Template by:
Free Blog Templates

30 October 2009

ADUN Bebas Perak Cukup Selesa


Tiga ADUN Bebas nampak selesa bekerja di bawah kepimpinan dan pentadbiran Barisan Nasional (BN) Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Selepas dua kali sidang DUN termasuk yang terbahru pada 28 Okt. lalu, mereka cukup ceria dan sentiasa mengambil tahu diantra satu dengan yang lain.

Malah, Saya sendiri bertembung dengan Jamaluddin Radzi awal pagi lagi pada masa kami sama-sama bersiap hendak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) untuk menghadiri sidang DUN.

Hinggakan, beliau sendiri bertanyakan berulang kali mengenai kertas urusan mesyuarat yang harus dibawa bersama bagi sidang DUN.

Semalam, di Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Larut, Matang dan Selama, Osman Zailo juga cukup ceria dan mesra ketika kami sama-sama membincangkan masalah tanah di mesyuarat yang dipengeruaikan oleh Pegawai Daerah,Datuk Mahmud Murshidi di Pejabat Daerah di Taiping.

Gurau senda beliau dengan Adun Terong, Datuk Rosli Hussein yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, cukup menarik perhatian Saya dan juga Pegawai Kerajaan yang lain.


Pendek kata mereka dan seorang lagi Adun Bebas, Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak, sentiasa ceria, seolah-olah mereka amat senang bersama dengan cara pendekatan BN teruatma sekali Dr Zambry yang mengenepikan soal protokol ketika bersama-sama dengan semua ADUN BN pada setiap masa.

Yit Foong yang sering ditemani oleh Suaminya juga menarik perhatian kerana kerakraban kedua pasangan tersebut. Beliau sentiasa berada di sisi isterinya hinggakan kadangkala menjadi usikan rakan-rakan dan gurau senda mengenai kesetiaan mereka berdua.

Sehingga kini, ketiga-tiga mereka walaupun masih menjadi anggota Bebas, tetapi ia tidak langsung menampakan rasa kekuk mereka dengan ahli-ahli Dun BN yang lain.

Harap-harap pendekatan BN itu akan dapat menarik ramai lagi anggota Pembangkang yang lain untuk menyertai BN. Mudah-mudahan, dengan kedudukan mereka yang terkini, majoriti BN akan bertambah lagi menjelang sidang DUN yang akan datang.

28 October 2009

Pembangkang Gagal Menghalang Bajet Kerajaan BN


Pihak Pembangkang gagal menghalang pembentangan Bajet 2010 di sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Sebaliknya, bajet berjumlah RM 176 juta yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah diluluskan dengan kesemua ahli DUN Barisan Nasional bangun, menunjukkan sokongan padu mereka,

Sebaik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selesai membentangkan Bajet, Dewan ditangguhkan untuk satu jam sebagaimana yang dikehendaki peraturan Masyuarat.

Pada mulanya Dewan berjalan dengan lancar, tetapi Pihak Pembangkang masuk pada ketika Dewan berehat. Sebaik masuk ke dalam Dewan, Mereka menimbulkan ketegangan dengan menyatakan bahawa permilihan Datuk R.Ganeson adalah tidak sah.

Pada ketika itu, mereka juga mengadakan sidang berasingan,berdepan dengan tempat duduk di pihak Kerajaan.

Pembangkang juga cuba menggangu perjalanan dan urusan Dewan. Pada mulanya, sebak Dewan memulakan pesidangan tepat jam 10 pagi, Pembangkang masih belum masuk. Mereka membuat kecoh d luar Dewan dan berlaku pertikaman lidah.

Mereka akhirnya masuk selepas sidang ditangguhkan dan memulakan mesyuarat mereka sendiri.

Sebaik Dewan bersidang semula, Mereka sekali lagi mencetus kekacaun. Tetapi sebaik Bajet diluluskan, Pembangkang mengambil keputusan meninggalkan Dewan seara beramai-ramai.

