Template by:
Free Blog Templates

13 October 2012

Sungai tercemar

Jabatan alam sekitar diminta menyiasat segera kenapa air sungai Lempung berdekatan Felda Ijok menjadi keruh dan berwarna kuning.

Adakah ia berpunca daripada hakisan akibat aktiviti pembalakkan? atau pengambilan pasir?.



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meluangkan masa meninjau keadaan sungai tersebut, petang semalam.

Turut hadir pengurus Felda, Ijok, Haji Shauddin Bin Dat dan ketua kampung, haji Shukur Haji Jaman yang juga pengerusi Mesjid.














Beliau berkata hakisan tersebut jika tidak diatasi, beliau bimbang ia boleh mendorong kepada ancaman banjir di Felda.









Beliau meminta jabatan parit dan saliran (JPS) mengambil tindakan segera termasuk membersih kawasan sekeliling sungai yang juga semak samun.

1 comments:

Anonymous said...

Selalunya air keruh kerana di kawasan hulu sudah menjadi botak.

Cuba lihat sungai Ijok. Pada zaman 60an airnya jernih tapai sekarang ni sudah menjadi keruh kerana kawasan hutan sudah dibersihkan.

Sungai Binjai dan Tenkolok Jatuh lagi jernih. Yang keruh hanya Sungai Krian.

Yang paling banyak turun dari hulu ialah pasir. Kalau semua JKKK yang terletak tepi sungai mengadakan enterprise sendiri atau ali baba bolehlah ali dan baba sama2 untung menjual pasir.

Itulah konsep satu Mlaysia
sebenarnya.

Sekarang pun saya lihat ramai alibaba. Di papan tanda Melayu yang tertulis tapi taukenya Cina. Bila saya minta betulkan jalan rosak, yang Melayu tu katakan taukenya ialah si Ah Chong. Nanti kita tunggu dia datang. Tapi tak datang2 kerana sudah diberitahu Melayu tersebut jangan datang.

Konsep satu Malaysia yang berjaya ialah konsep ali baba. Ada orang kata berniaga atas angin. Tapi mereka yang mengata ini hanya cemburu bukan ikhlas. Macam bela ayam di tanah Hj. Amin. Orang kampung tersebut tak marah kerana semua ular akan hilang tapi orang lain pula yang jealous. Jangan iri hati kalau Hj. Putih dan Hj. Zaini berniaga atas angin.

Anggaplah macam 'MAXIS' Digi dll sewa tapak bina transmitter sudahlah.

Tak elok kalau kita dengki'