Template by:
Free Blog Templates

15 June 2009

Wajibkan Mata Pelajaran SEJARAH

Jika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar Bahasa Inggeris dijadikan Mata Pelajaran wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Saya merasakan apa salahnya, Sejarah juga dijadikan Mata Pelajaran Wajib dalam pendidikan supaya rakyat tahu dan faham asal usul mereka.

Dengan pengetahuan Sejarah yang cukup, masyarakat kita akan faham apa dia Kontrak Sosial. Mereka juga akan tahu siapa sebenarnya Pejuang Kemerdekaan bukan Chin Peng. Begitulah juga, jika mereka kaya dengan sejarah, tidak akan ada yang tergamak mempersendakan Lagu Negaraku.

Saya menyatakan demikian ketika berucap di majlis Pemimpin bersama rakyat anjuran Jabatan Penerangan di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Tiga, Gudang petang Semalam, Ahad 14 Jun. Turut hadir ialah Ustaz Hasbullah Elias, Pegawai Penerangan Khas, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin, Ketua UMNO Cawangan Simpang Tiga Gudang, Abdul Rahman Noh, Ketua UMNO Cawangan Padang Das, Musa Ibrahim dan Ketua UMNO Cawangan Jemerang Setar, Ramli Haji Taib serta Ahli-Ahli JKKP.

Saya juga bersetuju Mata Pelajaran Bahasa Inggeris menjadi Mata Pelajaran wajib, tetapi ingin mencadangkan agar perlaksanaannya bukan sekarang, tetapi dalam tempuh 10 tahun yang akan datang supaya kita mempunyai cukup masa, memandangkan banyak persediaan yang perlu dibuat termasuk mempastikan bilangan Guru Inggeris yang berkelayakan, terutama di kawasan luarbandar.

Apapun, Syabas di ucapkan kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menimbang samada setuju atau tidak dengan cadangan tersebut. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed adalah diantara mereka yang awal-awal lagi menyatakan persetujuan agar Bahasa Inggeris menjadi Mata Pelajaran Wajib.

Benar jika kita mahukan kejayaan dan pergi jauh ke hadapan, kita seharusnya sudah bersedia untuk bersaing.

Mengenai, isu Chin Peng ramai yang menyatakan rasa kesal mereka denga pihak yang mempertikaikan keputusan Kerajaan untuk tidak membenarkan bekas Pemimpin Parti Komunis Malaya itu pulang ke Tanahair.

Mereka juga berharap agar Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar tidak tunduk dengan sebarang desakan tersebut.

Mereka yang berbuat demikian hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian kaum tertentu untuk memberi sokongan kepada mereka. Mereka ini, berkepentingan politik dan publisiti murah.

Mengenai Kerajaan Perpaduan, Saya menegaskan demi masa depan Orang Melayu, apa salahnya jika ada sepakat antara Pas dan UMNO, kerana Pas pernah berada dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.

14 June 2009

Aktiviti Dengan Masyarakat





Ahad-14 Jun 2009, saya bersama masyarakat tempatan mengadakan untuk aktiviti gotong royong JKKK dan aktiviti wanita di gua petai. Turut sama ialah Ketua Kampung, Jamaluddin bin Mat dan Ketua UMNO Cawangan, Osman Ismail dan Ketua Wanita, Che San binti Ishak.





Pada hari yang sama saya menghadiri kenduri kahwin anak lelaki, Samsudin Harun di Felda Ijok, Perak.





Pada sebelah petang, Saya hadir di majlis Pemimpin bersama rakyat di dewan orang ramai Kampung Simpang Tiga, Gudang.

13 June 2009

BN Sedia Bersemuka Dengan PAS

Syabas dengan sikap gentlemen Barisan Nasional (BN) yang bersedia bersemuka dengan PAS bagi mendengar idea disebalik cadangan Kerajaan Perpaduan.

Itu adalah pandangan terbuka, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN Pusat ketika ditemui Wartawan di Langkawi.

Itu cara yang baik kerana BN sendiri hendak mengetahui dengan dekat apakah hasrat sebenar PAS mengenai isu tersebut dan bukan dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

Lagipun demi masa depan negara perpaduan itu amatlah penting dan jika PAS dan UMNO kembali bersatu pun apa salahnya banyak kebaikan daripada rugi. Orang Melayu, secara majoriti akan kembali bersatu.

