Template by:
Free Blog Templates

22 March 2009

Ruang Mesjid Semakin Sempit

Jumaat kelmarin, Saya kebetulan berada di Kuala Lumpur dan menunaikan solat jumaat di sebuah Mesjid bersama seorang rakan rapat yang sekarang bermastautin di Ibu Negara.

Kerana terlalu ramai, kami bersama yang lainnya hanya sekadar berada di ruang luar tepi Mesjid berkenaan dan berhampiran dengan anak tangga ke tingkat dua. Begitupun, Saya tetap bersyukur kerana masih dapat menunaikan solat Jumaat, sekalipun sedang musafir.

Bagi, Daud Datuk Haji Taib, ruang yang semakin sempit di situ setiap kali solat Jumaat telah menjadi kebiasaan. Kalau di Mekah dan Madinah, Sembahyang berhimpit-himpit, hingga melempah ke atas jalan raya adalah perkara biasa kerana terlalu ramainya manusia, terutama di musim haji dan di bulan Ramadan.

Saya juga pernah melalui pengalaman menunaikan solat Jumaat pada suatu bulan Puasa di Tempat Meletak Kenderaan di lantai bawah, sebuah Negara Jiran.

Saya bertanyakan Daud, apakah tidak ada usaha untuk memperbesarkan Bangunan Mesjid berkenaan? Beliau hanya tersenyum membisu, sambil menuju ke kereta untuk menghantar Saya ke Hotel Penginapan.

Bagi menggelakan sebarang kesulitan, terutama jika waktu hujan dan panas terik, Mesjid yang mengalami masalah ruang yang sempit, pihak Jabatan Agama Islam wajarlah memantau dan mengambil tindakan segera.

Tabung kutipan sumbangan Orang ramai, tidak cukup bagi menampung bajet memperbaiki bangunan Mesjid, tanpa bantuan pihak yang berkenaan.

Mesjid Baru Pekan Batu Kurau yang menelan belanja RM 1.5 juta, kini telah pun siap, tidak mungkin dapat didirikan tanpa bantuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak yang meluluskan Satu Juta Ringgit. Saya juga mohon sokongan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Sebuah lagi Mesjid Baru yang telah didirikan di Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah ialah di Bagan Bahru.

20 March 2009

Kebebasan Akhbar

Saya tidak bersetuju jika ada mana-mana pihak menghalang MEDIA membuat liputan. Kenapa Kebebasan mereka mesti disekat? Kita seharusnya berterima kasih kepada MEDIA yang selama ini telah banyak memberi kerjasama dalam membantu membuat liputan dan menjadi penyebar maklumat.

Di Barat dan Negara-Negara Maju, kebebasan akhbar sentiasa diberikan perhatian dan keutamaan. Justeru Kita juga seharusnya bersikap posiitif menghormati Kebebasan akhbar andainya Kita mahu terus Maju kehadapan.

Tindakan semua Exco Kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan akhbar New Straits Times buat liputan acara dan sidang akhbar mereka, amatlah dikesali dan ia bukanlah langkah yang BIJAK.

Kita bukanlah lagi seperti di zaman Katak di bawah Tempurong.

Aneh juga sikap Pembangkang sejak kebelakangan ini. Di Perak, Pakatan Pembangkang bertindak mengadakan sidang Dewannya di bawah Pokok.

Di mana slogan KEBEBASAN BERSUARA sebagaimana yang sering dilaung-laungkan oleh Pembangkang?

Bukan Kambing Hitam

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak dijadikan KAMBING HITAM berhubung tindakan yang diambil oleh Lembaga Displin UMNO,demikian menurut Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Beberapa Pemimpin Parti yang lain.

Ramai Pemimpin dan Ahli UMNO yang bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh Ali Rustam termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri RahimThamby Chik.

