Template by:
Free Blog Templates

9 October 2012

Sekolah agama



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meluangkan masa membuat lawatan ke sekolah agama rakyat (SAR) SUngai Jernih di Ulu Ijok, petang tadi.




Beliau yang diiringi guru besar sekolah, Ustazah Arbayah Osman turut meninjau kelas-kelas SAR tersebut.

Pada masa ini terdapat 95 orang pelajar dari tahun satu sampai enam dengan lima orang guru dan empat kelas.

Ustazah Arbayah begitu gembira diatas lawatan Adun Kubu Gajah yang mengumumkan peruntukkan sebanyak rm 3,000 bagi aktiviti sekolah berkenaan.






SAR Sungai Jernih adalah diantara sembilan buah sekolah agama rakyat dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

Katanya kerajaan, terutama menteri besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sentiasa memberikan perhatian kepada kemajuan SAR di Perak demi kepentingan agama.













Turut hadir ketua kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ustaz Mohd Haslah Bin Haji Abdul Rahman.





Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kemudian minum petang bersama guru dan pelajar sekolah agama tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Salam untuk rakyat FELDA Ijok

Kalau betul FGVH itu saham pilihan raya kita lihat jika ia jatuh setelah 3 bulan disenaraikan.

Tapi kalau saham tersebut meningkat naik (kita lihat harganya semankin naik) selepas Desember bermakna ia bukan saham pilihan raya.

Saya harap Tan Sri Samad berbuat sesuatu pada awal bulan Desember sebelum ia merudum bila ia LEPAS PANTANG. Maklumlah lepas pantang.

ASTRO lagi siok. 83% lebih mahal daripada ia semasa delisting.

Ananda dapat lebih 1 bilion sebelum 19.10.2012 ini (sebelum dia diapongkan) Khazanah pun untung sekaki. Munkin mereka pakat agaknya.

Untung pun rendah PEnya 32 Macam mana MITI luluskan dengan PE 32. Cuba tanya pakar saham kita di Kubu Gajah.

Saya harap orang FELDA kalau tak tahu main saham jangan beli saham.

Tabung Haji dan KWSP asyik main saham FGV,Pasal itu dia jatuh. Tabung Haji, KWSP dan wang pencen Pandai main saham tapi orang FELDA tak Pandai.

Tabung Haji asyik main saham bayaran naik pun meningkat. Kalau untung tentu bayaran naik haji menurun.

YB Nazri Din dapat diploma pelaburan saya harap boleh tolong orang FELDA Ijok.

Tempat kita ramai pakar dalam bidang tertentu tapi asyik berpolitik.

Salah satu sebab kita miskin kerana pemimpin kita asyik berpolitik. Condemn sana kondemn sini. Kemudian mahu berbahas antara MELAYU. Orang Cina Ketawa ha ha ha.

Saya bukan rasis tapi itulah yang sebenarnya berlaku. 4 kaum keluarga saya kawin dengan Cina. Kalau rasis mana nak untung berniaga di luar bandar.

Anonymous said...

Bagus. Teruskan melawat sekolah agama terutama di Bagan Baru.

Saya nampak YMDS sudah menuju kesasaran yang betul.

Tak payah tunggu jemputan.