Selama mana, Orang Melayu bersedia menghadapi perpecahan? Setiap kali Pilihanraya, tidak kiralah samada Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, bila kedua-dua parti itu bertembung, maka tidak dapat dielakan berlaku pergaduhan, hendak pula bila puteri turut juga menjadi mangsa keadaan.

Kenapa Isu Chin Peng Diungkit

Saya tidak faham dan kesal yang amat sangat kenapa ada bangsa sendiri yang tergamak dan masih sanggup membela Chin Peng.

Aneh sungguh kenapa hendak mempertikaikan lagi keputusan Kerajaan itu yang tidak membenarkan bekas Pemimpin Komunis itu kembali ke Tanah Air.

Saya hendak tanya kenapa mengadai maruah bangsanya sendiri? Apakah semata-mata kerana mencari populariti?

Kenapa hendak dikaitkan isu Chin Peng dengan soal kita telah berdamai dengan Kerajaan Komunis China. Lagi pun, apa istimewanya Chin Peng cuma meletakan senjata. Apa maksud letak senjata? Dia pun tidak pernah mohon maaf, menebus dosa atas kekajaman yang telah dia lakukan sebelum ini.

Saya percaya ramai diluar sana, yang masih marah dan masih tidak lupa dengan derita, sangsara dan azab serta mimpi ngeri yang telah dilalui. Jangan benarkan luka lama berdarah semula, parutnya masih ada. Justeru janganlah menaikan lagi rasa benci dan kemarahan mereka.

Kita ada sejarah dan janganlah sampai mencemar sejarah bangsa sendiri. Janganlah kerana menang sorak, Kampung tergadai.

Lupakah betapa susahnya kita mempertahankan negara ini dari ancaman Pengganas Komunis? Fikir-fikirkanlah.

12 June 2009

Serangan Mesjid Dikutuk

Insiden serangan Masjid di Negara Jiran baru-baru ini yang menyebabkan ramai yang terkorban telah mendorong ramai pihak tampil, mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bermoral itu.

Dimanakah sikap perikemanusian? Apahkah Dunia sejagat, hari ini, manusia bebas melakukan apa sahaja tanpa ada batas sempadan? Kemana perginya rasa hormat menghormati diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain?

Kita ingin bertanya apa kah manusia sudah tidak lagi bertamadun? Apakah mereka yang membentuk masyarakat majoriti boleh bertindak melakukan sesuka hati ke atas masyarakat yang minoriti?

Masyarakat yang harapkan kedamaian dan kesejahteraan hidup telah mulai meluat melihat sikap rakus Amerika Syarikat dibawah rejim Bush, ketika mereka melancarkan serangan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan Menyokong tindakan Israel keatas rakyat Palastin dan juga penindasan ke atas mana-mana manusia.

Nyawa manusia yang tidak berdosa bagaikan tidak lagi berharga. Masyarakat islam di luar sana bagaikan tidak lagi selamat dan terdedah kepada ancaman dan pencerobohan.

Hari ini, Jumaat Masjid-Masjid di negeri ini telah mengadakan Sembahyang Hajat mohon ke hadrat Allah S.W.T. untuk memberi perlindungan kepada umat islam di Thailand dan juga di negara-negara seperti Palestin, Afgahnistan, Iraq dan Philipina.

Kepada Umat Islam di Malaysia jadikan apa yang telah berlaku di negara jiran itu, sebagai iktibar dan padah jika perpaduan tidak diutamakan. Tidak dinafikan ramai juga saudara-mara Masyarakat Pattani yang tinggal dan bermaustatin di negara ini.

Justeru, kita harap badan dunia, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) janganlah wujud hanya setakat melepas batuk di tangga, tanpa sebarang usaha yang konkrik bagi menjamin keamanan dan kedamaian Dunia.

Masyarakat di negara-negara daif semakin ditindas dan terseksa hingga terpaksa menyelamatkan diri ke tempat lain bagi menyelamatkan keluarga manakala kuasa-kuasa tertentu merasa puas hati dengan tindakan mereka itu.

