Template by:
Free Blog Templates

15 November 2012

Hijrah


Nilai tanah di Kubu Gajah akan naik dan akan berlaku perubahan ekonomi yang cepat.

Ia disebabkan projek meluruskan jalan dari Kubu Gajah ke Ulu Sepetang sepanjang 12 kilometer.





Peringkat awal projek tersebut sepanjang empat kilometer dari Kubu Gajah ke Ladang Malaya dengan kos lebih 12 juta termasuk sebatang jalan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di perasmian sambutan tahun baru hijrah di surau Kubu Gajah, pagi tadi.

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada lima tokoh Maal Hijrah yang berjasa di sekitar Kubu Gajah dan Tebing Tinggi dimajlis tersebut.









Mengenai Maal Hijrah, beliau menyeru agar umat Islam jadikan sambutan sebagai forum meningkatkan perpaduan Ummah.

Beliau berhasrat tahun baru Hijrah akan terus membawa kemajuan kepada negara dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.





















Pelbagai acara termasuk pertandingan azan peringkat kanak-kanak turut diadakan selain ceramah undangan, Bahari Yeop.

4 comments:

Anonymous said...

Saya takut tanah estet yang naik harga bukan tanah orang kampung.

Jika YMDS lruskan jalan dari kilang kelapa sawit Kubu Gajah hingga ke Kampung Tengah (kampung Raja) Lembah Keluang barulah harga tanah orang kampung naik harga.

Anonymous said...

Saya minta semua wakil rakyat berhijrah balik kampung untuk mengelakkan turun padang selalu.

Konsep turun padang hanya sesuai bagi exco ke atas kerana mereka perlu mentadbir negeri dan negara.

Yang lain termasuk yang pencen berhijrahlah balik kampung supaya kampung kita jadi macam Lembah Kinta.

Kalau tidak sampai bila pun kampung kita tak maju kalau nak harapkan kerajaan semata2

Anonymous said...

Perpaduan ummmah hanya berlaku jika kita mengaibkan sesama Islam. Kalau kita sentiasa codemn orang Islam siapa pun tak hormat Islam.

Lepas itu kita mesti berkorban. Kalau kita mahu PAS bersatu dengan BN jadikan Datuk NIk Aziz jadi PM dan PM kita jadi Timbalan. Kita mesti berkorban.

Yang ketiga kita selalu ingat kita yang paling pandai di LMS dan tidak menketengahkan orang Islam lain yang pandai dalam bidang masing2.

Kita juga tidak ingat jika kita bersatu kita bertambah maju seperti zaman Nabi SAW di Madinah dahulu di mana rakyatnya brtani dan berniaga dan disatukan dan saling memerlukan antara sama lain untuk maju.

Kita sombong kita agak kita yang paling pandai/alim jadi tidak memerlukan pertolongan orang lain/sudah tentu masuk syurga.

Anonymous said...

Adakah YMDS masih hendak menolong meningkatkan nalai tanah estet?

Kenapa tak naikkan nilai tanah orang kampung dengan meluruskan jalan melalui kampung2, tapi bukan estet dan hutan simpan.

CSR Sime Darby, Genting Plantation dapat membantu meluruskan jalan di kawasan mereka seperti di Malaya estet, Holyrood Estet dan Riverview Estate.

Lebih baik YMDS tarkan jalan dari Sg Dendang Jalan Taiping hingga berdekatan Markas PAS jalan ke Bagan Serai. Tanah kaum keluarga YMDS pun ada di situ. Tanah Pak Aji Dolah (Megat Kamarulzaman) pun ada di situ. Begiitu juga tanah Haji Jemiri. Semua ini bukan orang lain kepada YMDS.

Saya hairan YMDS tidak seperti Exco Pelancongan Negeri Perak. Beliau asyik membangunkan dua kampung beliau sepanjang masa, termasuklah kampung tersusun di Batu Gajah.

Saya takut kalau Ustaz Nazri jadi wakil rakyat Kubu Gajah beliau juga akan majukan Bagan Serai dan Sungai Bayor, tapi bukan Kubu Gajah.

Saya minta orang macam ini janganlah jadi calon ADUN Kubu Gajah. Van beliau tiap hari lalu lalang (proxy)tapi ustaznya tiada. Dekat PR kita tak boleh lagi pakai PROXI.