Template by:
Free Blog Templates

21 November 2012

Pilihanraya


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yakin Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencapai kejayaan cemerlangan pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

Ini berdasarkan perpaduan yang dicapai dan kerja keras ahli-ahli UMNO menghadapi pru.

Namun bilik-bilik gerakan UMNO bahagian Larut diarah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) pada bila-bila masa.

Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata UMNO bahagian Larut mahu mempastikan jentera parti sudah bersedia menghadapi pru dan mempertahankan kesemua kerusi yang dimenangginya sebelum ini.











Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian selepas melawat bilik gerakan dan mengadakan perjumpaan dengan pusat daerah mengundi (PDM) Batu Kurau.

Beliau yakin BN di Perak yang diketuai menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mampu mencapai keputusan yang cemerlang berdasarkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan BN.






Beliau berharap kerjasama semua parti komponen dalam menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib dalam menentukan pengagihan kerusi dan tidak akan mempertikainya di luar higga mengeruhkan keadaan.

1 comments:

Anonymous said...

MB kita katakan kita sudah siap berperang.

Kelemahan raja2 Melayu di Sumatra Timor pada tahun 1946 kerana mereka tidak bersatu disebabkan dialek yang berbeza2. Sembilan jajahan dan 9 dialek Melayu yang berbeza2.

Mereka bedaulat dan amat susah hendak dibunuh. Tapi mereka tidak mempunyai hulubalang (ketua menteri) yang kuat. Bila PKI menyerang, mereka tidak mempunyai pemimpin askar yang yang paling gagah.

Natijah yang dapat kita ikuti daripada kekalahan ini kita hendaklah memilih calon yang lebih kuat daripada calon pembangkang kecuali di kawasan yang kita sudah tentu menang seperti di Johor dan Melaka.

Laman web UMNO hendaklah menerangkan segala maklumat yang salah yang telah diketengahkan pembangkang. Risalah edaran juga hendaklah diedarkan seperti DAP.

Saya masih berharap YMDS bertukar tempat dengan MB kalau beliau betul2 sayang kepada YMDS. Senyumannya selalu macam tak habis. Beliau tak perlu takut. Hanya dengan cara swaping, kita boleh mengekalkan calon lama di tempat bahaya, 50-50.

Cuba YMDS tunjukkan cadangan saya ini kepada YMDS.