Pada Saya, Pembangkang tidak konsisten dalam membuat keputusan. Pada mulanya, mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan hadir ke sidang tersebut, tetapi pada sidang hari ini, ternyata pembangkang mengiktirafkan Kerajaan BN dan Speaker, Datuk R.Ganeson.

Ini kerana, pihak Pembangkang terus duduk di kerusi mereka pada sidang disambung semula. Mereka bagaimanapun, mengambil keputusan memulaukan Dewan dan keluar beramai-ramai.

Pembangkang tahu jika mereaka tidak hadir pada persidangan hari ini , mereka boleh hilang kelayakkan sebagai Adun. Justeru, ternyatalah bahawa Pembangkang tidak konsiten dalam tindakan mereka yang sentiasa berdolak dalik.

Tanpa kalibat mereka, Dewan diteruskan dan beberapa enikmen telah diluluskan termasuk Pentadbiran Agama yang dibawa oleh Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Zahir bin Khalid.

Dr Zambry juga mengusulkan perlantikan semula dua Senator termasuk Datuk Azian Othman, Ketua UMN Bahagian Ipoh Timor dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara.

Menteri Besar dan Anggota Exco juga menjawab beberapa soalan lisan sebelum menangguhkan Dewan ke satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

27 October 2009

Program Lawatan Jangan Dipandang Remeh

Kubu Gajah, Selasa, 27 Okt. - Program masuk kampung, melawat projek dan orang sakit, telah menjadi kebiasaan dan tanggung jawab sebagai seorang Wakil Rakyat.


Kesempatan ini juga saya gunakan untuk menemui orang kampung, bersembang di kedai kopi atau di mana juga yang menjadi ruang terbaik untuk bertemu rakyat, termasuk kenduri kahwin.
Hendak pula kalau dapat makan masakan orang kampung, yang menjadi pembuka selera Saya. Bersama, Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung Gua Petai, kami bergotong royong membersih kawasan jalan menghala ke Surau berdekatan.

Menyelerakan lagi bila dihidang dengan Nasi Lemak Ikan Bilis dan Gulai Kacang serta Mee Goreng selepas itu.


Pada hari yang sama Saya juga sempat singgah bertanya khabar kepada mereka yang berada di gerai-gerai di DUN Kubu Gajah, terutama pada sebelah petang.

Apabila berjumpa, macam-macam lah cerita, masalah dan khabar berita yang akan Saya perolehi. Kalau di Ijok tajuk utama yang sering menjadi perbualan ialah masalah banjir.

Saya berharap Pengarah JPS Negeri tidak memandang ringan mengenai masalah banjir di sekitar Mukim Ijok ini. Jika berlaku Hujan, ia cukup membimbangkan penduduk.


Malah, pembinaan Jalan baru dari Kampung Mesjid ke Ulu Mengkuang Selama melalui Kampung Teras sepanjang lima kilometer dengan belanja sekitar RM 15 Juta juga masih tidak dapat menyelesaikan masalah banjir sepenuhnya.

Tetapi, tidak dinafikan pembinaan jalan tersebut dapat menaikan taraf sosio-ekonomi penduduk di Kampung Mesjid, Teras dan Bendang Luas serta sekitarnya. Malah, harga tanah juga kini semakin naik jika dibandingkan sebelum ini,

Bila kita selalu turun ke padang kita dapat lihat dengan mata sendiri perlaksanaan projek Kerajaan samada ia dilakukan mengikut spekfikasi atau tidak oleh Kontraktor yang berkenaan.

Remaja Digalakan Menceburkan Diri Dalam Ekonomi

Kubu Gajah, Selasa 27 Okt. - Seperti biasa, bila ada kesempatan di kawasan Saya akan meninjau anak buah yang sedang menceburkan diri dalam bidang ekonomi.

Ketika di Pekan Ijok, saya telah diminat oleh seorang penjaja goreng pisang yang telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan bantuan MARA Daerah untuk mengembangkan perniagaan beliau.


