Template by:
Free Blog Templates

18 October 2009

Rakyat Harus Bersyukur Nikmat Pembangunan Negara


Kubu Gajah, 18 Okt. 2009- Alhamdullilah di pagi hari, dengan sinar cuaca yang menerang seperti merestui majlis silatulrahim jamuan hari raya aildil fitri, anjuran Felcra Sungai Malau.

Kelembapan kehadiran yang agak mengelisahkan pegawai dan kakitangan penganjur pada awalnya, bertukar keceriaan dengan riuh rendah tetamu dan kanak-kanak sebaik majlis bermula.

Ketika berucap Saya merayu agar rakyat di Negara ini bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. diatas nikmat yang mereka kecapi hasil kemajuan yang telah, sedang dan akan dilaksankana oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiada siapa yang boleh menolak dengan apa yang telah dicapai oleh rakyat pada masa ini, samada dari segi perhubungan Jalanrayanya, bekalan air, elektrik, sekolah, Universiti dan kelinik serta Mesjid dan surau. Pendek kata segala-galanya termasuk ekonomi, keselamatan dan perpaduan di Negara ini adalah yang diusahakan oleh BN semenjak Kerajaan Perikatan lagi.

Yang memperjuangkan Kemerdekaan adalah juga hasil pengorbanan yang diasaskan oleh UMNO. Justeru, masyarakat jangan mudah lupa kepada sejarah kerana faktor tidak pernah berbohong.

Malah, kejayaan anak-anak mereka yang menjadi doktor,peguam, pensyarah, profesor, ahli koprat dan pegawai tinggi Kerajaan hari ini adalah hasil yang kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan BN.

Pembukaan rancangan tanah seperti Felcra, Felda dan banyak lagi adalah juga hasil perjuangan BN, tambah Saya.


Sepeti biasa di majlis tersebut sumbangan raya juga disampaikan kepada anak-anak kecil.

Semalam adalah hari yang cukup padat dengan jadual program. Selepas bersalaman dan menjaman sedikit hidangan, saya bekejar pula ke jamuan hari raya Bomba Selama, sebelum ke kenduri kahwin adik Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Tapah yang dihadiri oleh ramai penduduk yang cukup ramah dan mesra bila bertemu.

Selepas itu Bekejar pula ke majlis kesyukuran Pegawai khas Adun Kubu Gajah, Mohamed Ibrahim kerana anak beliau akan berangkat untuk berkhidmat di sebuah Negara Jiran.

Kemudian, barulah saya sempat hadir ke jamuan hari raya Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang diadakan Dewan Terbuka di Kampung Mesjid, Ijok.

Selepas itu Saya ke program Celek Komputer Puteri UMNO Bahagian Larut yang dianjur bersama KPerak di Sekolah Kebangsaan Kampung Mesjid bagi peserta-pesrta sekitar DUN Kubu Gajah.

Dalam perjalanan ke majlis jamuan hari raya Kampung Perak, Saya singgah di majlis belia yang diadakan di Pantai Besar.

Pada penghujung petang, saya mengunjunggi rumah Pengerusi MIC Bahagian Larut bersempana sambutan Deepavali.


10 comments:

Masmanja said...

Salam Dato
Izin saya komen sikit artikel Dato. Dulu saya pernah jadi ketua wanita cawangan dan AJK Bahagian UMNO, kini walaupun berada jauh di perantauan saya masih mengikuti perkembangan politik tanahair.

Saya kurang bersetuju kalau pemimpin UMNO masih menyanyikan lagu lama yang menyuruh rakyat bersyukur nikmat pembangunan hasil pengorbanan UMNO. Rakyat pasca kemerdekaan terutama remaja kini tidak pernah merasai kesusahan kerana mereka lahir dengan segala kemewahan dan kebanyakannya mendapat pendidikan universiti. Mungkin generasi Dato, masih ingat dengan kesusahan lampau dan sebab itu sentiasa bersyukur sekarang dapat menikmati pembangunan berupa air, elektrik dsb. Tetapi harus diingat apa yang Dato sebutkan (makna pembangunan itu) tidak ada lagi di dunia ini dan semua negara telah menikmati apa yang Dato sebutkan itu. Lainlah kalau ada orang Malaysia yang nak tinggal di Timbuktu, barulah mereka sedar dan bersyukur nikmat pembangunan di negara sendiri.

Laungan PM 'Menjunjung Tradisi menzahir Perubahan' perlu diimplementasikan dahulu oleh pemimpin UMNO seperti Dato, barulah grassroot dan rakyat akan ikut. Pemimpin perlu melihat apa yang rakyat perlukan, bukan apa yang pemimpin mahu rakyat lakukan.

Justeru, selepas pembangunan, rakyat mahu menikmati pembangunan yang telah ada ini dengan selesa dan memastikan kesinambungan dan pengisian pembangunan berterusan. Untuk mengisi nikmat pembangunan rakyat ingin berada dalam keadaan selamat, nilai-nilai moral dan sosial terpelihara dan tahap kesihatan yang terjamin. Inilah nikmat bagi negara yang telah membangun dan kini menuju era negara maju. Dan inilah tanggungjawab pemimpin seperti Dato untuk memastikan rakyat pasca kemerdekaan dapat nikmati nikmat kemajuan (bukan lagi pembangunan) untuk terus bersyukur dengan pengorbanan UMNO.

