Template by:
Free Blog Templates

14 October 2012

UMNO

Ahli-ahli UMNO semua peringkat terutama kawasan yang dimenanggi Barisan Nasional (BN) jangan merasakan berada dalam zon selesa pada pilihanraya umum (PRU) ke 13.







Sebaliknya, ahli-ahli UMNO hendaklah menjadikan pengalaman pahit PRU 12 sebagai iktibar.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian dalam perjumpaan dengan ahli-ahli UMNO di kawasan sungai Pulau dalam dewan undangan negeri (DUN) Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir Adun Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias dan ketua UMNO cawangan Batu 14-1/2 di pusat tahfiz Batu Kurau.















Beliau yang juga Adun Kubu Gajah, yakin BN akan mengekalkan kesemua empat kerusi yang dimenanggi pada PRU 12 pada PRU yang akan datang.

Pengundi semakin kuat memberi sokongan pada UMNO kerana parti itu yang mampu membela nasib bangsa, agama dan negara.

Perpaduan UMNO amat penting di semua peringkat demi menjamin kekuatan dan kemenangan parti pada PRU ke 13.

Beliau juga menggesa jentera UMNO melalui semua bilik gerakan cawangan meningkatkan usaha dan mengadakan program seperti yang dirancangkan.

5 comments:

Anonymous said...

Saya lihat MB kita tidak mahu mengunakan strategi berperang.

Beliau masih mahu mengekalkan mereka yang lama dengan cara swapping.

Dan tidak menerima payung terjun.

Kalau kita nak gunakan strategi berperang kita mesti memilih calon yang lebih berprestij daripada calon lawan walaupun dia datang dengan payung terjun.

Tetapi kawasan yang fixed deposit kita mesti ikut kedudukan dalam UMNO jangan sekali2 ambil payun terjun. Contohnya di Pangkor, Johor dan Melaka.

Selama dan Batu Kurau banyak ambil payung terjun tapi mereka menang. Orang Ipoh Barat pun boleh menang di Larut. Sepatutnya beliau dicalonkan di Ipoh Barat.



Anonymous said...

Kalau YMDS swapping dengan Pangkor saya 100% sokong. Lobbylah dengan PM kerana PM sekarang ini lebih baik dengan YMDS daripada yang dulu.

MB tak payah susah hati jika beliau gagal, professor madya sudah menunggunya. Tapi YMDS harapkan elaun pengarah sahaja. Kalau pengarah Sime Darby, Boustead atau Genting Plantation yang ada di Kubu Gajah OKlah juga. Meeting sekurang2nya 8 kali.

Lobbylah jadi pengarah Sime Darby atau Boustead kepada Menteri Pertahanan kerana estenya luas di ADUN Kubu gajah.

Saya harap kerajaan memilih wakil vetren UMNO yang masih aktif jadi pengarah bukan yang senang lenang di Medan atau tidak dapat dikesan.

Anonymous said...

Sekarang ini susah hendak bersatu padu kerana jika kita pilih calon yang akan menang (winnable candidate) yang tiada kedudukan dalam UMNO, UMNO akan jadi dua puak. TEAM A dan TEAM B

Kalau kita pilih mengikut kedudukan dalam UMNO kita kalah dalam PRU13 kerana lawan kita lebih hebat dari kita, kecualilah di kawasan FIXED DEPOSIT.

Anonymous said...

Kalau kita hendak bersatupadu kita jangan kedaerahan dan kesukukauman.

Pemimpin UMNO yang dipilih hendaklah dihebahkan keistimewaannya supaya kita tidak kedaerahan atau kesukukauman.

Saya lihat puak rao (rawa) dan banjar di kawasan kita tidak nampak kedaerahan atau kesukukauman mereka.

Kalau kita kedaerahan kita pilih orang kampung kita walaupun tiada ada ketokohan untuk menjadi MB.

UMNO mesti pilih calon yang ada ketokohan untuk jadi MB bagi ADUN dan ketokohan jadi PM untuk jadi MP.

Kalau tidak jajahan Selama SELAMA-lamanya akan mundur jika dibandingkan dengan daerah lain2 di Perak.



Anonymous said...

DAP mula bertapak di bandar ialah kerana isu mereka melihat UMNO hanya membantu Melayu yang sudah kaya dikayakan lagi.

Kalau UMNO melantik Cikgu Abu Samah Alidin jadi Presiden Petronas mulut DAP akan diam dan ketua kampung FELDA jadi pengurusi FGVH mulut mereka diam.

Cara DAP berkempen ialah dengan menerangkan berapa saham/tanah kurnia anak si anu dapat dan berapa saham menantu si anu dapat.

Isu UMNO pula tetang pembangunan.

Kedua-dua isu ini bertentangan tapi yang lebih panas yang menang di bandar.

DAP sudah mahu menawan semua bandar di Sarawak atas ISU INI.

Kalau kita tak lantik mereka yang menjadi isu, mereka mahu 'keluar' Malaysia.

Di Sabah gila kedudukan. Kawasan mereka yang gila kedudukan akan menjadi lemah dan di tawan pem bangkang.

Cuba tanya penganalisis politik Prof Hoo Kee Peng hati orang Cina. Beliau tahu hati orang Cina.

Kebanyakannya simpitiser dan chauvinistik.

Mereka tak suka komunis tapi sebelum 1948 mereka yang ramai jadi komunis. Begitulah sifat kebanyakan mereka.

Macam orang US tak suka kulit hitam tapi suka dating dengan kulit hitam. Di Singapore pun begitu juga sebelum 13 Mei.