Beliau kini melakukan jualan pisang goerang setiap petang di Pekan Ijok diatas resab Jalan, tetapi jika bantuan MARA itu diterima beliau lebih yakin untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Kebetulan semalam ada Mesyuarat Tindakan Daerah, Saya telah membangkitkan perkara tesebut kepada pengetahuan Pejabat MARA Daerah yang telah memberi jaminan untuk membantu penjaja berkenaan secepat mungkin.

Saya juga sempat meninjau ternakan Ikan Keli di Kampung Gua Petai oleh seorang anak muda yang begitu gigih untuk tidak mahu melepaskan peluang menceburkan diri dalam bidang ekonomi.


Pada masa ini, beliau menggunakan kanves sebagai kolam untuk projek ikan keli di halaman rumahnya.

Projek tersebut jika diusahakan sebaik mungkin ia boleh memulangkan hasil yang agak lumayan terutama kepada belia yang tidak ada pekerjaan.

Ketika di Felda Ijok, Saya juga menyarankan agar para remaja di situ menjalankan aktiviti ekonomi untuk membantu meringankan bebanan mereka yang masih tidak ada peluang pekerjaan.

Remaja Felda Tidak Harus Diabaikan

Jika tidak kerana turun ke padang, tidak mungkin Saya dapat melihat dengan sendiri masalah yang dihadapi oleh Masyarakat.

Dalam majlis dailog yang dianjurkan di Felda, Ijok Ahad lalu, banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh para remaja termasuk mahukan Saya sebagai Adun melihat sendiri pembinaan gelanggang Futsal di situ yang tidak mengikut spekfikasi.

Ia telah menimbulkan rasa tidak puashati mereka. Justeru Saya berharap Jabatan Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Daerah yang bertanggungjawab agar segera mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut.

Janganlah projek itu dilaksanakan hanya semata-mata untuk menyediakan peluang kepada kontraktor, tetapi akhirnya ia merugikan Kerajaan yang mahu melihat kegiatan sukan berjalan dengan berkesan.

Jabatan berkenaan diminta supaya mempastikan kerja-kerja perlaksanaan projek tersebut mengikut spekfikasi sebelum penyerahan di buat, bimbang nanti jika berlaku sebarang kerosakan atau kejadian yang tidak diingini siapa yang harus dipertanggungjawabkan.


Saya juga mahu pihak berkenaan agar membuat pemeriksaan yang sama keatas pembinaan gelanggang futsal di Parlimen Larut dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas Kontraktor yang tidak mengikut arahan perlaksanaan projek.

Kontraktor yang tidak bertanggungjawab dan enggan mematahui arahan supaya disenarai hitamkan.

Saya sendiri mahu pihak berkenaan menghantar laporan perlaksanaan projek kepada Saya selaku Adun Kubu Gajah.

Mengenai, masalah generai kedua dan ketiga di Felda Ijok, Saya telah meminta Ketua Kampung mereka supaya menyediakan satu laporan untuk dipanjangkan keapda pijak Ibupejabat Felda bagi mencari jalan untuk mengaasi masalah tempat tinggal dan peluang untuk mereka menambahkan pendapatan.

Masyarakat India Tidak Pernah Dipinggirkan



Sambutan Deepavali di Parlimen Larut tetap meriah, walaupun bilangan penganut agama Hindu tidak seramai seperti di tempat lain.

Pada majlis yang dianjurkan oleh MIC Bahagian Larut di padang Ladang Malakof, Changkat Larah, jamuan Deepavali cukup meriah kerana turut disertai oleh rakyat dari pelbagai kaum.

Hasrta 1 Malaysia menjadi tema ucapan yang disamput dengan tepukan gemuruh oleh masyarakat India.

Saya memberitahu bahawa Masyarakat India tidak pernah diabai kebajikan mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi agak malang sejak akhir-akhir ini ada segelintir mereka yang cuba menjadi Juara kepada masyarakat India dengan mengambarkan perkara yang negatif hinggakan mempengaruhi mereka yang kurang faham.

