Template by:
Free Blog Templates

21 November 2012

Hakisan





Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar telah meminta kerajaan Perak agar memberikan perhatian serious mengenai masalah banjir yang sering melanda mukim Ijok.

Beliau sendiri telah menyampaikan hasrat penduduk di mukim tersebut dalam taklimat bajet 2013 yang dipengerusikan oleh dr Zambry, di Ipoh ahad lalu.

 
Masalah banjir di daerah Krian tidak akan dapat diselesaikan jika banjir yang berjumpa dari Ijok yang terletak di bahagian atas tidak diselesaikan terlebuh dahulu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian selepas melawat kerja-kerja membaiki tebing sungai runtuh akibat hakisan dekat jambatan bersempadan kampung sangkut-kampung Mesjid.

Turut hadir ketua kampung sangkut, Haji Mat Zan Kassim yang juga pengerusi jawatankusa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan ketua UMNO cawangan.







Akibat daripada hakikisan yang berlaku jambatan tersebut mendatangkan bahaya kepada pengguna yang sering menggunakan jalan Ijok ke sumpitan di hulu Perak dan Kelantan.

Beliau berkata jabatan parit dan saliran (JPS) pusat mempunyai peruntukan bagi menghadapi masalah banjir di Ijok, tetapi peruntukan yang diaggarab sektar rm 70 juta masih belu digunakan.

Tetapi difamkan peruntukan sekitar rm 40 juta telah pun diminta oleh kerajaan negeri bagi dibelanjakan untuk tujuan banjir di Ijok.

1 comments:

Anonymous said...

Inilah masanya untuk memohon supaya wang tersebut digunakan untuk membuktikan JANJI DITEPATI.