Template by:
Free Blog Templates

19 October 2012

UMNO

 

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yakin Barisan Nasional (BN) semakin mendapat kenyakinan rakyat memandangkan sokongan mereka dalam setiap program yang dianjurkan.



Kenyakinan itu lebih jelas dengan sokongan padu orang ramai dalam setiap lawatan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan yang terbaru ialah hari khamis lalu ketika berada di Manjung.


Bajet yang dibentangkan beliau pada 28 september lalu dan sikap perdana menteri sentiasa mengutamakan rakyat tidak kira kaum amat disenanggi rakyat.























Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihanraya UMNO bahagian di Kubu Gajah, petang tadi.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah bagaimanapun, mengingatkan jentera parti supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) pada bila-bila masa.

Jangan tunggu pada saat-saat akhir sebaliknya mereka sudah bersiap dari sekarang kerana PRU boleh diadakan bila-bila masa.

Beliau juga menegaskan pentingnya perpaduan untuk menjamin kejayaan BN pada PRU nanti.

Ketua-ketua cawangan daripada 97 cawangan termasuk puteri turut hadir mendengar taklimat di perjumpaan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Yang penting strategi hendak menang. Strategi hendak 'perang'

Saya dengar MB hendak 'perang' PR tapi saya takut penglima perangnya tidak dapat mengatasi penglima lawan.

UMNO hendaklah tahu cara berperang.
Kalau mereka hantar Hang Jebat kita hantar Hang Tuah bukan sebarang HANG terutama sekali HANTU.

Anonymous said...

Baru2 ini ada saham ASTRO masuk pasaran.

Ada juga orang mentafsirkan Malaysia satu sebagai kerajaan hanya membela nasib seorang saja seperti ANANDA KRISNAN. Yang lainnya tak untung kerana saham ASTRO tak naik.

Yang untung satu Malaysian iaitu ananda Krisnan apabila ia menjual sahamnya 80% lebih tinggi darparda semasa ia didelisting. Wah lebih atus bilion dapatnya.

Rakya biasa (RAKYAT DIDAHULUKAN) hanya dapat 3 sen untung tiap2 saham.

Saya komplen ke MITI tapi mereka tak peduli masih jual mahal supaya Ananda dapat untung satu bilion lebih. Saya napak Ananda ni bina rumah di Australia macam tak lama duduk di Malaysia. Anaknya Samy pun munkin balik Thailand, tempat emaknya.

Lepas itu ia mahu keluarkan employer option untuk pengarah dapat harga diskaun. Lagi sekali rakyat tidak didahulukan. Pengarah yang didahulukan.

Cuba lihat FGV. Macamana pula pembaca FELDA IJOK fikirkan tentang rakyat didahulukan jika sahamnya mankin turun. Ramai orang tunggu hingga ia turun 4 ringgit dalam bulan DEc untuk beli balik. Sekarang jual semuanya. Jangan tunggu2 lagi.