Template by:
Free Blog Templates

13 November 2012

Wanita



Peruntukkan sebanyak rm 200,000 telah dipohon daripada kerajaan bagi pembinaan sebuah dewan serbaguna di Sungai Dendang.

Dewan itu bagi menggantikan bangunan lama yang telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan tidak boleh digunakan lagi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di program salam sayang anjuran wanita UMNO bahagian Larut di sungai Dendang, petang tadi.

Turut hadir ketua UMNO bahagian, Sawipah Yahya, naibnya, Mariatul Kifiah binti Abdul Rahman, ketua penerangan wanita, Hasnah Yahya dan ketua kampung, Ismail Don.









Pembinaan dewan baru itu tertangguh kerana peruntukkan yang diperoleh peringkat awal tidak mencukupo cuma sekitar rm 100,000.

Kemudahan dewan itu penting kepada penduduk terutamanya remaja untuk mengadakan aktiviti sukan, selain majlis lain yang melibatkan masyarakat.

Dewan itu juga bagi membolehlan golongan wanita mengadakan program mereka.

Mengenai program salam sayang, ia bertujuan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan wanita.
















Ketika berucap di program yang sama di perjumpaan dengan wanita Bagan Baharu, beliau menyeru semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan ahli dapat dipertingkatkan.

Beliau menegaskan wanita merupakan sayap penting parti untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

1 comments:

Anonymous said...

Tentukan belia wanita Sungai Dendang dan Bagan Baru mendaftar menjadi pengundi. Check dengan IC mereka. No IC ada di pejabat UMNO. Kerja kuatlah sedikat. Asyik berceramah tapi hasilnya tiada (tidak mendaftar sebagai pengundi). UMNO jangan macam PAS asyik berpolitik tapi anak mereka masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Nak harap pengundi India sahaja... Cucu mereka tak turun mengundi.