Template by:
Free Blog Templates

8 June 2010

Gaza- Kutuk






Rakyat malaysia di mana-mana juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menyerang dan bertindak ganas keatas pasukan bantuan Sukarelawaan ke Semenanjung Gaza.

Malah, mereka mendesak agar perbuatan tidak berperikemanunis rejim Israel itu harus dikenakan tindakan oleh Badan Dunia.

Apapun, rakyat Malaysia bersykur kerana kesemua sukarelawaan Negara telah kembali dengan selamatnya ke Tanah Air dan merasa gembira diatas perpaduan yang telah ditunjukan dalam memberi sokongan padu ke atas bantahan yang telah dibuat oleh Kerajaan terhadap keganasan Israel itu.

Saya berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Wanita UMNO Cawangan Batu 20 bersama Jabatan Penerangan yang dihadiri lebih 70 orang peserta dari DUN Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam membentangkan Usul membantah perbuatan terkutuk itu di Parlimen dan turut disokong oleh Pembangkang.

Ini jelas terbukti bahawa kita mampu mengenepikan sebarang pertikaian dan perbezaan politik semata-mata untuk menunjukan satu sokongan yang padu.

Alangkah baiknya jika sekiap sedemikian dapat diteruskan pada setiap masa demi perpaduan Ummah, jelas saya sambil disambut oleh peserta yang hadir termasuk Ketua Kampung, Haji Mat Isa bin Harun dan Ketua Wanita Batu 20, Zainab binti Awang.

Amarika Syarikat terutamanya jangan memandang ringan sikap kebiadapan Israel itu dan juga badan Dunia Islam sendiri juga harus mengambil penderian tegas tanpa bertolak ansur bagi menyatakan rasa simpati keatas masalah rakyat Palestin.

Haji Ibrahim di Bagan Kolam



Ketika singgah di Kampung Bagan Kolam, Kampung Mesjid, Ijok Saya tidak melepas peluang berjumpa dengan bekas tokoh Kampung di situ, Haji Ibrahim bin Ahmad.


Haji Ibrahim, 84 tahun masih sihat dan kuat dan kaya dengan senyuman ketika saya bertemu beliau. Beliau amat senang menerima tetamu. Sepanjang hayatnya beliau cuma menghisap rokok daun.


Saya beruntung dapat bertemu dengan Haji Ibrahim, ketika singgah di majlis kenduri perkahwinan anak Haji Mohd Radziman bin Othman, 78 tahun, seorang yang amat disegani di Kampung Bagan Kolam.


Haji Ibrahim amat gembira dengan kedatangan saya, sambil bertanya khabar. Katanya, beliau akan terus memberikan sokongan dalam membangunkan Kampung Mesjid bagi faedah penduduk tempatan.


Haji Mohd Radziman dan isteri, Hajjah Rozinah binti Ahmad serta keluarga juga gembira dengan kehadiran saya. Saya ambil kesempatan beramah mesra dengan mereka.

7 June 2010

Yusof Bekas Ketua Kampung





Saya ambil kesempatan menjenguk bekas pejuang dan pemimpin yang pernah berjasa keapda Masyarakat untuk bertanya khabar, sekalipun mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan kerana jasa mereka tidak boleh dilupakan begitu sahaja.


Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini. Ketika berada di Kampung Sungai Ara dalam DUN Kubu Gajah, Saya singgah di rumah Haji Mohd Yusof Dahee, 75 tahun, kebetulan ketika itu, di rumahnya sedang sibuk menyediakan masakan untuk kenduri kesyukuran keluarga mereka.


Haji Yusof masih sihat dan saya sempat bergurau dengan beliau. Beliau kini telah diganti oleh Haji Abdul Halil sebagai Ketua Kamung Sungai Ara.


Ketika menjadi Ketua Kampung, Haji Yusof seorang yang cukup aktif dan disegani ramai. Ketika beliau masih, khidmat saya adalah ADUN Batu Kurau.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Kamung di era bekas ADUN Batu Kurau, Haji Abdul Manan Mohd Ali, kini Orang Besar 32 Perak.


Haji Yusof begitu terharu dan gembira diatas kunjungan saya. Haji Yusof berharap masyarakat akan terus memberi sokongan keatas usaha Kerajaan membawa perubahan dan kemajuan.

Lawat dan Ziarah









Selepas menziarahi jenazah Allahyarham, Haji Abang Hamid bin Haji Ali, 73 tahun yang telah pulang ke rahmatullah di rumahnya di Kampuing Sungai Sumut, Selama, Saya singgah melawat seorang pelajar yang terlibat dengan kemalangan jalanraya.