Di Majlis Memperkenalkan Calon-CalonMajlis Tertinggi UMNO (MT) di seremban Malam tadi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan juga melahirkan rasa simpati beliau dan memuji sikap rakan sejawatan beliau dari Melaka itu yang berjiwa Besar dan masih bersedia hadirkemajlis anjran UMNO tanpa menunjukan sebarang reakasi yang negatif.

Ali Rustam juga menerima tindakan Jawatankuasa Displin itu dengan Hati Terbuka. Jusdteru Kita berharap janganlah ada pandangan-pandangan negatif. Tan Sri Mahyuddin Yassin juga telah menolak sebarang Fitnah yang mengasitkan diri beliau dengan isu tersebut.

Demi Masa Depan UMNO Perpaduan itu amatlah penting, seperti kata Menteri Luar,Datuk Seri Rais Yatim, berilah perluang perubahan kepada pucuk Pimpinan Baru.

Nasihat Berguna Raja Muda Perak

Saya amat tertarik dengan Titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin yang telah Menekankan betapa Melayu Jangan Jadi Alat Runtuhkan Institusi Melayu.

Kita Berbangga adanya Seorang Raja Pemerintah yang Berpandangan Jauh demi masa depan Orang Melayu itu sendiri.

Ibarat kata,Ibu Bapa dikasihi, Masyarakat dihormati, Ulama disegani dan Raja ditaati.

Justeru pada Hari Yang Baik ini,MarilahKita sama-sama renunggi Nasihat tersebut demi kebaikan semua, Rakyat yang cintakan Keamanan dan Kesejahteraan.

16 March 2009

MBI BERTINDAK

Tindakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meroboh papan Tanda berdekatan Pokok tempat yang dikatakan berlangsungnya Persidangan Tergempar Dewan Negeri Pakatan Rakyat,mestilah dilihat dari sudut positif.

Barangkali iaboleh dijadikan panduan berguna kepada sesiapajuga,kerana apa juga yang hendak dilakukan keatas Tanah Milik Sesiapa juga wajarlah mendapat izin Pemiliknnya.

15 March 2009

BN KEMBALI TADBIR PERAK

Asalamuaikum, Apa khabar, Saya kembali untuk update blog Saya. agak sibuk juga kebelakangan ini. Maklumlah Kerajaan Barisan Nasional kembali metadbir Negeri Perak, selepas kira-kira sebelas bulan, Negeri bijih timah ini diterajui oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ramai yang ingin tahu keadaan sebenarnya yang berlaku di Perak selepas Menteri Besar Perak yang baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir mengangat sumpah jawatan atas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Begitupun, Kejayaan BN mengambil alih semula Negeri Perak adalah berkat Kehadiran, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang Menerajui Badan Perhubungan UMNO dan BN Negeri.

Saya sendiri telah memberi taklimat khas kepada Ahli-Ahli UMNO di Bahagian Larut mengenai dua isu yang berbangkit. Penjelasan berhubung dengan penubuhan Kerajaan Baru BN Perak, selepas majlis angkat sumpah Anggota EXCO dan terbahru mengenai pertikaian Sidang Tergempar Dewan bawah Pokok.

Penjelasan itu perlu dilakukan bagi menggelakan sebarang kekeliruan di kalangan Rakyat. Ramai yang kecewa dengan tindakan demonstrasi segelintir mereka yang tidak bertanggung jawab hingga menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar. Ada yang tergamak menghalang Kenderaan DYTM Raja Muda Perak.

Perbuatan itu sungguh memalukan. Kita melaungkan slogan mempertahankan Ketuanan Melayu, tetapi pada masa yang sama ada juga yang bersikap terlampau yang menjejaskan institusi Raja-Raja.

Barangkali ada yang lupa bahawa Raja-Raja Adalah Payung Perpaduan. UMNO dan BN sentiasa mempertahankan instisusi tersebut dan mendaulatkannnya. Pendaan Perlembagaan sepertimana yang dilakukan adalah semata-mata bagi memperjelaskan lagi Kuasa Raja.