Lihatlah Obama berkempen bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sokongan rakyat agar menerima transformasi pelan penjagaan kesihatan di US. Inilah pengisian bagi kemajuan Negara Amerika yang telah dicapai. Bagi kita yang sedang mengisi kemajuan ini, pembangunan fizikal tidak lagi penting, tetapi beralih kepada sosial, moral dan ekonomi.

Rakyat mahukan tahap keselamatan negara terjamin, supaya rakyat dapat bekerja dan meningkatkan ekonomi negara dengan lebih baik. Pemimpin UMNO (pemimpin negara) perlu pastikan pendatang haram dikawal. Berada dan berjalan di negara sendiri kita mesti rasa selamat, bukan berasa seperti berada di Bangladesh atau lorong belakang di Jakarta. Tahap keselamatan negara mesti kukuh di mana polis dan tentera mengawal keselamatan dengan berkesan. Di Abu Dhabi, bandar yang saya tinggal sekarang penduduk asing (majoriti Pakistan) adalah 2/3 dari penduduk asal. Tetapi saya berasa selamat berjalan malam-malam di tengah Bandar seorang diri kerana tahu, buruh asing ini tidak berani melakukan apa-apa kerana dalam apa hal sekali pun mereka tidak akan terlepas. Malah semasa di Beijing saya kagum melihat perempuan berbasikal dan berjalan seorang diri pergi berkerja dalam gelap subuh tanpa rasa takut. Kalau di Malaysia, pasti ramai yang kena rogol!

Nilai moral semakin runtuh. Bagi saya ini tanggungjawab kerajaan dan ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak terjebak dengan dadah dan nilai-nilai moral yang merosakkan. Lihatlah ramai remaja minum arak, bersekedudukan, rogol dan sebagainya. Inilah kesan dari pembangunan dan kemajuan yang perlu dibendung. Inilah tanggungjawab pemimpin sekarang. Inilah agu-lagu baru yang perlu didendangkan oleh pemimpin untuk menarik hati rakyat. Kita telah membangunan dan sedang menjadi negara maju, masanya untuk kira bergerak ke aras/tahap baru- pengisian pembangunan dan kemajuan itu.

Pemimpin mesti berubah!
Pemimpin mesti mendidik rakyat tentang pengisian pembangunan ini dan bersama-sama memastikan negara selamat dan terus maju. Terima kasih.

masmanja.blogspot.com

Anonymous said...

pandangan yang bagus..

pemuda kpg paya

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

jika kita tidak bersyukur allah s.w.t. akan menarik segala nikmat yang diberikannya. sama jugalah allah tidak akan mengubah nasib sesaorang itu melainkan dia sendiri yang kena ubah. sejarah tidak boleh mengubah fakta dan bersifat berbohong. kemajuan tidak akan dapat dicapai tanpa dimulai dengan pembangunan. tidak siapa boleh menafikan bahawa segala yang dicapai oleh rakyat hari ini adalah hasil yang telah diterokai oleh kerajaan BN samada dari sudut ekonomi, agama dan juga pendidikan. salam sejahtera.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

jika kita tidak bersyukur allah s.w.t. akan menarik segala nikmat yang diberikannya. sama jugalah allah tidak akan mengubah nasib sesaorang itu melainkan dia sendiri yang kena ubah. sejarah tidak boleh mengubah fakta dan bersifat berbohong. kemajuan tidak akan dapat dicapai tanpa dimulai dengan pembangunan. tidak siapa boleh menafikan bahawa segala yang dicapai oleh rakyat hari ini adalah hasil yang telah diterokai oleh kerajaan BN samada dari sudut ekonomi, agama dan juga pendidikan. salam sejahtera.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

jika kita tidak bersyukur allah s.w.t. akan menarik segala nikmat yang diberikannya. sama jugalah allah tidak akan mengubah nasib sesaorang itu melainkan dia sendiri yang kena ubah. sejarah tidak boleh mengubah fakta dan bersifat berbohong. kemajuan tidak akan dapat dicapai tanpa dimulai dengan pembangunan. tidak siapa boleh menafikan bahawa segala yang dicapai oleh rakyat hari ini adalah hasil yang telah diterokai oleh kerajaan BN samada dari sudut ekonomi, agama dan juga pendidikan. salam sejahtera.

Budak Kuala Kenas said...

YB , orang2 yang beriman tidak mungkin tidak bersyukur kepada yang satu, Allah Azza Wajalla. Tapi tulisan YB, seperti juga laungan lain2 pemimpin UMNO, ni mengelirukan. Jika diteruskan laungan menyeru rakyat bersyukur kepada 'perantara' UMNO, tidak lambat pasti Allah akan menarik nikamatnya... yang sebenar berkhidmat tidak akan mengira jasanya....