Kita harap masalah kita di Asean biarlah diselesaikan mengikut acuan kita sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dari luar. Kita mesti tunjuk semangat kemampuan dan kewibawan kita sebagai negara yang juga berkebolehan seperti mana Kesatuan Eropah yang sentiasa megah dengan cara baratnya.

Khidmat Yang Bermutu


Hari Rabu - 10 Jun, Saya kebetulan ada urusan di Pejabat Imigresen Perak. Menariknya ialah pendekatan Jabatan berkenaan dalam menyelesaikan masalah orang ramai.

Apa tidaknya, kuanter mereka yang berurusan dengan jabatan tersebut kini juga dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad mulai pagi hingga 1 tengahari.

Proses memperbaharui Pasport juga kini lebih cepat dan mudah. Pemohon boleh menggunakan mesin yang disediakan untuk mereka membuat permohonan tanpa mengisi borang lagi. Paling lewat pun pasport siap dalam tempuh dua jam pada hari yang sama.

Jikap sikap sedemikian juga di amalkan oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain yang kerap berurusan dengan orang ramai, saya percaya mutu perkhidmatan Kerajaan akan lebih baik dan cemerlang.

Sudah tiba masanya, pejabat-pejabat lain yang berurusan dengan rakyat dibuka setiap hari dengan sistem bekerja bergilir-gilir. Tanggung jawab itu, barangkali boleh diserahkan kepada siswazah kita yang masih ramai menggangur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga sebelum ini mahukan beberapa pendekatan yang lebih berkesan di ambil bagi mencapai tahap KPI.

Jika tidak, birokrasi dan urusan Kerajaan akan banyak tertangguh. Lebih mengecewakan jika masih ada kes-kes untuk berjumpa dengan Ketua Jabatan pun terpaksa menunggu hingga 3 minggu lamanya, sedangkan untuk berjumpa Menteri Besar pun tidak selama itu, dakwa seseorang kepada saya.

PAS dan UMNO Sepakat

Saya tidak nampak kenapa PAS dan UMNO tidak boleh sepakat demi masa depan orang melayu. PAS pernah berada dalam Barisan Nasional (BN) ketika ia ditubuh dan dipimpin oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bekas Perdana Menteri pada 1974.

Kini, dalam era Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mustahil jika PAS kembali ke dalam BN, meskipun kepimpinan PAS hari ini hanya berhasrat mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Jelas, apabila ada hasrat murni seperti itu, ada pihak-pihak yang tidak merasa senang hati dan mula bimbang.

Kita mesti lihat kepentingan masa depan orang melayu dan tidak ada maknanya jika berebut jika maruah bangsa tidak dapat dipertahankan.

Perpatah ada mengatakan, tidak ada maknanya jika kita menang sorak, tetapi kampung tergadai. Bersatu itu teguh, bercerai kita roboh.

Jika orang Melayu terus berpecah, yang rugi adalah orang melayu itu sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, jika mereka sendiri tidak mampu mengubahnya. Justeru amat jelas di sini bahawa dalam menentukan masa depan bangsa, sewarjanyalah kita berusaha untuk mencari kebaikan menerusi perpaduan dan bukan bercakaran.

BN pernah menyatakan hasrat untuk membentuk Kerajaan Perak bersama dengan PAS dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan EXCO kepada semua Enam orang Ahli Dewan (DUN) mereka yang menang dalam Pilihanraya UMUM (PU) Mac 2008, tetapi ditolak.

PAS bagaimanapun memilih untuk membentuk Kerajaan Negeri bersama DAP yang menang 18 Kerusi dan Keadilan 7, sedangkan BN mempunyai 28 kerusi.

Jika usaha itu berhasil BN + PAS + Bebas, hari ini mempunyai 28 + 6 + 3 = 37 berbanding dengan Pembangkang cuma tinggal 22 daripada jumlah 59 kerusi DUN kesemuanya dan sudah pasti kemelut politik tidak akan berlaku.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemimpin PAS mengenai Kerajaan Perpaduan, tetapi yang jelas ialah ramai termasuk ahli parti itu sendiri saya percaya tidak akan membantah hasrat murni itu.

Mereka yang di luar Parti juga mengalu-alukan sebarang permuafakatan demi masa depan orang melayu itu sendiri.

