Template by:
Free Blog Templates

10 October 2012

Projek



Masih banyak jalan-jalan kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang perlu dinaikan taraf bagi kemudahan penduduk, terutama yang tinggal di kawasan terpencil.





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, masih ada juga kampung yang menghadapi masalah perhubungan di kawaannya.


Beliau berkata demikian ketika melawat beberapa projek jalan dan Titi Gantung yang memerlukan perhatian segera.









Turut hadir Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa yang juga Ketua UMNO cawangan Sungai Jernih.









Peruntukan sebanyak RM 50,000 diperlukan bagi mengetar jalan sepanjang 20 rantai jalan di  Kampung Kelian Gunung Seberang dan  sebanyak RM 30,000 bagi menggantikan sebuah Titi Gantung yang telah rosak akibat banjir dekat Kedai Pak Kassim juga situ.









Beliau telah meminta peruntukan Kementerian Kemjuan Luar Bandar dan Wilayah bagi perlaksanaan projek-projek tersebut dan Pegawai daripada KKLW telahpun turun mengadakan lawatan keatas projek-projek berkenaan awal bulan lalu.

1 comments:

Anonymous said...

Nasib baik cukai ekspot kelapa sawit hedak diturunkan ikut Indon.

Kalau kerajaan asyik betulkan jalan untuk pembangunan sosial bagaimana kami nak bawa kelapa sawit keluar.

Saya berterima kasih kerana kerajaan tidak akan akan membaik pulih jalan untuk mengeluakan buah kelapa sawit.

Natijahnya habis tanah dijual kepada mereka yang ada membuat jalan.

Sebagai contoh tanah kurnia Sungai Lompong telah pun dijual kepada mereka yang ada duit buat jalan.

Yang sedihnya duit cukai ekspot sawit digunakan untuk baik pulih jalan pembangunan sosial/politik- Tidak banyak untuk ekonomi. Kalau untuk ekonomi tuan tanah buat sendirilah. Akhirnya tanah Sg Dendang dan Sugaai Lompong dijual kepada mereka yang berada. Cubalah YMDS turun padang dan dapatkan statistik yang menjual tanah dan sebab apa mereka jual tanah.