Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar amat bersimpati dengan nasib lima beradik yatim piatu di Kampung Projek Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Sangkut dekat Ulu Ijok.
Beliau yang melawat Farahana binti Mohamed, 24 tahun, yang tinggal bersama empat adiknya termasuk yang kecil berusis enam tahun, akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Daerah membantu segera anak-anak yatim tersebut.
Beliau juga akan menghubunggi Yayasan Bina Upaya agar dapat membaiki ataupun mendirikan sebuah rumah baru bagi lima beradik itu kerana rumah yang ada sekarang begitu uzur.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika tiba ke rumah peninggalan ibuibapa mereka, terdapat takungan air akibat bumbung yang bocor.
Keadaan itu amat membimbangkan dari segi kesihatan mereka dan beliau telah mengarahkan Ketua Kampung untuk mencari bangunan sementara bagi keluarga berkenaan tinggal.
Farahana pada masa ini terpaksa menolak tawaran bekerja kerana ingin menumpu dua adiknya yang masih kecil. Beliau pada adik-adiknya adalah ibarat Ibu dan juga Bapa.
Bapa mereka meninggal dunia selepas Hariraya yang lalu manakala ibunya beberapa tahun yang lalu.