Mereka tidak nampak, jika PAS dan UMNO bersepakat, tidak makna ia akan menjejaskan Perpaduan kaum dan prinsip ini jugalah yang akan kita terus pertahan dan peliharakan hingga bila-bila.

Kita berdoa semoga semua pihak melihat usaha murni ini dari sudut yang positif dan bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak, kerana sejarah tidak pernah membohongi fakta yang sebenar.

Lihat sajalah sejarah kita mencapai Kemerdekaan, dengan rasa murah hati tanpa ada sebarang hasrat dendam dan cemburu kepada mana-mana pihak, sebelum Penjajah membebaskan kita dari belenggu penjajahan.

10 June 2009

Yang Daif Wajib Dibantu



Hari ini, saya mengambil kesempatan meninjau rumah orang-orang kampung yang daif di Dewan Negeri (DUN) Kubu gajah.

Alhamdullilah, selepas tersiar dalam blog saya tempuh hari mengenai rumah-rumah daif yang memerlukan perhatian pihak-pihak berkenaan, Pejabat Baitulmal Daerah Taiping telah datang untuk memeriksaan keadaan rumah Mohd Zafri bin Kasim, 40 tahun di Sungai Ara.

Pembantu Tadbir Baitulmal Taiping, Mohd Shukran turut berada di rumah Zafri ketika saya sampai bersama Pengerusi JKKKP, Pak Lang Halil Abdullah.

Saya juga sempat melawat rumah warisan yang berusia 79 tahun milik Allahyarham Haji Mar Kernai Samat yang meninggal dunia ketika berusia 115 tahun.

Rumah tersebut yang kini usang dan tinggal terbiar dan saya harap dapat di pulihkan semula oleh pihak-pihak yang berkenaan. Saya telah meminta kerjasama Pak Lang Halim agar bangunan tersebut tidak dirobohkan sehingga saya dapatkan bantuan.

Kebetulan, baru-baru ini saya bertemu Penulis Fikir, Malim Ghozali Pk yang berminat mencari bangunan-bangunan lama kerana beliau bercadang mewujudkan sebuah perkampungan karya keseniaan di Perak.

Perkara itu, katanya telah pun beliau ajukan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga berminat mengenai cadangan tersebut.

Saya juga berkesempatan hadir ke kenduri kahwin di Sungai Ara yang diadakan di Dewan Serba guna dengan hidangan diadakan secara layan diri.

Kebiasaanya kenduri di kampng dibuat secara gotong royong dan ramai anak muda yang menjadi mentara, tetapi makan secara layan diri, tidak bermakna masyarakat kampung telah mulai melupakan adat resam, kata Pak Lang Halim, tetapi boleh menjimatkan.

Sireh Pulang Ke Ganggang

Bagaikan sireh pulang ke ganggang, Wartawan Kanan, Datuk Ahmad Talib akan kembali ke kumpulan akhbr NSTP.

Ahmad Talib adalah bekas, Pengarang akhbar berkenaan. Ketua Pengarang sekarang adalah Datuk Hishamuddin Aun, yang juga bekas Pengarang Akhbar Berita Harian, sebelum digantikan oleh Datuk Manja Ismail.

Juga terlibat dalam perubahan tersebut ialah Zainur Ariffin juga Wartawan Kanan dalam NSTP.

Seorang lagi, Akhiruddin Atan atau lebih dikenali Rocky Bru, penulis blog pula kembali mengetuai semula Akhbar The Malay Mail menggantikan Tony Francis, bekas Pengarang Sukan NSTP.

Akhbar MM baru setahun jagung diambil alih pengurusannya oleh seorang Usahawan.

Tahniah diucapkan kepada mereka diatas perlantikan tersebut dan tidak lupa juga kepada Hishamuddin sepanjang khidmatnya selama ini dengan kumpulan akhbar berkenaan.

Apa pun perubahan yang berlaku, yang penting ialah peranan media cetak tempatan dalam membantu kepimpinan negara mencapai kemajuan yang lebih gemilang, sejahtera dan cermelang sebagaimana negara-negara maju yang lain.

Peranan media cetak dan elektronik amat penting dalam mencorakan masa depan negara. Justeru mereka juga mempunyai tanggungjawab besar dan amanah yang perlu dipikul.

