Template by:
Free Blog Templates

6 October 2012

Bajet



 Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan pandangan pihak-pihak yang mempertikai bajet 2013.









 Sebaliknya mereka harus yakin bajet 2012 yang dibentang perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan belanjawan kesejahteraan rakyat.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan sukan mesra rakyat anjuran KEMAS dan rukun tetangga Bagan Baharu, pagi tadi.








 
Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan, dan penyelia KEMAS parlimen Larut, Nordin Abu Hassan dan ketua UMNO cawangan Bagan Baharu, Shamsuddin Ibrahim.

Katanya, pemberian BR1M ke dua dan belia 21 tahun keatas, membuktikan perdana menteri mengutamakan kebajikan rakyat.

Bajet yang dibentang Datuk Seri Najib di parlimen pada 28 september lalu turut mengekalkan sumbangan rm 100 setiap pelajar sekolah dan voucher pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).







Rakyat mengalu-alukan bajet tersebut dan yakin dengan pentadbiran kerajaan pimpinan perdana menteri.

Selain acara sukan untuk pelajar dibawah umur 12 tahun, pertandingan kasih sayang berpasangan dan masakan juga diadakan di padang majlis daerah Bagan Baharu.

2 comments:

Anonymous said...

Bajet tersebut bertujuan meningkatkan KDNK tapi tidak meningkatkan INDEKS GINNI sebab pembangunan masih tertumpu di bandar dan tidak merapatkan pendapatan antara yang berada dengan yang tidak berada.

Sebagai contoh pembangunan ICT. Ramai kawan saya tak peduli langsung tentang perkembangan ICT.

Pembangunan bandar hendaklah dilihat seperti di US. Yang kaya membina bangelo di luar bandar. Yang miskin di flat dalam bandar.

Cadangan saya kerajaan membina rumah murah dalam kawasan majlis perbandaran manakala rumah mahal hanya boleh dibina di luar majlis perbandaran. Barulah kita lihat pembangunan kita macam di US kerana orang kaya rasa tak selamat membina rumah di bandar. Jadi mereka bina di luar bandar. Dengan demikian luar bandar semankin maju.

Lagi satu orang Melayu mesti ada UDAnya sendiri untuk memjukan tanah orang Melayu dalam di majlis perbandaran seelokeloknya membina pekan baru berkembar seperti pekan baru BANGI Kerana ramai orang Cina tak suka Melayu bina rumah di bandar mereka. Semasa 13 Mei mereka suruh orang Melayu balik hutan. Tapi Melayu mestilah welcome orang Cina untuk memjukan perniagaan. Janan perkauman sangat

Bajet yang lepas nampaknya to make sure son of fisherman become a better fisherman, kata penjaja. Anak penoreh getah akan menjadi penoreh getah yang lebih berjaya daripada bapa mereka.

Manakla orang Melayu lulus bahasa Inggeris dengan baik bolehlah dijadikan eksekutif Chairman, GM,President dan CEO syarikat walau pun dalam penyelidikan punca keuntungan dan kemajuan bukan kerena pandai berbahasa Inggeris
tapi mengambil pekerja asing dengan bayaran yang sedikit.

Cubalah YMDS bandingkan gaji PM dengan CEO Genting dan gaji YMDS dengan CEO Bousted atau pun Sime Darby. Kalau kita gagap berbahasa Inggeris kita tidak akan dilantik jadi CEO walaupun kita hendak melaporkan prestasi syarikat kita kepada pengarah Melayu dan Cina yang pandai berbahasa Melayu.

Anonymous said...

KEMAS hendaklah berpandangan jauh dan dapat membantu orang kampung mendapat pekerjaan dan membuka perniagaan selain daripada membetulkan maklumat yang salah kepada orang kampung.

KEMAS hendaklah membuka minda orang kampung supaya dapat MENGEMASkan diri mereka untuk hidup sejahtera aman dan damai. Ini hanya pendapat saya