Kubu Gajah, Selasa, 27 Okt. - Program masuk kampung, melawat projek dan orang sakit, telah menjadi kebiasaan dan tanggung jawab sebagai seorang Wakil Rakyat.
Kesempatan ini juga saya gunakan untuk menemui orang kampung, bersembang di kedai kopi atau di mana juga yang menjadi ruang terbaik untuk bertemu rakyat, termasuk kenduri kahwin.
Hendak pula kalau dapat makan masakan orang kampung, yang menjadi pembuka selera Saya. Bersama, Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung Gua Petai, kami bergotong royong membersih kawasan jalan menghala ke Surau berdekatan.
Menyelerakan lagi bila dihidang dengan Nasi Lemak Ikan Bilis dan Gulai Kacang serta Mee Goreng selepas itu.
Pada hari yang sama Saya juga sempat singgah bertanya khabar kepada mereka yang berada di gerai-gerai di DUN Kubu Gajah, terutama pada sebelah petang.
Apabila berjumpa, macam-macam lah cerita, masalah dan khabar berita yang akan Saya perolehi. Kalau di Ijok tajuk utama yang sering menjadi perbualan ialah masalah banjir.
Saya berharap Pengarah JPS Negeri tidak memandang ringan mengenai masalah banjir di sekitar Mukim Ijok ini. Jika berlaku Hujan, ia cukup membimbangkan penduduk.
Malah, pembinaan Jalan baru dari Kampung Mesjid ke Ulu Mengkuang Selama melalui Kampung Teras sepanjang lima kilometer dengan belanja sekitar RM 15 Juta juga masih tidak dapat menyelesaikan masalah banjir sepenuhnya.
Tetapi, tidak dinafikan pembinaan jalan tersebut dapat menaikan taraf sosio-ekonomi penduduk di Kampung Mesjid, Teras dan Bendang Luas serta sekitarnya. Malah, harga tanah juga kini semakin naik jika dibandingkan sebelum ini,
Bila kita selalu turun ke padang kita dapat lihat dengan mata sendiri perlaksanaan projek Kerajaan samada ia dilakukan mengikut spekfikasi atau tidak oleh Kontraktor yang berkenaan.
2 comments:
Teruskan program turun padang yang telah Dato Seri mulakan. Apa orang lain nak kata, biarlah mereka.
Biar rakyat boleh menemui Dato Seri di mana-mana sahaja. Bukan kena buat appointment kalau nak jumpa. Nanti rakyat meluat terutamanya di kawasan DUN Kubu Gajah ini yang sebahagian besarnya adalah kawasan kampung.
Selamat berkhidmat.
PEMERHATI...
terima kasih atas pandangan, insyallah akan lakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat.
Post a Comment