Template by:
Free Blog Templates

19 May 2010

Cuaca Tidak Menentu Tidak Halang Tanggungjawab





Hujan sepanjang hari, tidak menghalang lawatan harian Saya ke atas keluarga miskin dan Warga Emas di DUN Kubu Gajah.


Petang tadi, selepas dua mesyuarat di Ipoh, Saya melawat emas, Aminah binti Md Arshad, 74 tahun dan Abdul Mutalib bin Ahmad, 73 tahun yang tinggal di Keliang Gunung.


Saya juga melawat Jurulatih Tomoi Siam, Mutalib ibn Osman, 68 tahun yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Air Siam Sungai Jernih. Beliau amat berpengaruh di kalangan anak-anak muda yang minat dengan sukan tersebut.


Cuaca di DUN Kubu Gajah sejak dua tiga hari ini tidak menentu, boleh dikatakan mendung di sebelah petang.


Kejadian tebing runtuh sejak kebalakangan ini membimbangkan keluarga yang tinggal berdekatan dengan tebing sungai sepertimana bencana yang menimpa keatas sebuah keluarga Ibu Tungal di Redang Panjang, minggu lalu.


Aadakah diharapkan Jabatan-Jabatan berkenaan seprti JPS dan JKR sentiasa mengadakan pemantauan bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diingini.

15 May 2010

PAC PK - Ketua Jabatan Dipanggil Minggu Depan

Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri yang akan bermesyuarat minggu depan akan memangil beberapa orang Ketua jabatan untuk menjawab isu yang timbul berdasarkan laporan Audit.

Mana-mana Ketua Jabatan atau Agensi Kerajaan yang dipanggil dan gagal berbuat demikian tanpa sebab atau sengaja menlenggah-lenggah tugas PAC akan dilaporkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan (SUK), Datuk Seri Dr Abdul Rahman untuk tindakan selanjutnya.

Setakat ini, baru seorang Ketua jabatan yang gagal hadir tanpa sebab selepas dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang negeri dan nama beliau telah dihantar kepada SUK untuk tindakan yang sewajarnya.

PAC Perak hanya akan bertindak lebih tegas jika masih ada Ketua Jabatan yang enggan bekerjasama dan membantu untuk memberi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan.

Atas arahan Menteri Besar PAC akan lebih pro aktif dalam menaikan prestasi Jabatan dan Agensi Kerajaan di Perak. Jawatankuasa Kira-kira Wang mahu kesemua mereka mendapan 4 bintang dan tempuh untuk mereka memperbaiki kelemahan masih ada.

PAC amat memandang serious pembaziran dalam perlaksanaan projek Kerajaan. Justeru, Jabatan dan Agensi Kerajaan harus berhati-hati dan membuat perancangan yang lebih teliti.

13 May 2010

Dua beradik hidup ketakutan






Dalam lawatan saya ke atas warga-warga emas, terdapat satu kes dua beradik yang hidup dalam ketakutan.

Dua beradik ini dalam usia lingkungan 60an sekarang menumpang rumah ketua wanita di Kelian Gunung.

Mereka mohon agar dapat dipindahkan rumah mereka di pendalaman sungai jernih ke tempat yang ramai penduduk.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat segera membantu.

Saya juga melawat pesakit kanser, Salimah Bt. Osman, 59 tahun di rumahnya di Kubu Gajah.

Saya juga meninjau penduduk kampung memproses pinang di PPRT Kampung Sangkut dan Klian gunung, selain singgah tengok anak-anak bermain sepak takraw.

Lawat Keluarga Miskin Tidak Kira Parti





Petang tadi, Saya berkesempatan melawat seorang warga emas yang berusia 94 tahun di Kampung Sungai Jernih di Hulu Ijok.


Kedatangan saya disambut penuh mesra, Endut bin Mat Deris yang agak uzur. Beliau tinggal bersama isterinya di sebuah rumah yang agak lama.


Anak perempuan beliau yang bakal menerima menantu turut mengundang saya sekeluarga ke majlis kenduri perkahwinan anaknya bulan depan.


Yang penting dalam setiap lawatan saya samada ke atas warga emas yang sakit, orang kurang upaya (oku), Ibu tunggal atau keluarga miskin, saya tidak mengutamakan soal parti yang mereka sokong.


Saya juga menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit lumpuh, Salasiah binti Lazim, 54 tahun di Kampung Kelian Tok Budi, Bendang Luas.


Beberapa minggu yang lalu, Saya telah melawat beliau yang cuma tinggal dengan seorang anak yang bekerja kilang dan tinggallah beliau sendirian.


Saya juga melawat seorang lagi Warga Emas, Salmiah binti Husin, 72 tahun yang juga tinggal sendirian di rumahnya di Kampung Sungai Jernih.

