Template by:
Free Blog Templates

22 October 2012

Perjumpaan UMNO




UMNO Bahagian Larut menyambut baik cadangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menubuhkan Jawatankuasa Khas memantau ahli Parti yang mencetuskan sabotaj pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Tindakan MT itu akan memberi peringatan dan amaran keras agar perbuatan seumpama itu tidak akan berlaku di masa yang akan datang.



Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah,berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Jawatankusa UMNO cawangan Bagan Baharu yang diketuai Shamsuddin Ibrahim di pejabat cawangan.





  
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin percaya jawatankuasa yang ditubuhkan itu bertujuan untuk meningkatkan lagi displin ahli selain menjaga imej parti di mata orang ramai.

Belau juga menggesa semua 97 cawangan dalam Bahagian tersebut memperkemaskan jentera pilihanraya bagi menghadapi pru ke 13 pada bila-bila masa.







Beliau akan meninjau persiapan jentera parti dari masa ke masa di seluruh parlimen dan juga peringkat Dewan Negeri sambil mendengar masalah yang ada.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap yakin dengan sokongan dan kerjasama ahli, BN dapat mempertahankan kemenangannya di kesemua empat kerusi dalam parlimen Larut.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau kita pecat mereka, mereka masuk parti lawan. Kumpulan yang selalu mensabotaj ialah mereka yang menganggap mereka lebih layak jadi pemimpin tapi tidak terpilih atau pun yang kedaerahan/kesukuan.

Kalau kita pecat mereka lagi seronok masuk PKR dll

Anonymous said...

Kalau nak tengok orang kaki sabotaj letakkan bendera BN depan rumah ahli UMNO yang kita was2 tentang kedudukannya.

Lihat apa terjadi dengan bendera tersebut.

Anonymous said...

UNTUK WARGA FELDA IJOK

Kita takut orang FELDA tak berapa sokong BN kerana saham FGV mankin turun dan dividennya juga semankin berkurangan.

Slogan JANJI DITEPATI tidak boleh dibuat untuk saham.

Tapi kerajaan janji supaya pendapatan FELDA terjamin kerana FELDA tidak akan bergantung dengan sawit dan getah sahaja yang harganya tidak menentu.

Kalau kita perluaskan tanah ke Burma dan Filifina bermakna kita masih bergantung dengan sawit.

Dan akhirnya kedua negara ini jadi macam Indonesia akan menghasilkan lebih daripada Malaysia dan kita pula kena tunggu 3 1/2 tahun baru dapat untungnya. Dividenya tidak akan diberikan semuanya kerana digunakan untuk tanam sawit di Burma dan Philliphina.