Namun, sejak Perdana Mentri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih, Masyarkat India semakin yakin dan amat tertarik dengan pendekatan dan style kepimpinan beliau yang mahu melakukan keadilan kepada semua.



Selaku Pengerusi BN Larut, Saya juga berharap usaha untuk meningkatkan lagi semangat perpaduan kaum dapat diteruskan melalui program turun ke bawah yang dilakukan dari masa ke semasa.

Jangan tunggu bila Pilihanraya sahaja baru hendak lawata rumah ke rumah. Ia boleh dibuat dari sekarang.

Tragedi Oktober Di Kuala Dipang


Pada mulanya, Saya menjangka berita yang diberitahu Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, malam tadi yang kebetulan kami terserempak di sebuah restoran di Bandaraya Ipoh, malam tadi, mengenai kejadian murid Sekolah Rendah, Kuala Dipang, jatuh lemas kes biasa.

Tetapi, merasa terkejut bila mendapat tahu peristiwa sebenar yang berlaku membabitkan 22 orang pelajar yang sedang menyertai kem kokurikulum 1 Malaysia di situ, jatuh selepas Titi Gantung behampiran tempat tinggal mereka, tiba-tiba roboh.

Hingga pagi ini, seorang pelajar dikuatiri mati manakal dua lagi masih hilang sementara yang lain selamat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran tiba sebentar tadi bagi meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar. Beliau di iringi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry sebaik menerima berita kejadian tesebut, malam tadi telah bergegas ke tempat kejadian bagi mendapat maklumat dan membantu usaha menyelamat pelajar berkenaan yang terlibat dalam kem yang dipilih dari beberapa buah Sekolah Rendah sekitar Daerah Kampar.

Difahamkan, Titi berkenaan baru sahaja siap dalam masa dua minggu yang lalu. Ketika kejadian itu berlaku.

Persoalannya sekarang, siapa yang hendak disalahkan mengenai kejadian tersebut? Jika pembinaan titi tersebut tidak mengikut spekfisikasi, apa kah tindakan keatas Kontraktor yang terlibat?

Kita selalu bila terantuk bila ternada. Barangkali tiba masanya, pihak yang berkenaan menyemak semula semua projek titi dan jambatan kegunaan awam yang barangkali berada dalam keadaan bahaya dan tidak selamat digunakan.

Di Kawasan DUN Saya sendiri pun masih banyak lagi titi gantung dan titi kayu. Kenapa semua projek ini tidak digantikan dengan titi atau jambatan konkrik yang lebih baik, selesa dan selamat?


Baru-baru ini sebagai contoh, sebuah titi gantung di Kampung Sangkut, Ijok telah putus dan telah dimaklumkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri untuk mendapatkan peruntukan segera sebanyak RM 30,000. Semalam di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), perkara ini juga telah Saya bangkitkan.

Andainya kejadian yang berlaku di Kuala Dipang itu disebabkan kecuaian Kontraktor, maka pihak yang berkenaan seharusnyalah menyenarai hitamkan mereka, malah pastikan mereka ini tidak akan berpeluang lagi mendapat mana-mana projek Kerajaan.

Saya juga berharap sebuah Jawatankuaas Khas segera ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci mengenai punca kejadian tersebut.

Ingatan Saya masih subur mengenai peristiwa sedih Feri tenggelam yang melibatkan ramai Pelajar Sekolah di Bandar Bahru, sedikit masa dahulu yang mengorbankan banyak nyawa.


Pihak Kementerian juga sewajarnya mengambil langkah mengeluarkan garis panduan mengenai sebarang progra kokurikulum mempastikan segala pesiapan dan keselamatan murid terjamin. Jangan mengadakan sebarang program sekadar, melepaskan batuk ditangga. Jika persiapan tidak memuaskan, tangguh dahulu program seumpam itu, jangan hanya sekadar hendak mencapai KPI semata-mata.

