgah rumah Ketua Wanita UMNO Cawangan, Ramlah Ibrahim yang bukan sahaja gigih berjuang, tetapi juga memiliki keluarga yang berjaya. Seorang daripada anak perempuannya kini sedang belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
5 comments:
Kalau nak hebat lagi, ziarah juga penduduk uzur di kalangan penyokong kuat parti pembangkang. Beri bantuan yang sewajarnya. Nescaya cair le mereka tu semua.
PEMERHATI...
insyallah. semalam pun sewaktu keluar dari kg. chenei saya membonceng motosikal seorang penyokong kuat pembangkang.
Macam tulah hendaknya. Walaupun mereka itu penyokong pembangkang, mereka tetap berada dalam kawasan DUN jagaan Datuk Seri. Mereka juga berhak mendapat perhatian dan bantuan.
Insyallah, dengan izin Allah swt, para penyokong pembangkang ini pun akan boleh berubah sokongan.
Teruskan usaha Datuk Seri.
PEMERHATI...
Dato..kpg kelian cheini tu mmg kawasan pembangkan..banyak kali gak pi situ ziarah saudara..kat tepi jalan tak tukar2 poster pilihanraya tahun lepas..tapi nampaknya area tu anak2 muda menyokong BN..kawan2 saya ramai gak area tuh..
semoga dato ikhlas dalam menjalankan tugas..allah sayang pada yang ikhlas
pemuda kpg paya
terima kasih atas ingatan. insyallah kita hanya merangang, allah sahaja yang berkuasa menentukannya.
Post a Comment