Anonymous said...

apa yang dimaksudkan YB adalah buat masa sekarang UMNO adalah yang terbaik..mustahil PR mampu menggantikan nya..tuhan menurun peluang kerajaan BN/UMNO untuk uruskan negara..bukan bermaksud menidakkan yang lain..

Pemuda Kpg Paya

Masmanja said...

Salam Dato'
Saya tidak nafikan memang UMNO yang terbaik dan telah banyak berjasa, terutama untuk orang Melayu. Bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada UMNO. Dan saya masih setia menyokong UMNO. Tidak pernah berubah walaupun kecewa dengan pemimpin 'parachute' di Bahagian saya dahulu. Ketidakpuasan hati adalah kerana pucuk kepemimpinan. Pun begitu, saya tetap terus berkhidmat untuk parti setakat kemampuan dan berkongsi ilmu dengan masyarakat setakat yang ada.

I speak my mind and I represent myself, if not for some of the professionals. Mungkin bukan mewakili generasi muda tetapi mewakili golongan profesional yang kini semakin ramai menyokong PKR. Ada sebab mereka kecewa - kerana pemimpin. Bukan semua pemimpin UMNO bagus dan memahami aspirasi UMNO itu sendiri. Cawangan saya dahulu terdiri dari golongan profesional yang ramai berkhidmat dengan Tun Mahathir. Ramai yang kecewa selepas pertukaran PM, ada yang duduk diam selama 4 tahun dan ada yang menyokong PKR. Kini, semuanya kembali kepada UMNO kerana yakin dengan DS Najib. Semua ini kerana pemimpin, bagaimana pemimpin mampu menarik kembali sokongan rakyat untuk sama-sama berjuang mencapai matlamat yang satu. Saya pernah berkhidmat untuk dua PM. Pernah terlibat menggubal dasar dan strategi kerajaan di peringkat negara. Pernah bersama-sama ahli Parlimen duduk di Parlimen setiap kali bersidang, kerana saya menyediakan teks jawapan menteri berdasarkan polisi yang digubal bersama. Saya dapat melihat kualiti wakil rakyat kita dan dapat membezakan pemimpin zaman Tun M dan pemimpin zaman Pak Lah. Pengalaman seterusnya diperolehi bukan sahaja di dalam malah di luar negara. Justeru pandangan saya adalah adil – untuk kebaikan bersama yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Betul kata Dato, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang kena ubah.Ya, untuk mengubah nasib kita digalakkan ‘merantau hingga ke negara China’ mencari ilmu, mengumpul pengalaman. Tetapi, hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. Tetapi kalau saban waktu kita dihidang dengan cerita-cerita politik yag mengecewakan dan menghuru-harakan negara, tentulah kita kecewa. Apatah lagi kalau pemimpin kita masih tidak mahu menerima kenyataan dan masih dengan lagu lama.

Kegagalan UMNO dalam PRU lepas biarlah jadi pengajaran. Tak sanggup mendengar bait-bait dalam lagu “Warisan Anak Kecil Main Api”. Tak sanggup rasanya bumi dipijak ini menjadi milik orang!.Banyak airmata tumpah selepas PRU lepas, ketika mendengar lagu itu yang saya rasa paling sesuai dilagukan oleh semua pemimpin UMNO berbanding lagu lama menyuruh rakyat bersyukur atas nikmat pembangunan hasil pengorbanan UMNO!. Pemimpin UMNO harus berubah kalau mahu UMNO terus berkuasa.

Saranan PM, ‘Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan’ adalah paling tepat dalam situasi politik sekarang, yang perlu dihayati oleh semua pemimpin UMNO untuk disampaikan kepada seluruh rakyat. Tradisi kuasa di bawah UMNO yang mendaulatkan agama Islam, ketuanan bangsa Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu dan hak serta keistimewaan orang Melayu perlu dijunjung dan diteruskan. Tetapi perubahan cara mengurus dan memimpin perlu dilakukan, fokus kepimpinan perlu dikenalpasti dan sifat ‘transformational leadership’ yang dibawa oleh DS Najib perlu difahami, untuk memastikan kesinambungan tradisi yang dijunjung itu. Semua ini perlu dilakukan oleh pemimpin UMNO sesuai dengan keadaan dan zamannya, iaitu peralihan pembangunan fizikal kepada kemajuan info-structure dan ilmu.

Di sinilah keberkesanan peranan pemimpin UMNO diperlukan, untuk mengekang kebangkitan PKR yang hanya memporak perandakan negara.!. Pemimpin UMNO (terutama di peringkat Bahagian yang dipanggil warlords) perlu berubah untuk menarik kembali rakyat bersama-sama dalam perjuangan UMNO.

“Airmata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang,
Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengkita di antara kita,
Kita lenyap diarus zaman”

Wasalam.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

segala nasihat dan pandangan akan dijadikan pedoman untuk kebaikan kita bersama. terima kasih.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

segala nasihat dan pandangan akan dijadikan pedoman untuk kebaikan kita bersama. terima kasih.