Template by:
Free Blog Templates

22 October 2012

Korban raya






Seperti biasa setiap kali menjelang Hariraya Haji, majlis-majlis korban akan diadakan oleh umat islam tidak  kira di mana mereka berada.




Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau turut memberi sumbangan dua ekor Lembu bagi dikorbankan.


Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, telah menyampaikan lembu-lembu tersebut kepada Unit-Unit Peladang Bukit Bertam dan Air Hitam.

















Pengurus Besar PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainul dan Ahli Lembaga Pengarah, Haji Tajuddin Ibrahim turut menyaksikan majlis penyerahan tersebut yang disampaikan kepada Pengerusi unit Peladang Bukit Bertam, Bakar Osman dan Zulkifli Ahmad, pengerusi unit Peladang Air Hitam.

1 comments:

Anonymous said...

Saya harap orang kita tak beli lembu dan kambing yang makan tanaman orang lain seperti lembu Hj. Saad dan Rosli untuk korban kerana lembu ini merosakkan tanaman saya.

Tanyalah ustaz tentang perkara ini.