Template by:
Free Blog Templates

26 November 2012

Miskin



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar amat bersimpati dengan nasib lima beradik yatim piatu di Kampung Projek Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Sangkut dekat Ulu Ijok.


Beliau yang melawat Farahana binti Mohamed, 24 tahun, yang tinggal bersama empat adiknya termasuk yang kecil berusis enam tahun, akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Daerah membantu segera anak-anak yatim tersebut.

Beliau juga akan menghubunggi Yayasan Bina Upaya agar dapat membaiki ataupun mendirikan sebuah rumah baru bagi lima beradik itu kerana rumah yang ada sekarang begitu uzur.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika tiba ke rumah peninggalan ibuibapa mereka, terdapat takungan air akibat bumbung yang bocor.








 








Keadaan itu amat membimbangkan dari segi kesihatan mereka dan beliau telah mengarahkan Ketua Kampung untuk mencari bangunan sementara bagi keluarga berkenaan tinggal.

Farahana pada masa ini terpaksa menolak tawaran bekerja kerana ingin menumpu dua adiknya yang masih kecil. Beliau pada adik-adiknya adalah ibarat Ibu dan juga Bapa.

Bapa mereka meninggal dunia selepas Hariraya yang lalu manakala ibunya beberapa tahun yang lalu.

6 comments:

Anonymous said...

Orang miskin di kampung saya masih boleh beli top-up dan bermotor-sikal walau pun masih bersekolah kerana mereka rajin.

Cuma sekarang ini harga kelapa sawit mankin turun.

Adakah persidangan UMNO tahu harga minyak sawit dan hasil minyak sawit tak turun2 seperti buah sawit.

Anonymous said...

Melayu juga akan jatuh miskin jika harga sawit dan getah turun walaupun UMNO menang PR 13.

Kalau nak naikkan harga getah tambah kilang tayar, sarung tangan dan pembuat kayu getah. Jangan jual getah tapi hasilnya yang dijual.

Pencapaian di utamakan bila Tan Sri bina kilang sarung tangan sendiri dan lantik orang seperti Cikgu Wahid dan Abu Samah jadi pengurusi RISDA, FGV dll.

Sudah sampai masanya Tan Sri UMNO menjadi orang kreatif

Anonymous said...

Saya lihat wakil UMNO cakap berapi2 di Persidangan. Tapi adakah mereka ini layak jadi pengarah/pengurusi syarikat?

Anonymous said...

Melayu akan melukut di tepi gantang jika Tan Sri dan Datuk tidak kreatif dan inovatif, berdikari untuk mencreate syarikat mereka sendiri.

Seperti Tan Sri Mat Piah hendaklah membuka kedai sahamnya sendiri. Tapi saham ASN tak pernah naik lebih seringgit. Sepatutnya mereka ini diberhentikan jadi CEO atau pengarah ASNB kerana tiada performans

Lantikan kerajaan berikanlah kepada mereka yang tiada title tapi rajin.

Sorry to say orang macam Cigu Wahid Nordin lebih pandai membuat pelaburan.

Slogan kejayaan diutamakan saya lihat untung ASNB mankin turun dan ASN tak naik2 tapi mereka masih kekal jadi pengarah. Kalau boss saya dia buang mereka sertamerta.

Adakah PM kita faham tentang kejayaan diutamakan>

Anonymous said...

Yang sebenarnya jika Melayu hendak maju dan disegani oleh orang yang bukan Melayu kita mesti ada data base orang Melayu yang terbilang, gemilang dan cemerlang mmenguntungkan mengikut kedudukan dan pengkhususan.

Misalnya kita mesti ada data base pembuat roti yang berjaya (untung dan maju). Cikgu yang anak muridnya semua dapat gred A. ADUN yang kawasan sangat maju.

Misalnya yalau kawasan ADUN Kubu Gajah paling Maju kita letakkan kedudukannya nombor satu di Malaysia.

'Janji di tepati". juga kita mahu lihat dewan Tebing Tinggi diperbesarkan seperti 'janji' wakil rakyat dari Pengerang, Johor.

Semasa YMDS belum jadi YB Kubu Gajah kerajaan mahu menaik taraf jalan Bukit Merah-Cangkat LObak untuk menjadikan Bukit Merah destinasi pelancongan. Sekurangnya tempiasnya juga akan sampau ke Kubu Gajah.

Sampai masanya YMDS melobi BUkit Merah jadi Pusat Pelancong bertaraf dinia daripada memajukan Batu Gajah, tempat DAP

Saya takut ramai orang Melayu mengundi pakatan rakyat kerana tempat DAP lebih maju dari tempat UMNO. Usul ini tidak dibentangkan dalam persidangan UMNO munkin kita tidak faham peribahasa Melukut di Tepi Gantang.

Anonymous said...

Walaupun YMDS diberi cuti untuk memfailkan saman fitnah ke Mahkamah Persekutuan saya harap YMDS tidak bercuti menulis di blog YMDS.

Saya masih berharap YMDS bertukar tempat calon dengan MB.

Beritahu beliau adat berperang PR 13 calon yang kuat seperti MB mesti ditempatkan di kawasan yang tak kuat seperti di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Kalau beliau tidak tahu adat berperang belajarlah dengan Menteri Pertahanan.

Salah satu 9 Malay Kingdom di Sumatra Timor habis ranap kerana Sultan tidak memilih hulubalang yang paling kuat untuk menjadi Mentri Pertahanan (pemimpin perang).

Diharap MB mempelajari kelemahan ini kerana strategi baru kita mesti sanggup berkorban kerana UMNO bukan mementingkan kedudukan peribadi.