Satu Persoalan yang timbul, ketika Kerajaan Pakatan Rakyat berpeluang mendirikan Kerajaan Perak, Tuanku Sultan yang sama yang memberikan perkenan. Ia juga mengikut proses undang-undang yang sama. Tetapi, ketika BN pula berpeluang berbuat demikian, kenapa mereka tidak boleh menerima hakikat yang sebenar? Ketika itu, mereka tidak pula diganggu oleh BN.

Barangkali selepas Kerajaan BN Negeri Perak setelah mendapat perkenan Tuanku bagi mengadakan sidang Dewan Negeri sebelum berakhir Mei ini, segala kekusutan akan terlerai dan pentadbiran Dr Zambry akan beradala di landasan yang betul bagi membawa kemajuan seterusnya.

Yang Pasti, Kerajaan BN sekarang adalah Kerajaan Negeri yang sah. Saya sendiri berpeluang memberi penjelasan, mengenai kedudukan yang sebenar mengenai kestabilian politik di perak ketika di temui rakan dan orang ramai di beberapa Negeri yang Saya lawati.

Mereka juga bertanya apa kah di zaman moden ini, masih ada Manusia yang sanggup bersidang di bawah Pokok? Mereka ini, Saya rasa eluklah juga menonton Filem DO RE ME arahan dan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, barangkali Mereka boleh ambil sedikit tauladan agar mereka jangan lagi berada di bawah tempurung.

Nasihat Saya jika ada Sidang Dewan Negeri, datang-datanglah untuk mengikutinnya supaya Mereka boleh tahu sejauh mana Kuasa yang ada kepada Speaker. Saya juga harap Persidangan itu juga akan terus dilayari di laman web Kerajaan Negeri secara langsung bagi Mereka yang tidak ada masa untuk ke Dewan.

Akhir kata, semoga Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan kembali semula ke tangan BN, sebagaimana BN Perak berjaya mendapatkan semula pentadbiran Kerajaan Negeri. Semuanya ini adalah berkat UMNO dan BN Perak diterajui oleh Dato' Seri Mohd Najib.

1 January 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Saya ingin mengambil kesempatan di tahun baru 2009 ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2009 semoga Negara terus sejahtera, aman dan sentosa.

Kita jadikan lah sepanjang tahun 2008 segala pengalaman pahit dan manis sebagai panduan untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan. Tiada yang lebih indah daripada Negara Kita sendiri, biarpun Hujan Emas di Negara Orang, tetapi Sekalikpun Hujan Batu, ia tetap Negara kita sendiri.

Justeru kita jangan lagi menoleh ke belakang, teruskan hayunan ke hadapan. Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya.

Selamat Tahun Baru Kepada Semua Rakytat Malaysia.

21 October 2008

Kolum di Mingguan WATAN

Salam kepada para pembaca yang budiman. Telah dua bulan berlalu, saya tidak mengemaskinikan blog saya ini. Ini disebabkan tugasan harian dan rasmi yang menuntut komitmen saya.

Namun saya masih aktif menulis khususnya di ruangan atau kolum saya di Berita Harian dalam ruangan Pro & Kontra serta terbaru kolum Salam Kubu Gajah di dalam akhbar Mingguan WATAN.

Maka dengan sebab itu saya masukkan ikon ruangan saya di Mingguan WATAN dan dipautkan ke laman web akhbar mingguan itu bagi membolehkan para pembaca mengikuti tulisan saya mengenai isu-isu semasa dan politik.

Pandangan serta cadangan daripada semua amat saya harapkan.

InsyaAllah, saya akan mengaktifkan semula diri saya untuk sama-sama memberikan pandangan terhadap isu-isu semasa dan program-progam di kawasan saya untuk dikongsi bersama dengan para pembaca.

Salam hormat.

31 August 2008

MERDEKA...insafi perjuangan generasi dahulu

Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya turut merasa syukur dan berbangga kerana dapat menyambut hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara.

