Template by:
Free Blog Templates

12 November 2012

Titi runtuh




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar petang tadi melawat titi gantung yang berkeadaan bahaya di kampung Sangkut di Ulu Ijok.

 



Titi tersebut yang berusia lebih 40 tahun perlu segera dibaik pulih kerana ia merupakan perhubungan utama penduduk.

Tiang konkrit titi tersebut juga retak manakala kabel juga sudah putus.

Jika tindakan baik pulih titi itu tidak segera diambil dan runtuh,ia akan menyulitkan lagi.










Sejumlah peruntukkan telah diluluskan bagi pembelian kabel untuk kerja-kerja baik pulih segera titi tersebut.

Titi tersebut terletak bersebelahan rumah naib kadi kampung Mesjid, Ustad Zawawi Mohd Noor.









Ustad zawawi turut hadir dalam lawatan berkenaan.

1 comments:

Anonymous said...

Satu kelemahan kita ialah kita hanya kenal DO, wakil rakyat, OCPD tapi tak kenal pakar jambatan atau jalanraya (orang kita).

Saya mahu YMDS mempunyai data base tentang kepakaran orang LMS untuk menjadi pakar rujuk bagi negeri Perak.

Saya masih menghormati Prof Jamilah Jaadil (Lembah Keluang) yang sekarang sedang mengajar di infrastruktur universiti sebagai pakar PWD termasuk jambatan.

Ahmad Fauzi anak ketua kampung Tebing Tinggi sebelum Mat Som amat kenal Prof Jamilah. Cuba tanya beliau.

Saya lihat pakar lapangan terbang pun tak pandai asyik hendak membesarkan lapangan yang sedia ada.

Apa nak jadi negeri Perak kalau pilih pakar tak betul.