Template by:
Free Blog Templates

27 October 2009

Masyarakat India Tidak Pernah Dipinggirkan



Sambutan Deepavali di Parlimen Larut tetap meriah, walaupun bilangan penganut agama Hindu tidak seramai seperti di tempat lain.

Pada majlis yang dianjurkan oleh MIC Bahagian Larut di padang Ladang Malakof, Changkat Larah, jamuan Deepavali cukup meriah kerana turut disertai oleh rakyat dari pelbagai kaum.

Hasrta 1 Malaysia menjadi tema ucapan yang disamput dengan tepukan gemuruh oleh masyarakat India.

Saya memberitahu bahawa Masyarakat India tidak pernah diabai kebajikan mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi agak malang sejak akhir-akhir ini ada segelintir mereka yang cuba menjadi Juara kepada masyarakat India dengan mengambarkan perkara yang negatif hinggakan mempengaruhi mereka yang kurang faham.

Namun, sejak Perdana Mentri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih, Masyarkat India semakin yakin dan amat tertarik dengan pendekatan dan style kepimpinan beliau yang mahu melakukan keadilan kepada semua.



Selaku Pengerusi BN Larut, Saya juga berharap usaha untuk meningkatkan lagi semangat perpaduan kaum dapat diteruskan melalui program turun ke bawah yang dilakukan dari masa ke semasa.

Jangan tunggu bila Pilihanraya sahaja baru hendak lawata rumah ke rumah. Ia boleh dibuat dari sekarang.

2 comments:

Anonymous said...

Masyarakat India sesungguhnya tidak pernah dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Namun atas sentimen kaum dan politik yang melampau sesetengah pihak, masyarakat India mula menjauhkan diri.

Sejak akhir-akhir ini masyarakat India kelihatan sudah kembali kepada Kerajaan Barisan Nasional dan adalah menjadi tanggungjawab Dato Seri dan rakan-rakan ADUN dan AP yang lain untuk merapatkan semula hubungan masyarakat India dengan Kerajaan Barisan Nasional seperti sebelum PRU12.

Kepada masyarakat India diucapkan Selamat Hari Deepavali.

PEMERHATI...

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

kita akan sentiasa rapatkan mana-mana jurang diantara komponen parti. kita harap kepimpinan datuk seri mohd najib tun abdul razak akan menyakinkan lagi masyarakat india dengan bn sebagai teras untuk membela nasib mereka.