Sama ada kita sambutnnya dengan bebesaran, meriah atau sederhana, tidaklah menjadi penting kerana bagi kita memadai dengan adanya rasa kesedaran memperingatai hari yang bersejarah ini.

Sambutan ini amat bermakna kepada rakyat Malaysia bagi memperingati sejarah susah payah, detik halangan, ranjau dan duri ketika pemimpin terdahulu bergelut untuk menebus cengkaman penjajahan.

Hanya sejarah silam banyak mengajar kita tentang ertinya Kemerdekaan. Semoga generasi muda akan insaf, segala perjuangan yang telah ditaburi oleh generasi terdahulu. Tanpa mereka siapalah mereka hari ini.

Semoga sambutan kemerdekaan kali ini akan mendorong kita untuk terus berazam membantu negara dalam mencapai kemajuan yang lebih pesat dengan menjauhkan diri dari segala persengketaan yang boleh membawa mala petaka kepada kita semua yang sentiasa cintakan keharmonian dan kesejahteraan.

Merdeka Merdeka Merdeka

29 August 2008

Belia Perlu Yakin Dengan Sektor Pertanian

Lama juga saya tidak aktif laman blog saya kerana tidak banyak aktiviti, selain aktiviti biasa menemui masyarakat setempat dalam majlis-majlis kenduri kahwin.

Pun begitu, pada hari Isnin dan Selasa lalu, saya telah dijemput merasmikan penutupan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Perak untuk pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim yang diadakan di DUN saya, Kubu Gajah.

Seramai 38 orang peserta telah mengikuti program wawasan desa peringkat Parlimen Larut yang diadakan di tanah rancangan FELDA Ijok.

Dalam ucapan, saya telah memberitahu hasrat saya untuk memajukan DUN Kubu Gajah dengan agro tourism. Selain projek pusat pembenihan kambing bore Negara, pusat home stay juga merupakan program pelancongan yang sedang mendapat tarikan bukan sahaja pelancongan tempatan, tetapi juga dari negara asing.

Saya berharap segala pembangunan yang sedang di rancangkan itu akan turut menarik perhatian para belia untuk menceburkan diri sebagai menimba pengalaman dan juga bagi membantu kerajaan mengatasi masalah pengganguran.

Para belia tidak lagi boleh bergantung hanya semata-mata bekerja dengan kerajaan, sebaliknya juga harus mempunyai keyakinan diri untuk menceburi bidang-bidang lain seperti pertanian dan ternakan yang juga boleh menjamin pendapatan yang lumayan.

Sementara itu, ketika menutup program yang sama di peringkat Daerah Kerian yang di adakan keesokannya di DUN Alor Pongsu, saya telah meminta para belia supaya bersedia berdepan dengan saingan dalam arus globalisasi.

Mereka mestilah bersedia merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan terutama menceburkan dalam bidang perniagaan dan pertanian secara komersial.

Saya juga menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar menyediakan satu dana khas bagi membantu belia yang mempunyai kemahiran dan sentiasa memantau aktiviti mereka.

Sudah tiba masanya, peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menubuhkan satu unit belia bagi mengukuhkan semangat bertanggungjawab ke atas masalah kampung.

Kira-kira 500 orang belia telah hadir dalam program tersebut yang diadakan selama empat hari bagi mendedahkan mereka kepada aktiviti kemasyarakatan setempat.

4 August 2008

Pertimbang subsidi tanaman jangka pendek

Pertubuhan Peladang kebangsaan (LPP) berhasrat mewujudkan peladang berstatus jutawan, demikian ditegaskan oleh Pengerusinnya, Tan Sri Abu Zahar Ujang, ketika merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau, kelmarin.

Katanya, dalam dunia global, Peladang mesti mengubah sikap dan budaya, bahawa mereka tidak boleh pergi jauh. Jika bangsa lain, mampu melakukannnya tidak ada sebab, Para Petani, Penternak dan Peladang mencontohi mereka yang telah Berjaya.