Seperti kata perpatah Inggeris, Biar Lewat daripada Tiada Langsung. Mengenai kejadian di Kuala Dipang ini, jangalah kita menuding jari, sebaliknya sama-sama membantu mencari jalan supaya peristiwa seumpama itu tidak berulang lagi di masa depan.

Adun dan Kebajikan Gempur.

Kubu Gajah, Selasa, 27 Okt. - Hari semalam, bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Saya telah melancarkan program " gempur" melawat rumah-rumah yang telah dikenalpasti bagi tujuan membantu keluarga yang memerlukan bantuan.

Program ini menggantikan pendekatan yang biasa dibuat dan dengan melawat keluarga-keluarga yang telah dikenalpasti itu, tindakan Jabatan berkenaan akan lebih mudah dan mempercepatkan lagi proses permohonan bantuan.

Saya sendiri turut bersama dengan Pegawai Kebajikan melawat beberapa keluarga samada dalam keadaan kemiskinan atau sakit atau kedua-duanya sekali.

Ketika berucap melancarkan program tersebut di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, Saya mengingatkan Ketua-Ketua Kampung dan Jkkk supaya menyediakan senarai lengkap penduduk yang memerlukan bantuan.

Data base ini amatlah mustahak bagi memudahkan bantuan disalurkan dan tidak akan berlaku pertindihan.

Kerajaan Pusat dan Negeri, sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat terutama mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai, selain warga tua yang juga memerlukan perhatian dan perlindungan.

Saya juga berharap, Jkkk agar pro-aktif dan sentiasa mengikuti perkembangan anak buah masing-masing.

Program bersama Jabatan Kebajikan itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Sebelum ini, program besama Adun Kubu Gajah juga telah diadakan di Kampung Sungai Ara dan di Kampung Mesjid, Ijok.

24 October 2009

Sejenak Bersama Bekas Penyerang Kebangsaan


Dengan tidak menghampakan jemputan peribadi Khalid Jamlus, Saya dan isteri menghadiri majlis persandingan bekas Pemain Bola Sepak Perak dan Penyerang Kebangsaan itu di Dewan Bandaran, Ipoh tengahari tadi.

Isnin (19 Okt. 2009) Saya menerima kad undangan perkahwinan beliau melalui bekas Kapten Perak, Ahmad Shahrul Azhar Suffin, menjemput Saya ke majlis tersebut.

Kemudian, pada pagi Khamis, Khalid sendiri menalipon meminta Saya agar tidak menguzurkan diri. Hari ini, di hari yang bersejarah untuk beliau dan isteri yang kebetulan adalah juga anak perempuan, kenalan rapat saya allahyarham Datuk Zakaria, Saya sengaja mengosongkan segala program untuk menghadiri majlis persandaingan Khalid.


Khalid, pernah bermain di bawah Saya ketika Perak kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 2000. Selepas meletakan jawatan sebagai pengurus, Khalid bersama beberapa pemian yang lain telah berhijrah ke Negeri lain. Khalid kini bersama skuad Kelantan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut hadir di majlis persandingan Khalid.

Kepada Khalid selamat pengantin baru dengan doa semoga kekal hingga ke anak cucu.

Mendekati Mereka Yang Kurang Upaya.

Kubu Gajah, Sabtu 24 Okt. - Saya ambil kesempatan melawat Ketua Kampung Sungai Segar, Zaulkifli Ahmad di rumahnya di Sungai Segar selepas menjalani rawatan.

Saya kagum dengan beliau kerana walaupun dalam keadaan kesihatan yang terganggu, tetapi masih cekal dengan semangat untuk terus berkhidmat sebagai Ketua Kampung.

Walaupun dalam keadaan hujan, tidak menghalang saya melawat Hasnah binti Mohd Zain, 63 tahun yang kena stroke di rumahnya di peringkat 4, dan Hakimi Hamidin, 50 tahun yang tinggal di peringkat 2, Felda Ijok.