12 May 2010

Pemberian Rumah PPRT Harus Telus









Bagaikan tidak percaya melihat sebuah keluarga miskin di Kelian Gunung di Hulu Ijok yang bukan sahaja tinggal dalam sebuah rumah yang kecil, tetapi hanya diperbuat daripada buluh.


Itulah yang termampu dilakukan oleh Mohd Ariffin bin Awang, 32 tahun yang tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan beliau yang berusia 15 tahun.


Tidak jauh daripada rumah beliau, Ariffin sedang membina sebuah rumah yang agak besar sedikit, yang diperbuat 100 daripada kayu yang diambil dalam hutan.


Dalam tinjauan Saya petang semalam, keluarga tersebut terdedah kepada bahaya dan sering dilandar bannjir kerana rumah mereka terletak tidak hanya beberapa meter daripada sungai.


Lagipun, mereka sehingga kini belum membuat permohonan untuk mendapatkan apa-apa bantuan daripada mana-mana agensi Kerajaan.


Dalam perjalanan keluar Saya juga sempat singgal ke rumah seorang Warga Emas, Abdullah bin Mohd Saman, 78 tahun yang tinggal di sebuah rumah pprt yang pemberian Kerajaan beberapa tahun yang lalu.


Melihat kepada rumah beliau, Saya merasakan rumah seumpama itu sudah tidak lagi sesuai dan perlu diganti dengan pemberian rumah pprt sekarang yang bernilai RM 33,000.


Kebanyakan rumah pprt dahulu diperbuat daripada papan dan terlalu kecil. Abdullah yang tinggal sendirian mengambil upah membuat bubu untuk menangkap ikan.


Sebelum itu, Saya melawat rumah Shamsuddin bin Abdul di Perkampungan rumah rakyat miskin di Kampung Sangkut yang membuat permohonan, mendapatkan bantuan rumah pprt.


Perkampungan pprt di Kampung Sangkut itu telah berusia lebih daripada 20 tahun. Kebanyakan rumah-rumah mereka telah uzur dan mereka mengharapkan bantuan untuk mengganti atau memperbaiki rumah mereka.


Saya berharap Agensi yang terlibat melaksanakan rumah pprt ini, wajar mengakaji semula sistem pemilihan peserta untuk menerima bantuan tersebut kerana masih ramai mereka yang benar-benar layak, tetapi tidak tersenarai sebagai penerima.

Ibu Tunggal Selamat Daripada Runtuhan Tanah






Syukur Seorang Ibu Tunggal, Ruiza binti Abdul Wahab, 43 tahun yang rumahnya di Kampung Kota Raja Bersiong, Redang Panjang, tidak mengalami apa-apa kemalangan, walaupun rumahnya dilanda runtuhan tanah bukit.


Hujan Lebat petang semalam mengakibatkan runtuhan tanah merah melempah daripada bukit yang hanya berberapa meter daripada rumah beliau dan merosakan sebahagian dinding bilik tidur.


Petang tadi, Saya melawat Ibu Tunggal yang mempunyai lapan orang anak termasuk seorang yang sarat mengandung yang baru pulang daripada Kuala Lumpur dan berhasrat bersalin di rumah ibunya itu.


Saya telah memintah agar pihak-pihak yang berkenaan segera membantu bagi menggelakan kejadian seumpama itu berulang sekiranya berlaku hujan lebat.


Sebelum ini, Saya telah melawat Ruiza yang merupakan keluarga miskin dan tinggal bersama dengan Kakaknya yang sedang mengalami kanser payu dara dan telah menerima bantuan bulanan untuk menyara hidup keluarga beliau yang agak besar itu.


Saya juga sedang berusaha mendapatkan bantuan rumah orang miskin samada daripada Baitulmal atau Felcra bagi membolehkan beliau hidup selesa.


Ruiza sekadar bekerja kampung, mengambil upah ibarat, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

11 May 2010

Ketua Kampung dan Dunia Siber










Ketua-Ketua Kampung dan ahli-ahli JKKKnya harus mempunyai pengkalan data mengenai kampung mereka, termasuk masalah kebajikan, pendidikan dan kemiskinan.


Kearah itu, mereka harus ada pengalaman menggunakan komputer dan dalam hubungan ini, kursus khas mengenai celek komputer dan kursus lanjutan bagi mereka yang pernah mengikutinya sebelum ini, akan diadakan tidak lama lagi.


Dunia siber kini, semakin digemari oleh manusia untuk mencapai kemajuan, justeru amat rugi jika rakyat Negara ini tidak menggunakan kesempatan yang itu.


Selain merasmikan karnival bersama rakyat anjuran RT dan Komuniti Bistari DUN Kubu Gajah Ahad lalu, Saya juga menutup program merapatkan jurang kemiskinan digital Negeri Perak di Felda ,Ijoik.


Dalam kursus tersebut bukan sahaja remaja yang hadir, tetapi juga orang Dewasa, bahkan ada juga mereka yang telah bercucu, namun ia cukup membanggakan Saya.


