Template by:
Free Blog Templates

7 November 2012

Sekolah Felda




Pendidikan Agama dan Sukan harus diberikan penekanan yang lebih luas bagi meningkat nilai displin pelajar Sekolah.





Displin amat penting bagi menjamin masa depan pendidikan dan kemajuan pelajar itu sendiri dalam mencapai cita-cita mereka.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar membuat saranan tersebut ketika berucap mersmikan Hari Anugerah Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Shah 11, FELDA, Ijok, petang tadi.

Turut hadir Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Shah, Osman Yahya, Penguurus FELDA, Haji Saharuddin Tat dan Pengerusi Persatuan Ibubapa, Khalid Bin Hassan.

Katanya, antara faktor yang mendorong pelajar itu berjaya ialah nilai dipslin yang tinggi yang telah berjaya mereka dan keluarga pupuk.









Beliau menambah, kerjasama diantara Ibubapa dan Guru juga penting bagi menjayakan aktiviti pelajar dan sekolah.

Beliau juga mengalu-alukan langkah sebuah Stesyen TV tempatan yang mengadakan pengambaran sebuah drama bersisi di tanah rancangah tersebut.










Program tersebut setidak-tidaknya memberi pendedahan kawasan luarbandar seperti FELDA, Ijok yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Pada majlis tersebut, beliau telah menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan termasuk pra-sekolah.

1 comments:

Anonymous said...

Saya berhenti jadi guru kerana KPI dilihat bukan dari segi peningkatan prestasi pelajar tapi dilihat atas dasar kriteria yang lain2, tiada kaitan dengan peratus peningkatan prestasi pelajar iaitu INDEK PRESTASI.

Kalau kita cerita ke Kementerian mereka pun tak tahu nak hitung INDEK PRESTASI. Mereka masih mengagak guru yang mengajar di asrama penuh yang dapat markah KPI yang paling tinggi?

Guru yang mentadbir yang banyak dapat anugrah hari guru tapi yang sentiasa mengajar tidak anugrah.

Sepatutnya kita asingkan anugrah pentadbiran dan pengajaran. Orang yang sentiasa mengajar 35 tahun tak dapat anugrah tapi orang yang mentadbir (seperti Guru Besar, pegawai pendidikan) dan kurang mengajar yang sentiasa dapat anugrah.

Guru sentiasa mengajar lebih 21/minggu period tak dapat apa2 tapi yang mengajar 7 period/kurang selalunya dapat anugrah.