Hasnah menagis sebab dan terharu dengan kehadiran Saya yang turut mengambil berat mengenai keadaannya. Turut hadir sama ialah Ketua Kampung Felda yang baru, Shukur Jaman.
Saya juga melawat Alang Yahya Bin Razali, seorang yang kurang upaya, tetapi cukup aktif damal kegiatan di Felda. Saya juga hadir di majlis kenduri di rumah salmah bt harun di Felda.

Ketika berada di Felda, sempat mengikuti pembentangan bajet oleh Perdana Menteri di sebuah gerai bersama dengan penduduk-penduduk di situ.

Pada sebelah malamnya pula ke majlis kenduri kahwin rumah Ketua UMNO Cawangan Taman Lela, Syed Mansur bin Syed Omar, sebelum ke mesyuarat pre-council DUN Perak di Kediaman Menteri Besar.

1 Malaysia semakin diterima

Hujan yang turun dengan lebat, tidak menghalang pelancaran kempen 1 Malaysia peringkat Dewan UndanganNegeri (DUN) Batu Kurau, petang semalam, sebaliknya menguatkan lagi semangat dan keazaman masyarakat yang mahukan perpaduan semua kaum sentiasa dikekalkan.

Ketika melancarkan kempen tersebut, Saya berharap rakyat tidak dikelirukan oleh mereka yang cemburu dengan usaha Kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, aman, makur dan sentiasa stabil.

Pelancaran peringkat Negeri Perak pada 18 Okt. lalu yang telah dihadiri lebih 50,00 orang memberi mesej bahawa rakyat semakin yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas prestasi tidak cemerlang pada Pilihanraya Umum (PU) ke 12 yang lalu.

Flasafah, rakyat didahulu dan pencapaian diutamakan, semakin disenanggi oleh rakyat malah tindakan pemimpin turun ke padang juga menyakinkan lagi rakyat terhadap BN.

Saya berharap majlis penerangan mengenai kempen 1 Malaysia dan dasar-dasar Kerajaan dapat diteruskan supaya rakyat lebih memahaminya terutama di kalangan generasi muda.

Kempen pelancaran 1 Malaysia peringkat DUN Kubu Gajah telahpun diadakan manakala bagi DUN Selama akan diadakan pada 27 Okt. ini.

Benarkan syarikat rokok taja kembali


IPOH - Kerajaan diminta membenarkan semula syarikat rokok membenar semula syarikat rokok menaja acara sukan bagi mengatasi masalah kecyangan yang melanda persatuan persatuan bola sepak negeri.

Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin RajaOmar (gambar) berkata, langkah berkenaan sangat penting selepas banyak persatuan bola sepak negeri pada masa ini sering `sesak'.

Mereka bukan sahaja kehilangan banyak punca kewangan malah tidak mampu menampung kos pengurusan berjumlah lebih RM3 juta setahun.

Katanya, sebelum ini sebuah syarikat rokok memberikan tajaan kira-kira RM40 juta setahun dari persatuan bola sepak negeri pula mendapat lebih kurang RMl juta daripada tajaan tersebut.

"Saya akan membuat rayuan kepada kerajaan nanti supaya mempertimbangkan semula larangan tersebut kerana persatuan bola sepak negeri memerlukan pembelanjaan besar untuk pengurusan dan pem bangunan sukan," katanya pada majlis jamuan Aidilfitri Maju Perak Berhad di sini, semalam.

Syarikat rokok itu menamatkan kontrak dengan FAM pada 2004 ekoran ketetapan Rangka Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) pada konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003.

Melalui konvensyen yang disertai 192 negara termasuk Malaysia telah bersetuju mengharamkan atau mengenakan sekatan terhadap pengiklanan, penajaan dan promosi tembakau.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Pengerusi Maju Perak Berhad Berkata, walaupun WHO melarang syarikat rokok menaja acara sukan, masih ada pasukan bola sepak negara dunia ini ditaja oleh syarikat pengeluar rokok.

“Lagipun saya melihat penjualan tembakau tidak diharamkan dan saya tidak Nampak sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan semula larangan berkenaan,” katanya.

