Template by:
Free Blog Templates

25 November 2012

Ketua kampung




Kerajaan Negeri Perak telah diminta membantu mengatasi masalah pengangkutan awam di kawasan Kubu Gajah dan  Batu Kurau yang telah sekian lama perkhidmatan itu terhenti.

Beberapa tahun kebelakangan ini, timbul masalah pengangkutan akibat perbentian syarikat bas diantara Taiping-Batu Kurau, Batu Kurau ke Ijok dan Ijok ke Selama.




Syarikat bas tidak mampu meneruskan perkhidmatan mereka kerana walaupun faham kehendak orang ramai, tetapi tidak menanggung kos kerana rugi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sembang bajet 2013 anjuran Jabatan Penerangan di Kubu Gajah, petang tadi.

Penerangan mengenai bajet kepada Ketua-Ketua Kampung dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Parlimen Larut itu dibuat oleh penceramah bebas, Sharuddin Rashid di Dewan Kampung Tersusun Kubu Gajah.





Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata beliau telah membawa masalah mengenai pengangkutan awam di Kubu Gajah dan Batu Kurau itu ke pengetahuan Kerajaan Negeri dan meminta agar masalah itu diselesaikan dengan segera.

Ia juga menjadi tajuk perbincangan di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), tetapi tiada apa-apa keputusan hingga ke hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar Ketua-Ketua Kampung mendalami ilmu pengetahun bagi membantu meningkatkan lagi peranan mereka.

Tanggung jawab dan peranan Ketua-Ketua kampung amat penting dan besar sebagai "mata dan telinga" Kerajaan.

4 comments:

Anonymous said...

Bagaimana pula tentang bas Kubu Gajah- Cangkat Lobak.

Saya hairan kenapa YMDS selalu lupa tempat lahir YMDS?

Lampu letrik pun tak ada kerana ular selalu menyeberang di kawasan tersebut.

Kalau ada lampu di situ ia akan menyeberang di Tanah Hj. Amin/ Jemiri.

Anonymous said...

Tak payah mendalami ilmu Ketua Kampung.

Kalau dia dari kecil lagi dudok di situ sudah tentu ilmunya banyak.

Tapi kalau ambil orang Sungai Malau Luar atau orang Kati ( seperti Mat Som, 'kesukuan'(etnik) pula tu) jadi Ketua Kampung Tebing Tinggi apa dia tahu?. Dia tahu hanya keliling rumahnya.

Ramai orang tak mahu masuk UMNO semasa Mat SOM jadi ketua kampung kerana tabiat kesukuannya. Nasib baik YMDS datang dengan payung terjun. Calon payung terjun akan dapat mengatasi sikap kesukuan/kedaerahan/korupsi/dll

Kalau tidak mereka ini anti kita YMDS

Sekarang baru mereka tahu Dahalan Deli datangitu dari Deli (Gugusan Pulau2 Melayu). Begitu juga yg. lain2. Saya tahu asal usul mereka termasuk Yusup Tonggek, dll

Anonymous said...

Salah satu indikator masyarakat yang berada/kaya ialah apabila tempat tersebut tiada perkhidmatan bas kerana orang di situ sama ada mempunyai kerita atau pun motor sikal

Anonymous said...

Tujuan asal BAS MARA nak tolong orang Melayu.

Sepatutnya MARA menyerahkan syarikat bas yang untung ke Melayu dan mereka ambil alih syarikat Northern Transport dan jalan bas merah perjalanan Cangkat Lobak- Kubu Gajah.

Sudah untung MARA lupa nak tolong bas Melayu yang tak untung.

Pejalanan Taiping-Kota Bahru boleh lalu Kubu Gajah dan Ijok kalau nak tolong kawasan Melayu.