Template by:
Free Blog Templates

11 October 2012

Futsal



Sebuah lagi gelanggang futsal akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah tidak lama lagi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi kemudahan kepada penduduk-penduduk tempatan menyertai aktiviti sukan.



Selain untuk tujuan futsal, gelanggang berharga RM 100,000 juga boleh digunakan untuk sukan sepak takraw dan bola jaring.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, mengadakan lawatan ke tapak cadangan gelanggang tersebut di kawasan padang milik Majlis Daerah Selama di Pekan Ijok, hari ini.

Turut hadir Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghaazali dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi.






Gelanggang yang lengkap dengan lampu limpah itu diharap akan meningkatkan lagi mutu sukan di kawasan Ijok, terutamanya, sambil mencungkil bakat-bakat baru.






Permainan futsal semakin diminati ramai termasuk dari kalangan remaja perempuan di luarbandar sebagai memenuhi masa lapang mereka.

Pada masa ini, gelanggang seumpama itu telah dibina di beberapa kawasan seperti Tebing Tinggi, Kubu Gajah, Felda Ijok, Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung dan Batu 20 dalam DUN Kubu Gajah.

1 comments:

Anonymous said...

Bila nak buat padang Golf untuk orang kampung di kawasan ADUN Kubu Gajah. Carilah permainan yang banyak untung.

Nasib baik permainan congkak tidak dimajukan?