Mereka diseru supaya merebut segala peluang yang disediakan oleh Kerajaan dan bersedia membuktikan kemampuan untuk Berjaya.

Sementara itu, beliau juga bersetuju dengan saranan saya Selaku Pengerusi PPK Batu Kurau, agar dipertimbangkan juga subsidi seperti yang diberikan kepada tanaman padi, kepada tanaman jangka pendek bagi menggalakan lagi masyarakat Luar Bandar, terutamannya Peladang menyahut kempen Bumi Hijau.

Saya berpendapat dengan adanya kemudahan itu, ia sebagai usaha permulaan untuk mencetus budaya bercucuk tanam bagi menggurangkan bebanan negara yang terlalu bergantung kepada mengimpot bahan-bahan makanan dari luar negara.

PPK Batu Kurau turut mendapat pujian kerana merupakan satu-satunnya PPK di Negari Perak yang langsung tidak ditegur oleh pihak Audit, demikian menurut Pengarah Pertubuhan Negeri, Haji Azhar Yunus.

Seramai 130 perwakilan hadir di persidangan tersebut termasuk Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Mohd Zaki Din.

25 July 2008

Bertekad rampas kembali pentadbiran Perak

Ahli-ahli UMNO sewajarnya peka dan bersemangat tinggi dalam usaha mendapatkan semula pentadbiran Kerajaan Perak ke tangan BN.

Adalah tidak keterlaluan jika Negeri Perak dapat kembali ke tangan BN, sebelum pilihanraya umum yang ke-13. Begitupun, ahli-ahli parti mestilah mengutamakan perpaduan dan sebarang perpecahan, bukan sahaja melemahkan jentera parti, tetapi menyebabkan mereka yang di luar juga merasa hilang keyakinan.


Pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali Jawi bahawa BN akan kembali mentadbir Negeri Perak dalam masa terdekat ini, seharusnnya dilihat sesuatu yang positif dan berita yang mengembirakan.

Umum tahu bahawa Kerajaan Campuran yang ada pada hari ini amat rapuh dan tidak mungkin mereka boleh bertahan lama.

Justeru, kiata berdoa ke hadarat Allah s.w.t. agar usaha untuk mendapatkan semula Kerajaan Perak akan menjadi kenyataan.


Dalam perasmian persidangan berkelompok 97 buah cawangan UMNO dalam Bahagian Larut menjelang mesyuarat yang akan bermula hujung minggu ini, saya turut mengingatkan seluruh ahli umno dalam Bahagian supaya mematuhi segala larangan dan tata cara sepanjang tempuh persidangan cawangan dan Bahagian berlangsung.

Perjelas peranan jabatan kerajaan

Struktur jabatan kerajaan dan peranan mereka perlu lebih diperjelaskan dengan memperbanyakkan road show supaya agensi-agensi kerajaan dan rakyat mengetahui serta memahami tanggungjawab mereka.

Saya membangkitkan perkara ini pada mesyuarat MTPNP. Saya juga mengingatkan agar fungsi mereka tidak bertindih.

Selain itu saya meminta agensi-agensi perlu lebih peka dengan peranan serta tanggungjawab mereka.

Mesyuarat MTPNP dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berlangsung selama tiga jam.

Pejabat MTPNP seharusnya telah beroperasi.

6 July 2008

Jauhi fitnah tumpu kepada usaha perbaiki taraf hidup

Sabtu lalu, ketika berucap merasmikan majlis program IKTIRAF anjuran seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri di rancangan tanah FELDA Ijok dalam kawasan Dewan Negeri Kubu Gajah, saya telah meminta masyarakat agar menjauhkan diri daripada tepengaruh dengan sebarang budaya fitnah yang bukan sahaja bertentangan dengan agama, tetapi juga boleh mencetuskan perpecahan dan huru hara.