Sebelum majlis itu, Saya turut mengadakan perjumpaan dengan Pemuda Cawangan Sungai Dendang dan melawat keluarga miskin di situ.


Menghadiri majlis kenduri kahwin sudah menjadi satu daripada agenda Saya. Ahad lalu, dua kenduri kahwin yang sempat Saya hadir ialah di Bagan Bahru dan di Kampung Padang Lalang, Batu Kurau.

10 May 2010

ADUN Lawat Pemohon Rumah PPRT







Bagi mempastikan mereka yang menerima bantuan rumah PPRT, Saya mengadakan lawatan peribadi untuk menemui keluarga miskin tersebut.




Saya telah ke rumah Hamidun bin Lazem, 47 tahun di Bagan Bahru. Rumah tersebut ternyata uzur dan sebahagian besar telah reput.




Hamidun yang mempunyai lapan orang anak kini terpaksa tinggal menumpang di tanah orang lain.




Kemudian, Saya ke rumah Ibu Tunggal, Rusmah binti Ahmad, 54 tahun di Kampung Sungai Segar.




Sebelum ini, Saya juga telah melawat beliau untuk membantu memasukan anak perempuan beliau yang ke Asrama Sekolah Menangah Tenik.




Kedua-dua keluarga tersebut telah mohon bantuan rumah PPRT daripada FELCRA. Tiap-Tiap satu berharga RM 33,000.




Bersama Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zukifli Ahmad, Saya juga sempat meninjau longkang dan parit tersumbat di situ dan menyebabkan berlakunya banjir.




Begitupun, masalah yang timbul ialah tiada kerjasama daripada penduduk untuk memberi laluan tanah mereka digunakan untuk projek pembangunan seperti membina jalan dan saliran.

9 May 2010

Tindakan Keatas Perosak Harta Awam








JKKK diseru bekerjasama dengan Rukun Tetangga untuk memantau perbuatan merosakan harta benda awam dan budaya ini jika tidak disekat ia bukan sahaja merugikan wang rakyat, tetapi tanggapan negatif masyarakat luar, terutama pelancong.

Dewan dibina untuk kemudahan penduduk kampung mengadakan aktiviti seperti mesyuarat,perjumpaan dan juga kenduri kahwin.

Ada setengah Dewan Serbaguna dibina untuk tujuan aktiviti sukan seperti badminton, terang Saya ketika merasmikan Karnival bersama masyarakat DUN Kubu Gajah anjuran bersama RT dan Komuniti Bistari Tebing Tinggi di Padang Majlis Daerah, pekan Kubu Gajah pagi tadi.

Dalam kita mahukan tempat kita terus membangun dengan pelbagai projek, pada masa yang sama adalah menjadi tanggung setiap penduduk untuk menjaganya daripada rosak.

Banyak projek Kerajaan tinggal membazir kerana masalah kerosakan akibat perbuatan khianat mereka yang tidak bertanggung jawab.

Kira-kira 12 buah Agensi Kerajaan terlibat dalam program tersebut untuk memberi khidmat masyarakat. Diantaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agro Bank, Kesihatan, Kemas dan Wataniah serta PDRM.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Suhaimi Shamsuddin, Pegawai Perpaduan dan Intergrtasi Nasional Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Meor Azam bin Meor Harun dan Pegawai Penerangan Daerah, Adnan, Pengerusi RT Kubu Gajah, Abdul Karim Haji Ismail dan Ketua Kampung, Azemi Sabran.

Pada sebelah malanya pula diadakan forum perdana hal ehwal islam dengan tetamu Adik beradik, Ustad Kazim dan Hasbullah Haji Elias.

Pemuda Wira Bangsa




Dalam majlis makan malam meraikan peserta kursus pemuda wira bangsa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, malam jumaat lalu, Saya telah meminta agar ahli-ahli pemuda lebih gigih dalam memikul tanggungjawab dan amanah bangsa, agama dan negara.


Pemuda tidak dilihat hanya sekadar berarak dan menunggang motor serta memasang poster, tetapi lebih penting mereka adalah kumpulan pelapis untuk menyambung wadah perjuangan di masa depan.


Sambil memuji pergerakan tersebut yang dipimpin oleh Annuar Ariffin, Saya juga berharap agar mereka lebih pro aktif menjalankan program dan aktiviti.


Mereka wajarlah juga tampil dalam aktiviti kemasyarakatan seperti majlis kenduri kahwin kerana pada masa ini untuk menjadi mentara dari kalangan anak muda semakin berkurangan dan ini menyebebkan tradisi majlis kenduri semakin berubah tidak lagi berasaskan cara lama.


JKKK juga diminta agar tidak mengenepikan peranan dan tanggungjawab pemuda dengan membabitkan penglibatan mereka bersama.


Saya telah menyampaikan sijil tamat kursus pemuda wira bangsa yang dianjurkan oleh Biro Latihan UMNO Perak baru-baru ini.