Template by:
Free Blog Templates

16 November 2012

Banjir

Jabatan parit dan saliran (JPS) daerah Larut, Matang dan Selama diminta segera membelanjakan peruntukkan RM 40 juta bagi mengatasi masalah banjir di Mukim Ijok dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, apa yang beliau difahamkan RM 40 juta adalah untuk tujuan menaik taraf sungai-sungai Ijok dan pengambilan tanah.

Beliau berkata demikian ketika melawat tebing sungai runtuh di kampung Sungai Jernih, Ulu Ijok petang tadi.

Turut mengiringgi beliau dalam lawatan itu ialah, ketua kampung sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa yang juga pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Datuk Seri Raja Ahamd Zainuddin menambah beliau telah menghubunggi jurutera kana JPS daerah, Mokhtar Hasran mengenai masalah Tebing Sungai runtuh Dan hakisan yang sering berlaku dan bahaya.









Beliau juga ada menghubunggi jurutera kanan di ibu pejabat JPS, Azizah Hamid mengenai hal tersebut.

Mukim Ijok terutama kampung Sungai Jernih, Kelian Gunung, Kampung Sangkut, Kampung Bendang luas dan Rantau Panjang merupakan kawasan yang sering dilanda banjir.


















Beliau turut menasihati orang ramai agar berwaspada dengan keadaan cuaca sejak kebelakangan ini yang sering hujan.

Beliau juga meminta agensi-agensi kerajaan termasuk jabatan kerja raya (JKR) agar membuat pemantauan di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir bagi tujuan persediaan awal menghadapi banjir.

2 comments:

Anonymous said...

Selalunya masalah banjir kita atasi pada musim panas.

Anonymous said...

Masa dahulu bila banjir ikan Arowana naik ke darat dari Sungai Krian ke Sungai Ijok dan seterusnya ke lembah Cangkat Lobak.

Baru2 ini ETP koridor utara hendak memajukan pemeliharaan ikan arowana di Perak.

Saya harap kerajaan juga harus melihat asal usul ikan arowarna di Perak.

Jika YMDS tanya Cik Gu Abu Samah Aliddin beliau selalu lihat ikan Arowana di jual oleh bapa/atok saudaranya Hj. Adil di Kubu Gajah.

Yang sebenarnya jika LMS mahu kaya LMS hendaklah tanam pokok gaharu di kaki banjaran gunung Bintang, arowana dari sungai Krian arah ke Sungai Lembah Keluang, Sg Ijok dan persekitaranya.

Kami lihat anak arowana ada di tanah Ustaz Yahya bila air surut yang menandakan kawasan ini ialah rumah arowarna.

Manakala di tepi paya dan Sungai elok dibela burung walit di sana terdapat pokok kelompong (unggasnya makanan paling sedap bagi walit).

Kawasan ini termasuklah di tanah YMDS di Kampung Raja, Tebing Tinggi di mana terdapat beribu2 burung walit memakan kekatu.

Kejadian ini hanya YMDS ketahui bila turun padang lepas hujan atau pun mula hujan renyai2.

Pertanian/peliharaan haiwan tidak menguntungkan.

YMDS sedia maklum orang miskin beli apa saja hingga rumah mereka penuh dengan macamm2

Orang pertengahan mengutamakan liabiliti.

Orang kaya mengutamakan aset/pelaburan. Walit, arowana dan geharu adalah aset/pelaburan jangka pendek dan panjang yang baik.
Bentuk koperasi.

Cuba YMDS ikuti kursus bagaimana hendak menkayakan masyarakat LMS.

Baca buku Farrah Grey (Reallionore)

Kita pass universiti pun tak guna jika tidak diaplikasikan ke masyarakat LMS macam ustaz Nazri Din dan yang lain2 termasuklah calon PKR bagi Batu Kurau yang akan datang.

Kelemahan calon2 ini ialah mereka tidak menaplikasikan apa yang mereka pelajari di UPM untuk meningkatkan kedudukan ummah. Yang lain semua OK.