Warga FELDA seharusnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. dan usaha Kerajaan dalam mengubah cara hidup mereka dahulu, sekarang dan juga pada masa depan.

Perbuatan pihak-pihak yang cuba menggunakan politik bagi memburuk-burukan mana-mana pemimpin adalah semata-mata mereka telah kekeringan modal bagi maksud kepentingan politik mereka yang tidak ada hala dan arah tuju.

Peneroka beruntung kerana mereka kini diletakan di bawah jagaan seorang Timbalan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk memajukan FELDA berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seperti masyarakat yang lain yang turut juga mendapat nikmat hasil dasar dan kecekapan Kerajaan BN.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik TPM, Datuk Shahlan Ismail yang turut memberikan ceramah. Di majlis itu juga disampaikan amanat TPM sempena misi 50 tahun FELDA iaitu Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar; Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah; Membina Generasi Warga Peneroka, FELDA sebagai Pelaku Global: dan Memperkukuhkan Budaya Organisasi FELDA.

Saya juga turut merayu agar masalah yang sedang dihadapi oleh generasi kedua rancangan FELDA Ijok yang agak ramai untu mendapatkan peluang pekerjaan dapat segera diberikan perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkenaan.

Selain daripada itu, Saya juga meminta jasa baik Datuk Shahlan agar dapat membuat tindakan susulan ekoran kelulusan yang telah dibuat oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman ketika melawat FELDA Ijok semasa pilihanraya Umum yang lalu, mengenai kelulusan projek sebanyak RM 350,000 bagi tujuan menaikan taraf kemudahan sukan di situ.

Di akhir majlis, saya juga telah menyampaikan hadiah-hadiah pelbagai pertandingan yang dianjurkan sempena program tersebut.

4 July 2008

Mahkamah tolak petisyen

Saya ingin melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. di atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung dengan petisyen yang dibuat bagi membatalkan kemenangan saya bagi kerusi DUN Kubu Gajah. Selain keputusan itu, Mahkamah Tinggi Ipoh juga menolak petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Ini bermakna Tan Sri Rafidah Aziz kekal sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Sidang Dewan Perak perlu diperkemaskan untuk penuhi hasrat rakyat

Sidang Dewan Perak yang berakhir Jumaat lalu, menyaksikan kelibat kerajaan baru. Dalam tempoh tidak sampai sehari bersidang, kami telah dinafikan hak untuk membahaskan titah ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang merasmikan pesidangan tersebut pada hari Selasa.

Saya yang sepatutnnya menyambung perbahasan pada keesokan harinya setelah pada petang Rabu, agak kesuntukan masa kerana masuknnya waktu solat maghrib, dinafikan oleh Speaker Dewan, walaupun keputusan Timbalan Speaker yang mempengerusikan mesyuarat bersetuju untuk saya berbuat demikian.

Saya bekali-kali memberi dan meminta penjelasan, tetapi tidak diendahkan oleh Speaker yang terus memberikan peluang berucap kepada wakil daripada kerajaan. Anehnnya, Speaker memberitahu saya boleh pula berucap selepas itu. Tindakan berdolak dalik beliau menyebabkan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali bangun, meminta agar Speaker membenarkankan saya menyambung perbahasan.

Oleh kerana Speaker tetap dengan keputusannnya, kami semua terus bangun dan memulaukan sidang sebagai tanda membantah sikap tidak konsisten dan adil Speaker sepanjang sesi perbahasan, walaupun kami tetap menyokong usul titah ucapan tuanku yang isi kandungannnya cukup menarik bagi dijadikan panduan kerajaan negeri terutama isu mengenai salah guna mesjid untuk politik kepartian.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila seorang daripada anggota kami telah diancam oleh seorang pemerhati di luar dewan sebaik kami keluar beramai-ramai. Setelah laporan polis dibuat, lelaki berkenaan dikatakan pemandu seorang anggota exco. Perbuatan lelaki itu turut menimbulkan persoalan tahap keselamatan kami ahli-ahli dewan.

