Template by:
Free Blog Templates

22 November 2012

Tindakan


Agensi kerajaan yang enggan melepaskan tanah simpanan atau bangunan kuarters milik mereka bagi tujuan pembangunan hari ini ditegur dalam mesyuarat tindakan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

Mesyuarat yang dipengerusikan pegawai daerah, Datuk Harun Rawi di bilik gerakan pejabat daerah Taiping, berharap ketua-ketua jabatan berkenaan menimbang untuk memberi laluan kepada aktiviti pembangunan yang lain daripada terbiar begitu sahaja.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Rja Haji Omar yang turut hadir di meyuarat tersebut berpendapat, pada masa ini tapak menjadi masalah bagi program pembangunan, justeru eluk sangat jika agensi kerajaan yang memiliki tanah yang tidak digunakan dibenarkan untuk tujuan tersebut.

Kos penyelenggaraan lebih mahal dan jika bangunan kuarters tinggal kosong ia akan reput manakala tanah pula akan tumbuh lalang.

Menurut beliau, disebabkan keengganan sebuah agensi kerjaan di kubu gajah, hasrat adun berkenaan untuk merancang pembinaan gerai-gerai makan terpaksa ditangguhkan.

Jabatan kerja raya (JKR) juga diminta di mesyuarat terseut agar meluruskan jalan dari batu 20 hingga ke redang panjang kerana ia sering diancam banjir dan bahaya kepada pengguna disebabkan terlalu sempit dan berselekoh.

Masalah banjir di sekitar Ijok dan Bagan Bahru juga turut dibangkitkan, selain isu pembinaan rebaan ayam tanpa kebenaraan dan mendatangkan masalah kepada penduduk.

5 comments:

Anonymous said...

Beli tanah orang kampung macam kerajaan buat di FELDA di Negeri Sembilan.

Apa salahnya kerajaan beli 100 ribu seekar. Yang untung orang kita juga.

Harga tempat kita hanya sekitar 60 se ekar.

Beli tanah Pak Aji Adil (di Kubu Gajah) saudara Cikgu Abu Samah Aliddin. Atau pun tanah Othman Mokhtar (5 ekar hingga ke tanah rizab kerajaan di belakang) sebelah tanah Tok Ketua Arshad, juga keluarga Cikgu Abu.

Kalau kita harap tanah kerajaan bukalah pekan baru di Pondok Tanjung.

Anonymous said...

Munkin boss agensi kerajaan tersebut penyokong parti pembangkang.

Yang sebenarnya majlis boleh kirim surat suruh mereka bersihkan tempat tersebut.

Pernah dulu 2 ekor ular tedung amat besar berlawan di belakang rumah forest ranger di Kubu Gajah.

Majlis hendaklah bertindak supaya ular sebesar itu tidak lagi datang ke situ atau ke rumah kosong PWD. Ular suka bersalin kulit di situ.

Anonymous said...

Saya harap YMDS mendahulukan meluruskan jalan selekoh merbahaya daripada yang kurang merbahaya berdasarkan statistik aksiden yang berlaku.

Saya juga akan mengirim surat kepada pengarah yang sama kerana saya fikir orang educated macam beliau mesti lihat statistik kemalangan untuk prioriti.

Anonymous said...

Reban ayam Lembah Keluang lebih banyak menghasilkan lalat daripada dekat rumah YMDS. Lagi pun tempat tersebut penuh dengan ular sawa dan tedung.

Pernah dua ekor lembu mati di patuk ular tedung di lot tanah di belakang lot reban ayam Hj. Putih/Hj. Zaini (Cambodia. Lot tersebut memang tempat ular.

Kawasan Adun Kubu Gajah famous dengan babi hutan, ular dan kera.

Sampai masanya perhilitan memberi kebenaran untuk mengekspot haiwan2 ini. Kalau tidak susidi pokok yang dirosakkan.

saya pun hairan jika banjir merosakkan pada mereka dapat pampasan tapi bila kera merosakkan buah2an tidak dapat bantuan RAKYAT DIDAHULUKAN.

Apa salahnya perhilitan memberi pampasan satu pokok rambutan yang rosak 200 ringgit, satu pokok pisang 12 ringgit di kawasan ADUN Kubu Gajah untuk meraelisasikan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.

Nelayan kena ribut pun dapat bantuan tapi tanaman kami kena attack kera dan babi hutan tak dapat apa2

Anonymous said...

Siapa agensi kerajaan? Siapa kerajaan?

Yang saya kerajaan sekarang ialah kerajaan BN. Agensi kerajaan secara logiknya ialah agensi BN.

Siapa lantik boss agensi kerajaan? Kalau JPA ia luga hak BN.

Barangkali mereka tak belajar logik matematik di sekolah/uni dahulu.

Sebab itulah kita mesti mendapatkan ilmu supaya kita faham falsafah LOGIK