Dengan tidak menghampakan jemputan peribadi Khalid Jamlus, Saya dan isteri menghadiri majlis persandingan bekas Pemain Bola Sepak Perak dan Penyerang Kebangsaan itu di Dewan Bandaran, Ipoh tengahari tadi.
Isnin (19 Okt. 2009) Saya menerima kad undangan perkahwinan beliau melalui bekas Kapten Perak, Ahmad Shahrul Azhar Suffin, menjemput Saya ke majlis tersebut.
Kemudian, pada pagi Khamis, Khalid sendiri menalipon meminta Saya agar tidak menguzurkan diri. Hari ini, di hari yang bersejarah untuk beliau dan isteri yang kebetulan adalah juga anak perempuan, kenalan rapat saya allahyarham Datuk Zakaria, Saya sengaja mengosongkan segala program untuk menghadiri majlis persandaingan Khalid.

Khalid, pernah bermain di bawah Saya ketika Perak kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 2000. Selepas meletakan jawatan sebagai pengurus, Khalid bersama beberapa pemian yang lain telah berhijrah ke Negeri lain. Khalid kini bersama skuad Kelantan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut hadir di majlis persandingan Khalid.
Kepada Khalid selamat pengantin baru dengan doa semoga kekal hingga ke anak cucu.
4 comments:
akm dato...saya cadang kan dato dapat list nama orang yang uzur dalam parlimen larut...terutama sekali orang tua-tua yang sangat kuat menyokong UMNO.
Sebab saya lihat ramai diantara mereka yang sakit tenat, daripada apa yang saya ketahui mereka ini adalah orang yang bekerja kuat untuk parti UMNO di larut....
dulu saya selalu lihat mereka menjadi perayu undi dan sering di marahi dan dengan kata-kata tak elok oleh pembangkang...tetapi semangat dema kuat dato...
Dato melawat lah mereka, mereka pasti berbangga...nak list nama mintak kat ketua cawngan
bagus idea tu Tabuan..
Harap Dato ambik perhatian...
harap telus..jgn main bubuh ja nama
Pemuda Kpg Paya
Satu perkara yang dato perlu ingat ialah jangan banyak berjanji.Terutama tentang projek. Jelaskan kepada rakyat prosedur dan proses sesuatu projek. Jelaskan peruntukkan kewangan yang diberi kepada setiap DUN. Saya yakin jika apa yang dato lakukan ini berterusan insyallah UBN akan kekal menang di Kubu Gajah. Jangan jadi mcm YB sebelum dato' seri.
terima kasih atas cadangan dan pandangan. saya sendiri telah mengarahkan ketua kampung, ketua cawangan dan jkkk supaya menyediakan senarai ahli parti yang pernah berjasa, kini dalam keadaan uzur dan memerlukan bantuan. saya juga bersama jkkk akan sentiasa mendekati masyarakat dalam membantu dan memperjelaskan mengenai projek yang dilaksanakan.
Post a Comment