Speaker juga tidak konsisten dalam ucapannya apabila tidak mematuhi keputusan beliau sendiri untuk menangguhkan dewan pada hari Jumaat iaitu pukul 12.30 tengahari sehingga saya terpaksa menggunakan perintah tetap untuk memberikan pandangan.

Sepanjang sidang Dewan selama tiga hari itu terus mencentus kekecuhan akibat di luar kawalan speaker yang berat sebelah, ditambah pula dengan jawapan Menteri Besar yang sentiasa dipertikaikan. sikap tidak profesional Menteri Besar walaupun ditegur berkali-kali agar memperbetulkan fakta dalam jawapannnya, tetapi langsung tidak mempedulikannnya.

Saya sendiri agak terkejut apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan BN dahulu dalam banyak lot tanah yang telah diberikan kepada komponen parti termasuk Bahagian Larut, Matang dan Selama, sedangkan mana ada bahagian sedemikian rupa. Saya bangun meminta penjelasan untuk memperbetulkan fakta berkenaan dengan mempertahankan bahawa sebidang tanah di Kamunting yang dimaksudkan oleh Menteri Besar itu tidak pernah diberikan kepada Bahagian Larut dan jawapan Menteri Besar itu mungkin satu kesilapan.

Akhirnnya saya menghubungi Ketua Penolong Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (Tanah), Pegawai Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Perak yang ternyata jawapan yang disediakan itu adalah bermaksud sebidang tanah di Kamunting dalam Daerah Larut, Matang dan Selama dan langsung tidak menyebut Bahagian UMNO. Jika pun lot itu bermaksud kepada Bahagian UMNO ia adalah kepada Bahagian Taiping dan bukan Larut.

Menteri Besar dalam pengulunggannnya pada hari Jumaat akhirnnya memperbetulkan fakta berkenaan. Selain daripada itu turut menjadi kesangsian kami ialah berhubung dengan penubuhan jabatan agama bukan Islam Perak. Mengelirukan lagi ialah penjelasan Menteri Besar bahawa ialah belum ditubuhkan, tetapi baru di peringkat urusetia, sedangkan dalam laporan sebuah akhbar tempatan, anggota exco daripada parti DAP telah membuat kenyataan berbeza.

Susunan soalan lisan dan peluang mengemukakan soalan tambahan juga turut dipertikai kerana dianggap berat sebelah. Lebih menyedihkan lagi apabila Speaker tersasul mengatakan bahawa soalan yang tidak dinaikan adalah berupa yang tidak berkuatiti. Tetapi kenyataan beliau itu turut memakan diri apabila beliau pada mulannya menyebut tiada soalan berbau politik diberikan keutamaan, anehnnya itulah soalan yang diajukan oleh wakil kerajaan yang diberikan perhatian khusus.

Saya sendiri telah mengemukakan soalan-soalan lisan, seperti bertanyakan Menteri Besar mengenai jumlah simpanan dana negeri setakat ini? Soalan-soalan lain yang dikemukakan adalah seperti berikut;

2) Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Blue Print Kerajaan Negeri dalam menumpukan pembangunan setiap kawasan DUN luar bandar di Negeri Perak, samada jangka pendek atau penjang selaras selaras menjadikan Negeri Perak, MAJU?

3.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan rancangan penubuhan Jabatan bukan Agama Islam Perak setakat ini?


Manakala Soalan-Soalan Bertulis

1.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan samada Majlis Bandaraya Raya Ipoh (MBI) dan Pihak Berkuasa Tempatan yang Lain terutama Majlis Perbandaran di Negeri Perak bercadang menurunkan kadar cukai taksiran, jika ia bila? Jika tidak kenapa?

2.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI) berikutan tindakan penghapusan saman kesalahan trafik dan penjaja baru-baru ini?