Mohd Firdaus bin Mohd Saufi, 21 tahun adalah pelajar sebuah Kolej dan tinggal bersama keluarganya di Taman Permai, Selama.


Kemudian, selepas mesyuarat Agung UMNO Caangan Kampung Kelian Chenie, Saya melawat anak Abdul Karim, Setiausaha JKKK Sungai Ara, Abdul Muiz, 18 tahun seorang OKU di rumah beliau di Kampung Haji Mat Asit.


Saya terpegun melihat sebuah Perpustakaan keluarga Abdul Karim yang dibina di dalam rumah Abdul Karim sebagai galakan kepada pelajar Kampung untuk membaca dan membuat rujukan.


Beliau turut memohon bantuan untuk menyambung kerja-kerja menambah ruang bilik di rumahnya bagi kegunaan tetamu.


Kemudian, di Kampung Nangka, Batu 20, Saya melawat Ibu Tunggal yang juga warga emas, Gayah binti Musa, 76 tahun, yang tinggal bersama anaknya seorang oku, Noriah binti Abdul Rahman, 51 tahun dan Munah binti Ishak, 78 tahun, sebelum ke rumah Tajul Saaran bin Abdul Rahman, 48 tahun yang terlantar sakit.


6 June 2010

Utamakan Masalah Kemiskinan








Masalah kemiskinan terus diberikan perhatian oleh Kepimpinan UMNO terutama di kalangan ahli-ahlinya.


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa UMNO peringkat cawangan digesa supaya mengadakan satu pengkalan data mengenai masalan tersebut bagi memudahkan tindakan seterusnya diambil.


Masih ramai yang memerlukan bantuan rumah PPRT dan modal pusingan untuk ibu-ibu tunggal menambahkan mata pencarian mereka.


Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kelian Chenie, Saya turut meminta ahli-ahli Jawatankuasa cawangan mengutamakan perpaduan.


Semalam Saya juga menghadiri mesyurat cawangan-cawangan di Kampung Mesjid, Kelian Gunung dan Kampung Sangkut dalam Mukim Ijok sambil memberitahu bahawa usaha dan perancangan sedang dibuat bagi mencari jalan mengatasi masalah banjir yang sering mengancam kebanyakan kampung di situ.


5 June 2010

Jenayah Buang Bayi dan Penderaan Serious






Jenayah pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak haruslah dipandang berat dan Masyarakat wajar tampil bersama pihak berkuasa untuk membenteras perbuatan tidak bermoral ini.

Dalam menangani masalah ini, tanggungjawab kepada pihak polis semata-mata tidak cukup tanpa peranan dan penyertaan orang ramai.

Kadar jenayah janganlah hanya dilihat kepada kes-kes rompak, ragut dan rogol, tetapi juga keapda perbuatan pembuangan bayi dan penderaan.

Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis perasmian penutup program penghayatan Rukun Negara 1 Malaysia Kemas Parlimen Larut di perkarangan Bengkel PKK Kemas Pekan Kubu Gajah tengahari tadi.

Mengenai Rukun Tetangga, Saya berharap program anjuran Kemas itu akan dapat memupuk sikap dan semangat memahami, menyelami dan menghayati konsep Rukun Tetangga di kalangan generai muda supaya mereka menjadi rakyat yang berhemah dan berjiwa murni.

Rukun Tetangga diasaskan adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa di Negara ini yang mengamalkan kebebasan beragama dan budaya walaupun Islam adalah agama rasmi.

Dalam program tersebut juga diadakan pertandingan mewarna. Bagi kategori kanak-kanak Tadika, pertama dimenanggi oleh Nurul Ain, kedua Nur Izati dan ketiga Nurasitah binti Ismail.

Bagi Kategori gubahan lipatan Tenggolok johan dimenanggi oleh Sakinah binti Ariffin, Kedua Jamaliah binti Yahya dan Ketiga Zaini binti Mat Piah.

Bagi Pertandingan Masakan kuih lapis, Johan dimenanggi oleh Mahayun binti Dahalan, kedua Hanisah binti Zainan dan ketiga Salmah binti Salleh.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Bt. Sailan.

4 June 2010

Yusli pesakit kronik perlu bantuan segera




Saya amat simpati dengan Yusli bin Mohd Zaman, 37 tahun yang menderita penyakit kronik termasuk Jantung ketika melawat beliau di rumahnya peringkat 4, Felda Ijok petang tadi.