Tahniah juga diucapkan kepada Dahalan Makmur yang dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Penerangan, Komunikasi, Warisan dan Kebudayaan.

Dahalan bekas Pengulas Sukan TV3 dan beberapa stesyen TV tempatan adalah juga Wartawan dan pernah berkhidmat dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di bahagian media.

Dahalan juga pernah mengendalikan beberapa program di BERNAMA TV dan UMNO TV.

Selamat bertugas, salam daripada Saya.

9 June 2009

Halimah Pengerusi Baru LPKP

Tahniah diucapkan kepada Datuk Halimah Sadique, Ahli Parlimen Tenggara yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang baru menggantikan Datuk Markiman Kobiran.

Halimah, bekas EXCO Kerajaan Johor adalah wanita pertama menjadi Pengerusi LPKP. Markiman yang akan menjalankan tugas barunya sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri di Parlimen, mengesahkan tempat beliau digantikan oaleh orang baru mulai 15 Jun ini.

Terlanjur Halimah mengambil alih tanggungjawab tersebut, saya ingin mengulanggi masalah pengangkutan bas di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan DUN Batu Kurau.

Selepas pemberhentian sebuah syarikat bas, saya telah membangkitkan masalah tesebut berkali-kali kepada pihak berkenaan, malah menemui beberapa syarikat tempatan yang lain untuk mendapatkan jasa baik mereka bagi menyambung perkhidmatan bas yang terhenti itu.

Namun, sebuah syarikat yang tampil dan bersedia untuk mengambil alih perkhidmatan bas yang terhenti itu mengadu bahawa mereka tidak mungkin dapat meneruskan permintaan berkenaan kerana menghadapi persaingan dengan "kereta-kereta sapu" dan jika diteruskan juga mereka akan mengalami kerugian.

Perkara ini juga telah saya bangkitkan ke pengetahuan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Musa Mohamed.

Saya telah mancadangkan agar Syarikat Bas Mara Liner membantu mengatasi masalah ketiadaan perkhidmatan bas ini dan berharap LPKP membawanya ke pengetahuan Menteri yang baru, Datuk Seri Shafie Apdal.

Mengikut sejarah, masalah perkhidmatan bas di Batu Kurau dan Kubu Gajah ini timbul selepas sebuah syarikat yang mengendalikannya dahulu dikatakan mengalami kerugian besar. Bahkah, selepas itu saya telah berusaha mendapatkan khidmat daripada seorang pengusaha bas dari Bandar Taiping, tetapi tidak dapat bertahan lama, kerana masalah yang mereka hadapi.

Saya harap masalah ini dapat diatasi segera kerana ia membebankan penduduk dan juga pelajar-pelajar sekolah.

Mengenai masalah "kereta Sapu" diharap LPKP dapat juga mencari jalan membantu mengatasinya.

8 June 2009

Sistem Tabir Yang Lemah

Saya tidak faham kenapa sistem penyampaian di setengah-tengah Jabatan dan Agensi Kerajaan masih lagi di tahap yang boleh dipertikaikan, biarpun gesaan dan kritikan telah dibuat berulangkali oleh pelbagai pihak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menimbulkan masalah ini, selain Ahli-Ahli Politik.

Seorang kontraktor mengadu kepada Saya beliau menggeleng-gelengkan kepala, bagaimana file permohonannya di sebuah Agensi Kerajaan boleh hilang?

Tetapi, katanya bila beliau mengadu hal tersebut kepada Ketua Jabatan Agensi berkenaan, file beliau kununnya telah dijumpai dan memberi alasan tersalah letak.

Beliau mulalah meragui keikhlasan Pegawai berkenaan jika tidak kerana Ketuanya mengarahkan file tersebut dimajukan kepadanya, file tersebut barangkali telah diperap.

Soalnya kenapa perkara ini boleh berlaku? Dimanakah pentadbiran yang dikatakan bersih, cekap dan amanah? masalah sistem penyampaian yang tidaka berkesan ini, telah banyak kali dibangkitkan di Sidang Parlimen dan Dewan Negeri hingga ke hari ini.

Birokrasi adalah diantara halangan yang dikenalpasti yang masih menggangugugat perlaksanaan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan dalam Agensi dan Jabatan Kerajaan, sekalipun KPI telah dikuatkuasakan.

