Template by:
Free Blog Templates

14 November 2012

Felda




Peneroka felda di seluruh negara diseru menghantar telegram mengucap terima kasih kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diatas segala usahanya membawa banyak perubahan,kemajuan dan keuntungan kepada felda.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata apa salahnya peneroka felda merakamkan terima kasih kepada perdana menteri atas segala kemajuan yang mereka capai.

 
Masyarakat felda beruntung kerana berada dibawah naungan perdana menteri dan mendapat perhatian yang utama.

Beliau juga ahli dewan undangan negeri (adun) Kubu Gajah menyatakan demikian ketika berucap merasmikan. Majlis penyampaian cek durian runtuh generasi kedua felda Ijok petang tadi.

Seramai 599 orang anak peneroka felda Ijok menerima cek berjumlah kira-kira RM 2.9 juta di majlis yang diadakan disekolah agama rakyat.












Turut hadir timbalan menteri perladangan dan komodities, Datuk Hamzah Zainuddin dan ketua kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

Sehingga kini sebanyak RM 8.7 juta telah dikeluarkan duit durian runtuh kepada peneroka-peneroka felda Ijok dengan setiap 599 orang menerima RM 15,000 yang dibayar tiga peringkat.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sementara itu berkata beliau telah meminta jabatan kerja raya (JKR) Perak melurus jalan dari Redang Panjang ke Batu 20 sepanjang 12 kilometer.









Jalan tersebut perlu dinaik taraf kerana bukan sahaja banyak selekoh, tetapi bahaya kerana keci dan bahu jalan tinggi.

Beliau telah memaklumkan pekara itu kepada pengarah JKR Perak, Datuk Dr. Safri untuk diambil tindakan.

7 comments:

Anonymous said...

Saham FGV mankin menurun kerana kerajaan tidak mahu mengeksport makanan hasil minyak sawit berluluasa. Harga buah sawit menurun tapi komoditi hasil sawit tidak menurun malahan semankin naik.

Dayfour mahu menolong menjual hasil minyak sawit tapi suara mereka pun tak dengar2 hingga sekarang.

Pada penghujung bulan December harga FGV mankin menurun kerana cornerstones akan menjual saham FGV.

Sebeluem itu KWSP dan simpanan pencen akan menjual juga saham mereka kerana takutkan cornerstones.

Setelah harga merudum mereka beli balik saham FGV . Itulah permainan KWSP dan Simpanan Pencen kita.

Saya rasa Tan Sri Isa Samad tidak tahu main saham. Kalau tidak tahu Cikgu Wahid pun boleh jadi Chairman FGV. Kenapa kita pilih orang UMNO dari kumpulan OKU (Orang Kaya UMNO). Fikir2kanlah apa yang saya katakan. Munkin orang OKU tak suka apa yang saya katakan. Hanya pendapat sahaja.

Anonymous said...

Saya mohon YMDS luruskan dulu jalan dari kilang Kelapa Sawit hingga ke Lembah Keluang belakang rumah Ustaz Yahya yang lama (dekat 'kilang' pembuatan hasil konkrit kerana sepanjang yang saya ketahui 12 aksiden sudah pun berlaku di selekoh tersebut).

Di kawasan YMDS cadangkan hanya dua aksiden yang berlaku sepanjang yang saya tahu.

Kita mesti luruskan jalan yang selalu aksiden terlebih dahulu.

Kalau YMDS selalu turun padang sudah tentu selekoh belakang rumah Ustaz Yahya tahu ia ;ebih merbahaya.

Kapisiti perahan minyak kilang kelapa sawit juga bertambah dan akan menaikkan harga buah kelapa sawit.

Dulu saya dapat free hasil SISA kelapa sawit. Tapi sekarang saya kena beli. Tapi kenapa harga hasil buah sawit menurun?

Kita asyik berpolitik tapi tidak dapat mengatasi harga buah sawit yang menghasilkan komoditi yang harganya tak turun2. Cuba YMDS beli minyak sawit. Sepatutnya harganya turun mengikut harga buah sawit.

Saya takut orang politik tidak menggunakan kepakaran (kelulusan) mereka untuk membangunkan kawasan dan masyarakat. Rugilah kerajaan membantu mereka masuk universiti tapi apa yang dipelajari tidak digunakan.

Sebagai contoh ADUN Selama mendapat kelulusan yang berkaitan dengan pemasaran (Business)tapi beliau tak gunakan kelulusan beliau untuk memasarkan pisang dan nenas saya.

Saya takut kita ada kelulusan yang sijilnya dapat dibeli. Saya tak pernah dengar beliau belajar di England semasa saya di Coventry dahulu. Maafkan saya juka saya salah.

Saya syorkan kita hendaklah kerja menggunakan (mengaplikasikan) kelulusan kita supaya kerajaan tidak merugikan menyekolahkan kita disamping berpolitik.

Anonymous said...

Saya akan suruh orang FELDA hantar surat Tahniah kepada PM jika saham FGV naik dan dividennya lebih daripada koperasi, iaitu 15%.

Kalau mereka tak mahu saya akan tulis sendiri.

Oleh itu YMDS tentukan dividennya lebih dari dividen koperasi FELDA dan bila pembeli saham FGV mesyuarat agong mereka juga dapat layanan yang sama seperti koperasi FELDA.

Anonymous said...

Tan Sri Bernand Dompok sudah banyak tubuhkan koperasi penanam sawit di Sabah.

Bila lagi Datuk Hamzah hendak tubuhkan koperasi yang sama di LMS?

Anonymous said...

Bila lagi Datuk Hamzah nak bina kilang susu Hi-Goat di Pondok Tanjung?

Beliau tak boleh bina kerana kambing tak cukup kerana CEO koridor Utara lembab sikit.

Anonymous said...

Saya harap Datuk Dr. Sabri tahu prioriti pembinaan jalan. Salah satu rasionalnya ialah jumlah accident yang berlaku di jalan tersebut dan disesuaikan pula dengan pembinaan jalan susur keluar Matang Pasir yang memntingkan jalan Alor Pongsu ke Kelantan yang perlu diperluaskan untuk pengangkutan (dari segi ekonomi) yang bertambah banyak melalui jalan tersebut.

Anonymous said...

Alliance Research syorkan kita jual saham FGV sebelum harganya turun pada paras $3.53 sebab turun CPO dan penanaman semula dalm masa tiga tahun akan datang. Tak ada untung semasa penanaman semula.

Saya harap orang FELDA Ijok sedia maklum tentang perkara ini.