Pihak Pembangkang gagal menghalang pembentangan Bajet 2010 di sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.
Sebaliknya, bajet berjumlah RM 176 juta yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah diluluskan dengan kesemua ahli DUN Barisan Nasional bangun, menunjukkan sokongan padu mereka,
Sebaik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selesai membentangkan Bajet, Dewan ditangguhkan untuk satu jam sebagaimana yang dikehendaki peraturan Masyuarat.
Pada mulanya Dewan berjalan dengan lancar, tetapi Pihak Pembangkang masuk pada ketika Dewan berehat. Sebaik masuk ke dalam Dewan, Mereka menimbulkan ketegangan dengan menyatakan bahawa permilihan Datuk R.Ganeson adalah tidak sah.
Pada ketika itu, mereka juga mengadakan sidang berasingan,berdepan dengan tempat duduk di pihak Kerajaan.
Pembangkang juga cuba menggangu perjalanan dan urusan Dewan. Pada mulanya, sebak Dewan memulakan pesidangan tepat jam 10 pagi, Pembangkang masih belum masuk. Mereka membuat kecoh d luar Dewan dan berlaku pertikaman lidah.
Mereka akhirnya masuk selepas sidang ditangguhkan dan memulakan mesyuarat mereka sendiri.
Sebaik Dewan bersidang semula, Mereka sekali lagi mencetus kekacaun. Tetapi sebaik Bajet diluluskan, Pembangkang mengambil keputusan meninggalkan Dewan seara beramai-ramai.
Pada Saya, Pembangkang tidak konsisten dalam membuat keputusan. Pada mulanya, mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan hadir ke sidang tersebut, tetapi pada sidang hari ini, ternyata pembangkang mengiktirafkan Kerajaan BN dan Speaker, Datuk R.Ganeson.
Ini kerana, pihak Pembangkang terus duduk di kerusi mereka pada sidang disambung semula. Mereka bagaimanapun, mengambil keputusan memulaukan Dewan dan keluar beramai-ramai.
Pembangkang tahu jika mereaka tidak hadir pada persidangan hari ini , mereka boleh hilang kelayakkan sebagai Adun. Justeru, ternyatalah bahawa Pembangkang tidak konsiten dalam tindakan mereka yang sentiasa berdolak dalik.
Tanpa kalibat mereka, Dewan diteruskan dan beberapa enikmen telah diluluskan termasuk Pentadbiran Agama yang dibawa oleh Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Zahir bin Khalid.
Dr Zambry juga mengusulkan perlantikan semula dua Senator termasuk Datuk Azian Othman, Ketua UMN Bahagian Ipoh Timor dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara.
Menteri Besar dan Anggota Exco juga menjawab beberapa soalan lisan sebelum menangguhkan Dewan ke satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

7 comments:
Dalam pembentangan Bajet untuk negeri Perak kali ini dato, apakah yang kerajaan Perak peruntukan untuk:
1.Dun Selama
2.Dun Kubu Gajah
3.Dun Batu Kurau
Apakah ada peruntukan untuk pelebaran jalan masuk kampung, seperti jalan masuk kampung Kelian bawah Dun Dato.
Apakah ada peruntukan untuk pemasangan paip air percuma untuk penduduk kampung yang mana bekalan air bukit telah di rosakan oleh pembalakan.
Apakah kerajaan Negeri akan menanggung separuh Bayaran Bil air, untuk penduduk kampung kerana terpaksa menanggung kesan kerosakan punca Air.
Apakah kerjaan Negeri Akan membina kemudahan Infrastruktur2, seperti menyusun kedai-kedai untuk pekan Selasa supaya nampak lebih Kemas dan teratur supaya menarik minat org bekunjung.
Apakah kerajaan menyediakan peruntukan untuk para peniaga kecil, supaya mereka lebih berdaya saing.
Apakah peruntukan biasiswa untuk anak negeri Perak yang cemerlang di tambah atau pon di kurang kan.
Apakah kerjaan negeri memberi peruntukan untuk menaik taraf kemudahan jalur lebar di kawasan luar bandar.
Apakah ada peruntukan untuk menaik taraf/mengadakan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik, untuk penduduk batu Kurau Khas nya dan negeri Perak am nya.
Apakah ada peruntukan yang akan di beri kan kepada penanam-penanam durian di batu kurau, bila harga buah jatuh menjunam.
Apakah kerajaan Negeri akan menyedia kan satu tapak kemudahan berniaga bagi pekebun-pekebun ini,
apakah kerajaan negeri bersedia untuk memasukan kawasan batu kurau kedalam kalender pelancongan sebagai kawasan durian.
Bagus jugak cadangan itu..
bagus Tabuan..
biarpun kadang2 benda yang sama di ulang2..
Biarlah pembangkang dengan perangai mereka. Yang penting Kerajaan Barisan Nasional teruskan usaha untuk memaju dan memakmurkan Negeri Perak ini.
PEMERHATI...
Saya sering melihat tempat saya ketinggalan dari arus pembangunan negara. Saya sering membandingkan tempat saya dengan tempat lain, saya sering membandingkan penduduk tempat saya dengan penduduk tempat lain.Saya sering membandingkan pemimpin tempat saya dengan pemimpin tempat lain. Saya membuat pembandingan ini kerana nak mencari perbezaan, nak mencari jawabpan mengapa tempat saya harus di tinggal kan dalam arus pembangunan negara.
Hendak kata tempat saya berlainan Parti dengan kerajaan pusat, itu adalah mustahil. Setahu saya orang tempat saya setia mengundi parti UMNO sejak dari Pilihanraya pertama lagi. Orang tempat saya akan berasa janggal kalau mengundi parti lain selain dari UMNO. Kalau UMNO meletak tunggul kayu pun mereka akan undi juga. Kerana mereka kata sekiranya tak undi UMNO Melayu akan hilang kuasa, bila tak undi UMNO orang Melayu berpecah. Betul ke cerita hantu ini saya tiada kepastian. Yang saya dapat pastikan tempat saya adalah tempat yang selamat untuk UMNO
boleh baca lagi di tabuans blogspot
kebiasaanya bajet persekutuan atau perak, ia tidak khusus kawasan parlimen atau dun, melainkan untuk kementerian-kementerian berkenaan atau jabatan peringkat negeri. begitulah juga untuk negeri dan daerah. bajet yang dibentangkan oleh mb perak pada kali ini lebih menarik kerana ia menyeidkan imbuhan untuk bayi yang baru dilahirkan di perak, imbuhan untuk anak-anak yang dihantar ke rumah asuhan yang disediakan oleh kerajan dan bayaran khariat kematian. yayasan perak sendiri menyediakan dermasiswa kepada pelajar yang berdaftar masuk untuk peringkat sijil, diploma dan ijazah. mengenai kemudahan lain seperti bekalan air bersih, elektrik ke rumah orang miskin sememangnya ada.
Terima kasih dato atas penjelasan tersebut...
saya amat berharap orang kampung mendapat penjelasan yang sewajarnya.
supaya mereka tahu hak dan keistimewaan yang mereka sebagai rakyat patut dapat.
Jangan pulak dok kata tak bagi, yang bagi kita ambik, kita hargai dan ucap terima kasih.
Yang belum bagi dan patut bagi kita tuntut, tak kira macam mana sekalipon .....betul tak dato
pandangan itu sangat saya hargai memang tidak dinafikan. maum kita akan terus berusaha untuk memuaskan seberapai yang boleh, insyallah.
Post a Comment