Template by:
Free Blog Templates

23 November 2012

Durian


Parlimen Larut terutama kawasan Batu Kurau dan Kubu Gajah kembali menjadi tumpuan lambakan buah durian.









Musim buah durian biasanya membolehkan ramai penduduk berniaga dan ada yang mampu sampai ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Begitupun, harganya masih belum stabil,tetapi masih boleh bertahan.

Demikian dinyatakan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di majlis berkelah makan durian anjuran penduduk di bengkel wanita Batu 20 dekat Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir ketua wanita cawangan, Zainab Binti Awang dan ketua kampong Batu 20, Haji Mat Isa Harun.













Beliau berharap, lembaga pemasaran persekutuan (FAMA) membantu bagi menggekalkan harga durian untuk menggelakan para pemilik dusun menanggung kerugian.

Dalam pada itu, beliau juga meminta FAMA dan kementerian pertanian bertindak agar tidak berlaku kebanjiran durian dan buah-buah lain yang diimport dari negara jiran.

Jika tidak penjual-penjual durian tempatan bukan sahaja terpaksa bersaing, tetapi bimbang harga yang rendah.

4 comments:

Anonymous said...

Galakkan orang LMS menanam Mousang King kerana harganya tinggi.

Begitu juga buah kelapa sawit DXP (Yanggambi) kerana perahan minyaknya tinggi.

Tapi rem buah sawit buat2 bodoh masih beri harga klon P yang nilai perahan minyaknya rendah.

Harap YMDS sedia maklum eksploitasi kedai beli kelapa sawit terhadap kawasan ADUN Kubu. Gajah.

Hanya beritahu mereka zaman dulu kita boleh tipu penjual buah sawit tapi sekarang mereka sudah educated. Yang kurang educated ialah pembeli buah kelapa sawit.

Anonymous said...

Yang rugi kera mengoyang bunga dan putik buah durian. Ia lebih merugikan daripada jika FAMA tidak mahu menolong memasarkan buah durian.

Anonymous said...

Saya lihat FELDA asyik beli saham FGV untuk menikkan harganya.

Kenapa Tan Sri Isa Samad dan Datuk Sabri tak mahu tambah pegangannya seperti Datuk Rohana Tan Sri R untuk menaikkan saham ASTRO.

Anonymous said...

Dalam persidangan UMNO tak pernahkah dibangkitkan kenapa saham UMNO, KUB tak naik2.

Kadang2 saya berasa malu juga kerana begitu ramai businessman UMNO tapi kita tidak ketengahkan eksekutifnya berdasarkan slogan pencapaian diutamakan