Template by:
Free Blog Templates

15 November 2012

Puteri




Semua sayap parti diseru menyelaraskan aktiviti mereka bagi menggelakan berlaku sebarang salah faham dan pertindihan.

 





Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata, program menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) perlu dipertingkatkan lagi bagi memperkuatkan jentera parti.

Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah,berkata demikian di majlis penyerahan Komputer Riba kepada 46 Petugas Puteri di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Bangunan UMNO Bahagian, tengahari tadi.

Turut hadir Ketua Puteri UMNO Bahagian, Azariah Budiu dan Ahli-Ahli Jawatankuasanya.


















Puteri juga memainkan peranan penting bagi mempastikan kelancaran jentera Pilihanraya terutama memperkemaskan sistem data.

Beliau juga mengingatkan segala maklumat Bilik Gerakan haruslah dipastikan keselamatannya agar tidak jatuh ka tangan lawan.

Beliau menegaskan bahawa ketiga-tiga sayap parti termasuk Puteri dapat mengandakan lagi program menjelang PRU yang ke 13 ini.

3 comments:

Anonymous said...

Saya harap puteri UMNO gunakan komputer untuk menjelaskan tomahan dan isu yang dibangkitkan parti lawan. JANGAN SIMPAN HINGGA BERHABUK.

Isu yang pertama di LMS ialah isu pemberian tanah yang banyak di desas desuskan di kampung2.

Sampai masanya puteri UMNO buat statistik berapa tanah kurnia dan tapak rumah kampung tersusun diperoleh penyokong UMNO dan PAS.

Perkara sebegini haruslah diketengahkan dalam laman web UMNO LMS.

UMNO munkin kalah disebabkan mereka yang ada komputer malas menjawab isu yang dibangkitkan parti pembangkang.

Isu pasir di Ijok yang dibangkitkan perlu dijawab, Begitu juga tentang pemberian tanah.

Kalau saya dapat komputer free tiap2 hari saya akan jawab tomahan parti pembangkang. Tapi saya kena ke Selama untuk menulis di blog ini.

Lagi pun bagi saya yang penting ialah pembangunan.

Kalau kiat sentiasa hendak luruskan jalan di Malaya estet nilai tanah Sime Darbylah yang semankin mahal. Tanah orang kampung masihh harga lama.

Anonymous said...

Kerja puteri UMNO menyemak sama ada semua ahli keluarga (belia/puteri)mereka telah mendaftar sebagai pengundi dan menjadi ahli UMNO.

Kita patut ada hadiah politik diberikan kepada mereka yang ramai mendaftarkan ahli UMNO.

Sekarang ini hadiah bola bukan masanya lagi.

Yang penting cawangan mana mendapat peratus peningkatan bilangan ahli baru UMNO yang paling ramai yang dapat hadiah atau pun dipilih untuk perwakilan ditentukan bidang kuasa ketua

Ketepikan hadiah2 lain dekat PR13

Anonymous said...

Yang kita takut ketua puteri ada tapi kegiatannya hanya untuk melepaskan batuk ditangga seperti ketua puteri di cawangan saya. Mereka hanya mahu title tapi tikak mahu melihat puteri yang ada kelulusan tapi masih tidak bekerja atau melajutkan pelajaran.

Yang sebnarnya kerja ni tak payah dipukul canang. Kita majukan semua puteri pun sudah mencukupi misalnya buat projek menjual pasir sungai sudah mencukupi.

Saya cemburu orang Ipoh yang ambil pasir sungai kita tapi bukan orang tempatan. Yang mengambil tu pula jenis Ali Baba.