Saya sendiri pernah bertanyakan kepada seoang Ketua Jabatan kenapa sistem penyampaian kita masih di tahap rendah? Katanya, salah satu faktor perkara itu terjadi ialah kerana ada Pegawai yang terpaksa menduduki banyak jawatan kerana kekosongan jawatan yang berlaku itu lewat diisi.

Seorang Pegawai berijazah dan bertaraf kontrak yang memiliki pengalaman lebih daripada tempuh yang diberikan, juga pernah mengadu sukarnya beliau untuk mendapatkan jawatan yang tetap, walaupun beliau telah berkalli-kali menghadiri temuduga.

Dalam memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan, barngkali pendekatan baru wajar diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk di peringkat Negeri.

Sebelum ini, ada sebuah Agensi Pengkuatkuasa Kerajaan menawarkan hadiah dan kenaikan pangkat jika ada maklumat mengenai kegiatan penyeludupan.

Dan baru-baru ini, ada sebuah Negeri dikatakan telah menawarkan hadiah dan kenaikan pangkat kepada mana-mana kakitangannya yang memberi maklumat mengenai rasuah.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pernah mencadangkan hadiah Penyapu bagi mempertingkatkan hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hingga mencetuskan kontrovesi.

Saya merasakan kaunter-kaunter yang berurusan dengan orang ramai hendaklah terus di buka sepanjang waktu pejabat dan jangan ditutup pada waktu makan tengahari dengan cara bekerja secara bergilir-gilir.

Ada Jabatan Persekutuan yang telah memperkenalkan sistem tersebut dan ternyata menyenangkan orang ramai yang berurusan.

Barangkali masalah ini dapat diatasi sepenuhnya, setelah sistem online, meliputi semua Jabatan dan Agensi Kerajaan selesai dilaksanakan, dibawh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

6 June 2009

Negara dan Masa Depan

Alhamdullilah hari ini 6 Jun 2009, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan doa agar Negara terus Maju, Makmur,Aman dan Sejahtera.

Sambutan keputeraan Tuanku kali ini kebetulan ketika Negara mendapat Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, atas limpah perkenan baginda selepas proses peralihan kuasa daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saya yakin dan percaya gandingan Tuanku Mizan, Raja Pemerintah yang berdaulat dan kepimpinan Najib, kedua-duanya kebetulan dari Pantai Timur, menjadikan pentadbiran Negara lebih unggul dan mantap.

Yang Dipertuan Agung adalah Payung tempat kita menumpang bertduh. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama mempertahankan ikatan perpaduan demi masa depan Negara.

Najib tidak mungkin dapat menjalankan tugas dengan lincin, jika kita tidak sama-sama memberi kerjasama membantu Perdana Menteri dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan politik.

Negara Malaysia adalah sebuah Negara Demokrasi. Rakyat Bebas bercakap dan mengamalkan Agama dan Kebudayaan masing-masing. Kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan rakyatnya. Penubuhan Suhakam dan beberapa lagi Suruhanjaya sebagai bukti, kebebasan yang telah diberkan.

Namun kebebasan tesebut tetap ada batas dan sempadannya demi menjaga keamanan dan keselamatan. Kita tidak boleh meniru dan terikut dengan cara dan gaya hidup Negara-Negara lain, kerana kita ada acuwan kita sendiri. Kita tinggal dalam sebuah masyarakat berbilang bangsa.

Tetapi, dalam kita menuntut hak dan kepentingan masing-masing janganlah sampai sanggup mengadaikan maruah diri dan tergamak menggunakan media asing untuk memburuk-burukan Negara sendiri.

Membimbangkan lagi jika mereka sampai menjadi alat kepada Kuasa Asing untuk menjajah semula Negara Malaysia yang tercinta ini. Kenapa harus kita meragui hak dan kebolehan kita sendiri?

Kita mesti ingat, pihak lain akan mengambil kesempatan jika kita tidak bersatu. Biarlah masalah kita, kita sendiri yang selesaikan,kenapa mesti orang lain yang berkepentingan?

Setiap lima tahun sekali kita ada Pilihanraya UMUM (PU), rakyat diberikan kebebasan untuk menentukan Kerajaan. Ini terbukti dalam PU ke 12 Mac 2008 yang lalu.