3.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Bilakah perlantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan dilantik?

4.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan Apahkah Kerajaan Negeri menggunakan Format yang sama yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri BN dahulu dalam pendekatannya menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan Masyarakat Luar Bandar?

5.Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar (BN-Kubu Gajah) meminta YAB Menteri Besar Perak menyatakan apa kah tindakan yang telah diambil setakat ini ke arah menutup Pusast-Pusat maksiat sebagai usaha menggurangkan masalah sosial.

Diharapkan sidang dewan kali pertama selepas pilihanraya umum ke 12 yang tercalar itu dapat diperbetulan dalam sidang yang akan datang. Ini penting lebih-lebih lagi sidang kali ini disiarkan secara langsung dalam internet dan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada setiap ahli dewan mahukan wakil-wakil mereka menggunakan sidang untuk menyuarakan pandangan-pandangan bagi kemajuan negeri ini.

23 June 2008

Tahniah buat juara Piala FA

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Kedah Darul Aman kerana bukan sahaja Berjaya mempertahankan kejuaran Piala FA musim 2008 tetapi juga kemenangan berganda selepas muncul Juara Liga baru-baru ini.

Ternyata sambutan penonton tidak terjejas walaupuan Piala Eropah sedang rancak berlangsung.

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah perkara yang wajar dicontohi oleh pasukan-pasukan lain iaitu keberanian mereka menonjolkan pemain-pemain muda. Ini juga pernah saya lakukan semasa menjadi pengurus pasukan Perak dahulu.

Begitu pun selepas ini marilah kita sama-sama tumpukan pula perhatian kepada Piala Malaysia.

Tabah hadapi ujian

Sabtu lalu, saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Larut telah menziarahi Ketua Puteri UMNO Cawangan Klian Gunung, Puan Jamaliah Ahmad yang terlantar sakit di rumahnya.

Beliau bersama suaminya, Yusni Ismail mempunyai dua orang anak iaitu Norliana dan Mohd Ali Haikar memerlukan bantuan dan saya telah meminta pihak Jabatan kebajikan Masyarakat untuk menghulurkan bantuan secepat yang mungkin bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarganya.
Selepas itu saya juga berkesempatan menziarahi tokoh veteran UMNO Puan Che Khadijah Awang yang kini sakit lumpuh. Beliau adalah ibu kepada Ketua UMNO Cawangan Klian Gunung, Ramli Sulaiman.

Semoga mereka bersabar menghadapi ujian daripada Allah s.w.t.

Rumah mesra rakyat bantu basmi kemiskinan

Program rumah mesra rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara (SPNB) telah membantu mengurangkan bebanan masyarakat terutama dalam usaha membasmi kemiskinan.

Begitu pun penjelasan lebih lanjut wajar dilakukan lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.

Ini adalah antara perkara yang dibangkitkan pada majlis perasmian taklimat pembasmian kemiskinan dan pembangunan Parlimen yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Larut dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kamunting. Turut hadir Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Insaf tentang peranan ibu bapa

Jumaat lalu saya menuaniakan solat di Masjid Negeri Ipoh. Khutbah yang disampaikan cukup menyentuh perasaan saya apabila khatib memberitahu kelakaukan anak-anak yang menempatkan ibu bapa mereka di rumah-rumah kebajikan.

Mereka lebih rela membiarkan roang tua yang melahir dan membesarkan mereka hingga menjadi manusia membiarkan ibu bapa merempat.

Khutbah yang disampaikan turut mengkisahkan sirah di zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang yang tidak dapat melafazkan syahadah ketika berhadapan maut sehinggalah diberitahu ibunya yang anaknya itu ebih menetingkan orang lain.

Ternyata bahawa khutbah itu menginsafkan kita. Walau sesibuk mana sekalipun, tangungjawab kepada ibu bapa janganlah diabaikan. Tanpa mereka siapalah kita.