Disamping itu, beliau mancadangkan kerajaan supaya memberikan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat swasta yang menaja sukan seperti yang diamalkan di negara-negara maju.
Katanya langkah tersebut dapat menggalakkan penglibatan syarikat swasta dalam pembangunan sukan negara.

“Pada masa ini, syarikat swasta keberatan untuk menaja sukan kerana tidak diberikan pengecualian cukai, ini bermakna mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak duka kali jika menaja sukan,” katanya.

22 October 2009

DUN Perak dan Gelagat Pembangkang

Saya dapat menjangkakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula 28 Okt. ini panas dan tegang berdasarkan reaksi daripada pihak pembangkang itu sendiri terhadap persidangan kali kedua ini selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih Kerajaan Negeri, di awal tahun.

Persidangan DUN Perak bukan sahaja mendapat perhatian Masyarakat tempatan, tetapi juga dari Luar Negara.

Saya juga tidak menolak, pisang berbuah dua kali seperti mana ketegangan sidang yang diadakan pada awal bulan Mei yang lalu, kerana pembangkang masih lagi mengiktirafkan Speaker mereka.

Seperti yang pernah Saya katakan bahawa pembangkang akan memboikot sidang Dewan hanyalah satu sindiwara. Ternyata mereka sendiri tidak yakin dengan penderian mereka. Andainya mereka hadir pada sidang 28 Okt. ini, ternyata mereka bukan sahaja mengiktiraf DUN yang dipanggil oleh BN pada bulan Mei, tetapi juga memperlekehkan sidang bawah pokok dan di sebuah hotel.

Jelas, mereka hanya membuang masa. Jika pembangkang berpenderian tidak mahu mengiktiraf sidang DUN pada bulan Mei, mereka seharusnya mengotakan tindakan untuk memulaukan sidang pada 28 Okt. ini. Tetapi, apa kah mereka berani untuk berbuat demikian?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana tahu jika mereka tidak hadir pada sidang 28 Okt. ini mereka akan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan.

Sidang DUN pada 28 Okt. ini penting untuk meluluskan bajet 2010 dan adalah amat dialu-alukan jika kehadian pembangkang memberi sokongan untuk meluluskan bajet tersebut supaya pentadbiran Negeri tidak akan terjejas termasuk seluruh pegawai dan kakitangan.

Mereka (pembangkang) seharusnyalah meletakan keutamaan kepentingan awam daripada kepentingan politik yang merugikan rakyat itu sendiri. Walaupun, pembangkang menolak, bajet tetap diluluskan mengikut suara majoriti BN di DUN, tetapi lebih baik jika ia mendapat sokongan padu semua pihak.

Di sini lah rakyat ingin lihat kewibawaan wakil rakyat mereka untuk berbahas dan memberikan pandangan yang bernas, bukan menimbulkan kekacauan.

Sebenarnya pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berjalan dengan baik dan rakyat semakin yakin. Tetapi yang cuba mencetuskan kekacauan ialah pembangkang.

DUN Perak tidak perlu dibubarkan kerana rakyat tidak pernah mendesak. Justeru kenapa pembangkang masih tidak mahu menerima hakikat ini.

Amat mendukactikan lagi ialah apabila ada suara-suara sumbang yang cuba mengheret Insitusi Raja-Raja ke dalam kancah ini.

DUN Perak tetap utuh, kuat dan unggul jika di pihak pembangkang berfikiran waras dan terbuka menerima hakikat sebenar dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan dasar-dasar Kerajaan demi rakyat dan Negeri.

Apa kah mereka sudah menolak Demokrasi? Jika mereka masih memepercayai wujudnya Demokrasi, tunggulah Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti dan pasa masa ini janganlah diganggu BN untuk mentadbir Negeri Perak sebaik mungkin.

Rakyat pun sudah mula faham dengan tindak tandu pembangkang yang semakin mundar mandir, seperti hilang pedoman.

Kepada rakan-rakan selamat bersidang.