Telah menjadi resam, yang Minoriti wajarlah menghormati mereka yang menjadi Majoriti, sebagaimana di Dewan Negeri (DUN) Perak. Jika pun, Dewan dibubarkan, dan keputusanya tidak kira siapa yang menang, tetapi berlaku lagi lompat melompat apa kah pihak Pembangkang akan berpuas hati?

Marilah kita kembali ke landasan yang betul, jika kita telah tergelincir demi masa depan Negara, banga dan agama.

5 June 2009

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi Tinggi Tahniah
Kepada

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati pemerintahan

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.Z.M., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K., (Perlis),
D.K. (Johor), D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Perak),
D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J.,
Commanduer de la Legion d'Honneur (France)

Sempena

Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda
Pada 6 Jun 2009 Bersamaan 12 Jamadilakhir 1430H

Sembah Takzim Daripada :

Risab Kerajaan Dibenarkan Untuk Digunakan


Sebenarnya, banyak tanah milik Agensi Kerajaan yang terbiar, tidak dibangunkan. Justeru apa salahnya pada pandangan saya, jika tanah-tanah berkenaan dibenarkan digunakan sementara oleh mereka yang tidak bertanah untuk menambahkan pendapatan?

Ada juga bangunan agensi berkenaan yang tidak digunakan berkeadaan reput. Justeru, diharap langkah Kerajaan Perak menubuhkan jawatankuasa membantu setinggan agar mendapatkan geran supaya dapat membuka mata agensi lain dalam perancangan mereka, jika projek yang hendak dilaksanakan itu melibatkan tanah yang didiami oleh rakyat yang tidak ada tempat tinggal.

Mereka yang terpaksa mengosongkan tanah risab itu juga mempunyai tanggung jawab yang besar terhadap keluarga dan anak yang sedang bersekolah, bayangkan jika mereka itu diarah berpindah?

Tidak dinafikan, projek landasan berkembar KTM yang sedang dilaksanakan pasti akan meningkatkan lagi sistem pengangkutan negara, tetapi bagaimana pula dengan nasib setinggan yang terpaksa menggosongkan tanah risab KTM?

Perkara ini pernah saya bangkitkan dalam Parlimen. Saya juga pernah mengajukan soalan ini kepada Pentadbir Tanah Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), kerana projek tersebut juga melibatkan sebahagian kawasan Parlimen Larut.

Diharap, Jawatankuasa Tanah Daerah LMS yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Datuk Mahmud Murshidi akan mengenal pasti setinggan yang perlu diberikan hakmilik. Setengahnya senarai telah pun dipanjangkan, barangkali cuma menunggu untuk dipanggil temuduga.

Masalah setinggan di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah termasuk di Kelian Cinei dan beberapa tempat lagi adalah juga dalam perhatian saya.

Sebenarnya, banyak Bangunan JKR dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain tinggal terbiar. Di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan DUN Batu Kurau dan Selama, rumah-rumah penghulu juga masih ada yang kosong tanpa didiami, jika adapun Penghulu yang ingin menduduki rumah berkenaan, kos perbelanjaannya amat tinggi.

Kepada KTM, seperkara lagi yang ingin saya ajukan ialah aduan masyarakat tempatan agar lori-lori projek landasan berkenaan mementingkan keselamatan pengguna jalanraya, yang lain dan janganlah menggunakannya sesuka hati mereka.

4 June 2009

Setinggan dan Kemiskinan


Saya mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk membantu setinggan mendapatkan geran atau hak milik tanah.

Di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah khususnya dan Parlimen Larut pada keseluruhannya juga masih ramai setinggan yang memerlukan perhatian dan dikalangan mereka mengikut bancian yang dibuat terpaksa menumpang di atas tanah-tanah risab kerajaan, umpamanya tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Saya sendiri sentiasa membangkitkan masalah ini ke pengetahuan Jawatankuasa Tanah Daerah. Ada juga diantara mereka yang telah mendapat geran atau hak milik.

Dengan adanya jawatankuasa ini diharap kes-kes tanah yang melibatkan setinggan dapat diatasi dengan lebih cepat dan menggurangkan birokrasi.