Beliau telah menghubuggi Saya untuk mendapatkan bantun kewangan menjalani pemeriksaan Jantung selanjutnya beberapa hari lagi.

Yusli, seorang pemuda yang cukup aktif di Felda begitu terharu diatas keperhatinan Saya mengenai penderitaan beliau itu. Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Felda, Haji Shukur Jaman.

Saya telah menghubunggi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Zamberi Mohamed mengenai masalah Yusli dan mohon untuk mendapatkan bantuan segera.

Beliau yang sedang berkursus berjanji menghantar pegawainya seberapa segera untuk menemui Yusli yang sudah pun beristeri dan mempuyai anak tiga dan kini menumpang di rumah mertuanya seorang peneroka Felda.

Saya berharap bantuan perubatan oleh Jabatan berkenaan dapat meringankan lagi bebanan Yusli untuk meneruskan kehidupannya.

JKM Diminta Bantu Pesakit Kronik




Selasa lalu, Saya ke rumah Hajjah Bedah binti Din, 84 tahun di Kampung Sungai Ara dalam DUN Kubu Gajah, tetapi selepas melihat sendiri keadaan beliau, petang tadi sekali saya ke sana untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda.


Sebelum itu, Saya menyampaikan kerusi roda kepada seorang lagi warga emas, Zulkifli Ahmad, 73 tahun juga di Kampung Sungai Ara.


Sementara itu, Saya juga menerima pesanan daripada seorang peneroka dari peringkat 4, Felda Ijok yang mmemerlukan bantuan kerana menghidap lima jenis sakit kronik dan tidak boleh lagi bekerja.


Beliau juga baru keluar dari wad ICU Hospital Taiping kerana Ulser pecah dalam perut. Insyallah Saya akan melawat beliau bersama Ketua Kampung Felda, Haji Shukur Jaman dalam masa terdekat.


Barangkali Saya akan juga menghubunggi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan membantu menggurangkan bebanan beliau.


Sebenarnya masih ramai lagi yang senasib dengan beliau yang memerlukan bantuan perubatan daripada JKM.

3 June 2010

Pikat rakyat, dekati mereka





Saya merasakan rakyat lebih mendekati pemimpin kalau kita ketepikan protokol.

Berkelah satu pendekatan untuk memupuk kemesraan yang lebih padu dan kuat.

Ketika berkelah di rumah Mat Rani B. saman di tanjung Lengkung, Ulu Selama , kemesraan amat jelas dengan gurau senda di kalangan mereka yang hadir hinggakan tiada soal mengenai projek dan masalah kanmpung dibangkitkan.

Apa yang mereka mahu adalah pemimpin atau wakil rakyat sedia turun dan menjenguk mereka bukan hanya pada bila musim kempen pilihanraya.

Rakyat lebih selesa berdamping dengan pemimpin yang tidak mengutamakan protokol.

Ketua kampungTanjung Lengkung, Che Uda B. Idris Haji Othman turut hadir.

Bersyukur Sukarelawan Malaysia Selamat

Kita bersyukur sukarelawan Malaysia dalam misi membantu di Gaza selamat dan berdoa mereka segera sampai pulang ke Tanahair.

Semalam dalam satu program secara langsung di RTM Ipoh, Saya turut menyeru tindakan segera semua pihak untuk membawa pulang mereka dengan ke tanahair dalam apa cara sekalipun.

Kerisauan teman Saya, Datuk Azuma Tak, bekas Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat menegenai anak beliau, Ahmad Faisal salah seorang sukarelawan yang turut sama ke sana, kembali lega dengan perkhabaran baik itu serta usaha Kerajaan Malaysia untuk membawa mereka pulang.

Beliau yang juga bekas Senator menghubunggi Saya sejak hari Selasa lagi meminta agar masalah yang menimpa sukarelawan malaysia itu segea diatasi kerana kerisauan beliau dan seluruh keluarga.

Begitulah juga dengan Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan mengenai kerisauan beliau keatas Timbalan beliau, Mohd Niza Zakria yang juga Ahli Parlimen Parit.

Terima kasih kepada semua media cetak dan elektronik yang memberi kerjasama penuh dalam memberi maklumat mengenai terfkini untuk pengetahuan keluarga terlibat dan juga rakyat malasia seluruhnya/

2 June 2010

Jumpa Bekas Adun




Walaupun, agak lewat, tetapi kerana janji yang telah dibuat, sebaik selesai perjumpaan tertutup dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein di Kediaman Menteri Besar Perak, petang semalam, Saya terus ke Sungai Ara.