Tidak Hampakan Pesanan Penduduk Uzur


Kubu Gajah, Khamis 22 Okt. 2009 - Pesanan seorang penduduk, Abu Bakar kamaruddin, 63 tahun yang terlantar sakit, meminta Saya melawatnya tidak Saya hampakan.

Saya ke rumahnya di Kampung Sangkut, petang semalam sebaik mendapat tahu beliau terlantar sakit. Ketika sampai, Saya disambut oleh isterinya manakala Bakar hanya mampu duduk di atas katil.

Bakar yang saya kenali adalah seorang pengundi yang sentiasa peka dengan keadaan semasa dan selalu bersuara mengenai kebajikan penduduk.

Saya telah meminta Jabatan Kebajikan Daerah Larut, Matang dan Selamat untuk segera menghulurkan bantuan saraan kepada beliau yang kini sangat uzur.

Kesempatan di Kawasan semalam juga saya gunakan melawat pengundi di DUN kubu Gajah bertanya khabat kepada mereka termasuk yang bukan melayu di Pekan Redang Panjang.

Singgah berborak dengan pelanggan di sebuah kedai kopi di situ dan pekan Ijok,sebelum ke Kampung Kelian chenei untuk meninjau keadaan di sana.

Dalam perjalanan singgah bertemu dengan penjaja-penjaja di pekan hari sambil meninjau perkembangan perniagaan mereka terutama mereka yang telah mendapat pinjaman tekun.

Di Kelian Chinei, Saya ke rumah Rahim Safar untuk melihat sendiri rumah beliau yang didirikan 100 peratus menggunakan buluh. Saya juga telah meminta pihak Jabatan Kebajikan mempertimbangkan bantuan yang sesuai. Beliau bersama keluarganya telah menetap di situ sejak dua tahun yang lalu.

Saya juga meninjau titi yang tidak lagi selamat untuk digunakan oleh penduduk kampung terutama pada malam hari jika berlaku kecemasan.

Saya juga singgah rumah Ketua Wanita UMNO Cawangan, Ramlah Ibrahim yang bukan sahaja gigih berjuang, tetapi juga memiliki keluarga yang berjaya. Seorang daripada anak perempuannya kini sedang belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

21 October 2009

ADUN Kubu Gajah Buat Lawatan Mengejutkan Pengetua

Kubu Gajah, Rabu, 21 Okt. 2009 - Sesekali buat lawatan mengejut ke Sekolah banyak hal yang boleh diperolehi dengan lebih dekat lagi.

Tengahari tadi, Saya melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubu Gajah bertemu dengan pelajar-pelajar. Sempat juga memerhati pekerja sebuah kontraktor melaksanakan projek mereka di sekolah tersebut.

Pengetua Sekolah, Mohd Sharif bin Sharmin yang terkejut dengan lawatan itu bagaimanapun, mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan saya yang sudi datang secara peribadi melihat sendiri perkembangan sekolah.

Pada masa ini SMK Kubu Gajah menghadapi masalah kekurangan pelajar.Pada masa ini, sekitar lebih 300 orang sahaja yang belajar di situ, sedangkan bangunan sekolah lengkap seperti mana sekolah yang bertaraf Gred A.

Kebanyakan mereka yang belajar di SMK Kubu Gajah adalah pelajar-pelajar yang lepasan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dan sekitarnya.

Saya sempat juga beramah mesra dengan pelajar Tingkatan Lima dalam sebuah kelas dan Guru di Pejabat Pentadbiran Sekolah yang turut mengalu-alukan kehadiran saya walaupun mengejut.

Mereka berharap lawatan seumpama itu dapat mengeratkan lagi silaturahim dan Wakil Rakyat tempatan dapat melihat sendiri perkembangan sekolah berkenaan.

Saya kemudian, melawat ke Sekolah Kebangsaan Sungai Denang. Kebetulan Guru yang masih belum pulang ialah, Cikgu Sapina di Kantin Sekolah yang terkejut, tetapi ceria dengan kehadiran saya.