Dalam sidang DUN yang akan datang insyallah saya akan membangkitkan masalah ini terutama dalam usaha kita membasmi kemiskinan tegar.

3 June 2009

Penjelasan Dun Kecoh Di DUN Batu Kurau




Rabu, 3 Jun 2009 - Saya mengadakan Majlis Penerangan mengenai Dun Perak dan punca kekecohan pada sidang 7 Mei yang lalu peringkat Dun Batu Kurau, Perak.

Semalam majlis yang sama turut diadakan di DUN Kubu Gajah dan DUN Selama.

Hak Milik Setinggan Akan Dikeluarkan

Masalah setinggan mendapatkan hakmilik tanah dapat diatasi berikutan penubuhan sebuah Jawatankuasa yang di pengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Jawatankuasa itu ditubuhkan dalam Mesyuarat Exco pada hari Rabu, 3 Jun 2009.

Mesyuarat Exco juga bersetuju mendirikan Masjid Cina Muslim

2 June 2009

Wujudkan Institut Jati Diri

Selasa, 2 Jun 2009 - Saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Institut Jati Diri bagi kepentingan generasi yang akan datang mengenai sejarah negara.

Cadangan itu saya kemukakan dalam Program Hujah yang diadakan di TV9.

Program ini turut disertai oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pensyarah Univesiti Malaya dan di pengerusikan oleh Dr. Agus Salim dari Universiti Kebangsaan Malaysia.


Penjelasan DUN Kecoh



Hari ini, 2 Jun 2009, saya mengadakan majlis penerangan mengenai Dewan Negeri (DUN) Perak untuk Pemimpin dan Ahli UMNO Cawangan dalam Bahagian Larut yang diadakan di Dewan Serbanguna Sungai Bayur, Selama.

Pada sebelah tengahari pula majlis yang serupa diadakan di Dewan Orang Ramai Kubu Gajah bagi memperjelaskan punca tercetusnya kekecohan sidang DUN pada 7 Mei yang lalu dan siapakah dalang yang sebenarnya.

Pada petang besok pula majlis yang sama akan diadakan di Dewan Bangunan UMNO Batu Kurau.

Huan Kekal Dalam Gerakan

Saya percaya rakan saya, Huan Cheng Guan yang saya kenali ketika sama-sama menjadi Ahli Parlimen tidak akan keluar daripada Gerakan walaupun pernah membuat kenyataan sebelum ini.

Huan, Naib Presiden Gerakan tidak menafikan berkecil hati dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan kerana memutar belitkan kenyataan beliau berhubung isu perlantikan penyelaras kawasan parti.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu memberitahu saya semalam setakat ini beliau masih ahli Gerakan dan tidak pernah hantar apa-apa surat rasmi mengenai hendak keluar parti.

Dr. Teng sebelum ini juga pernah menimbulkan kontrovesi apabila mencadangkan agar Dewan Negeri (DUN) Perak dibubarkan bagi diadakan pilihanraya ekoran kemelut politik yang berlaku.

Beliau yang tewas dalam Pilihanraya Umum (PU) 2008 dan bekas ADUN Pulau Tikus sebaliknya dibidas agar menumpukan kepada usaha memperkukuhkan parti untuk mengambil alih Kerajaan Negeri di Pulau Pinang daripada pembangkang.

1 June 2009

Nasihat Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz

Isnin, 1 Jan 2009 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz telah menerima kunjungan saya di pejabat beliau bertempat di Menara Parlimen, Kuala Lumpur.

Turut hadir sama pada pertemuan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Datuk Ir Hasni Mohamed merangkap Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Saya dan Hasni pernah berkhidmat di bawah Nazri, ketika kami sama-sama menjadi Ahli Parlimen sebelum Pilihanraya Umum (PU) Mac 2008. Saya menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) Parlimen Malaysia manakala Hasni adalah Penolong Setiausaha (Pentadbiran).

Dalam perjumpaan tersebut, kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat dalam memperkukuhkan lagi kerajaan dan parti, terutama menjelang PU ke-13.

Nazri menyeru agar Wakil Rakyat Barisan Nasional akan bekerja kuat dan sentiasa turun ke padang untuk mendengar masalah rakyat.

Pertemuan kami itu adalah yang pertama selepas pembentukan Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,.