Saya sebenarnya ingin menyampaikan kerusi roda kepada Warga Emas, Zulkifli Ahmad sejak sekian lama, tetapi berkali-kali Saya ingin berbuat demikian, beliau tidak ada di rumah.


Tetapi, semalam Saya menerima panggilan daripada Ketua Kampung Sungai Ara, Abdul Halil memberitahu bahawa Zulkifli sedang menunggu kedatangan Saya untuk menyampaikan bantuan tersebut.


Zulkifli amat terharu dan gembira menerima kedatangan Saya malam semalam. Sebelum itu, sebaik diberitahu mengenai keuzuran Ibu bekas Adun Kubu Gajah, ketika tiba di Sungai Ara, Saya telah langsung melawat Hajjah Bedah biinti Din, 84 tahun.


Datuk Mohd Jefri Yunus dan isteri juga berada ketika Saya tiba dan kami sempat bertanya khabar.


Datuk Jefri sebelum menjadi Adun Kubu Gajah adalah juga Adun Batu Kurau yang kini diwakili oleh Kapt. Datuk Najmuddin Elias.

Dr Zambery Hargai Peranan Polis

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, minta Polis memantau dan ambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terus menghina institusi Raja-Raja, tidak kira siapa, sekalipun Pembangkang.

Dr Zambery dalam ucapan aluan menyambut lawatan Menteri Dalam Negeri ke Perak, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, menyatakan rasa kesal pembangkan menghina polis yang menjalankan tugas menjaga keamanan ketika berlangsungnya sidang Dewan Negeri (DUN) yang lalu.

Mereka tidak percaya kepada polis, tetapi mereka juga memerlukan polis menjaga keamaan. Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO menghadiri majlis perjumpaan tertutup di Kediaman Menteri Besar, selepas majlis pembukaan Bangunan Polis di Parit oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak semalam.

Menteri Besar menghargai kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan termasuk pada sidang DUN bagi menggelakan sebarang kekecuhan oleh pembangkang.

Dr Zambery minta Hishamuddin menjaga kebajikan anggota polis termasuk mengenai elaun kerana mereka telah menjalankan tugas dengan penuh didikasi dan bertanggungjawab.

Hishamuddin dalam ucapan beliau menyatakan bahawa dalam soal menjaga keamanan,Polis tidak akan bertolak ansur.

Sebagai cucu Alllhyarham Datuk Onn Jaafar dan anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hussein Onn, beliau akan meletakan perjuangan Bangsa, Agama dan Negara sebagai keutamaan,

Sebagai anak kepada Bekas Perdana Menteri dan Presiden Parti, beliau tidak boleh terima jika UMNO hilang kuasa di zaman era beliau dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri.

Justeru, beliau menyeru agar ahli parti memperkuatan perpaduan bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

1 June 2010

Kadar jenayah Perak menurun





Kadar jenayah lima bulan pertama di Perak semakin menurun dan bandaraya Ipoh ketara sangat dengan 28 peratus.

Ini adalah berkat kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sejak mengambil alih pentabiran.

Masyarakat terlalu risau kes ragut dan samun jalanan, namun kes semakin menurun berbanding tahun lalu.

Dalam taklimat yang disampaikan kepada Menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Dr. zambry, polis meletakkan sasaran minus 50 peratus jenayah di Perak.

Isteri Datuk Seri Hishamuddin dan Dr Zambry, ketua polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah dan ketua cawangan khas negeri, Datuk Sulaiman Mohamed turut hadie di taklimat tertutup itu.

Jabatan Kerajaan Tolak Menolak Masalah




Masalah kurang penjagaan dan kerja-kerja penyelanggaraan yang berjadual menyebabkan saluran parit jalanrya menjadi punya berlakunya banjir dan akhirnya membebankan rakyat.


Setelah menerima Aduan daripada Ketua Kampung Gudang, Musa Ibrahim Saya melihat sendiri keadaan parit yang langsung tiada penjagaan oleh Jabatan yang berkenaan yang menyebabkan Kampung Das sering dilanda banjir.


Masalah seumpama ini sering saya bawa untuk diperbincangkan di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).


Insyallah, Saya akan bawa sekai lagi masalah banjir ini ke Mesyuarat Tindakan Daerah yang akan datang untuk diambil tindakan segera.


Tetapi apabila timbbul diperingkat perbincang sering kali berlaku tolak menolak diantara Jabatan Keraajaan untuk mempastikan siapa kah yang bertanggung jawab?