Template by:
Free Blog Templates

16 August 2012

UMNO



UMNO akan menjadi kuat jika perpaduan diutamakan, tetapi akan menjadi lemah jika berlaku pergeseran.

UMNO bahagian Larut akan bekerja keras bagi mempertahankan rekod bersih memenangi kesemua empat kerusi parlimen dan dewan negeri dalam Larut.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan dengan ketua-ketua UMNO cawangan dalam bahagian tersebut, petang tadi.

Ahli-ahli jawatankuasa bahagian empat peringkat turut hadir dalam majlis yang turut diadakan berbuka puasa.


Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menyeru seluruh ahli UMNO dalam Larut meningkatkan jentera parti kerana pilihanraya umum (PRU) akan diadakan bila-bila masa.

Mengenai mesyuarat perwakilan UMNO bahagian, ia akan diadakan pada 15 september.

Mesyuarat yang akan dirasmikan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal yang juga naib presiden UMNO di dewan astaka Batu Kurau.



Lebih 500 orang perwakilan akan hadir mesyuarat tersebut manakala pergerakan pemuda bermusyarat pada 9 september dan wanita pada 14 september.




5 comments:

Anonymous said...

Pergeseren berlaku kerana kita tidak telus menerangkan kenapa pemimpin yang yang sedia ada digantikan kepada pemimpin yang baru, tak kira tua atau muda.

Saya melihat kerja yang mereka buat tidak setimbal dengan kelulusan atau pengelaman mereka tapi ahli tidak diberitau tentang perkara ini.

Mereka ingat mereka masih relevan.

Sebagai contoh MB Selangor membuang CEO pembekalan air. Kita mesti ingat beliau memang tidak perform atau deliver the goods.

Sepatutnya beliau harus dibuang supaya isu ini tidak berkepanjangan.

Saya rasa perkara ini tidak kena mengena dengan parti.

Sebab itu saya harapkan CEO dan Pengurusi KUB (syarikat UMNO) hendaklah diganti/dibuang.

UMNO ada 3 1/4 juta ahli. Kenapa kita tak dapat cari seorang pun untuk meingkatkan prestasi KUB.

Janganlah KUB jadi macam Mikka Holdings.

Anonymous said...

Saya masih takut jika pemimpin UMNO yang lama digantikan dengan yang baru mereka akan menjadi kumpulan puak kiri.

Sebagai contoh jika MP Pasir Salak digantiakn dengan orang baru adakah beliau terima hakikat tersebut dengan hati terbuka, tanpa membantu api penyokongnya.

Ini hanyalah CONTOH sahaja, bukannya betul.

Kalau beliau pencen atau YMDS berpencen saya harap salah seorang daripadanya akan jadi datuk bandar Ipoh untuk mengutip 2 juta bayaran cukai yang tertunggak.

Yang lainnya saya rasa tidak berani untuk mengutip cukai tersebut.

Saya memang sokong MP Pasir Salak kerana sentiasa memperjuangkan hak Melayu.

Anonymous said...

Kalau semua pemimpin UMNO jadi macam Sheikh Fadzil macam mana nak bersaatu.

Sebelum beliau jadi menteri pun beliau tahu UMNO asyik bantu beliau. Ahli yang lain tak dapat pun seperti beliau. Sepatutnya jika beliau ikhlas dari dulu lagi beliau berhenti jadi UMNO terutama sekali setelah pilihanraya yang pertama.

Anonymous said...

FGVH tambah ladangnya tapi tujuan awalnya supaya tidak bergantung kepada sawit yang harganya tidak menentu.

Adakah CEO tahu rancangan awalnya.
Saya harap orang FELDA Ijok mesti tahu tujuan asal FGV.

Kadang2 saya lihat FGV macam IDR Perak.

Mereka rancang untuk bina lebuhraya Jelapang-Selama dan moto merdeka pula janji ditepati.

Kalau Federal tolak rancangan ini bermakna IDR kita tak pandai merancang dan janji tidak ditepati.

Siapa janji dan siapa rancang?

Saya dulu pernah mantan ADUN PAS Wan Jaafar, Pedu mahu bayar hutangnya pada saya tapi 20 tahun pun belum bayar lagi tapi beliau tetap JANJI DITEPATI.

Soalannya bila?

Saya takut lebuhraya Jelapang-Selama pun jadi demikian. Diharap BN tidak jadi macam YB Pedu

Anonymous said...

Bila ada jamuan terbuka kita duduk macam ada berkasta. VIP di meja tertentu dan yang lain di meja yang lain2.

Kalau VIP kita duduk bercampur gaul dengan masyarakat jelata sudah tentu VIP dapat menyelami masalah rakyat tanpa banyak turun padang.

Bila saya duduk dekat orang FELDA banyak maklumat yang saya perolehi tentang FELDA. Begitu juga bila duduk dekat cikgu atau murid sekolah.

Murid sekolah tak suka bahasa Inggeris. Tapi kerajaan masih mahu BI. Semasa saya di UK mereka memperkenalkan banyak bahasa di sekolah supaya orang UK boleh bekerja merata dunia.

Australia juga memperkenalkan Bahasa Indon dikebanyakan Uni. sebab marketnya luas. Kita pula Bahasa Inggeris, macam mana nak berdagang dengan Timor Tengah atau Amerika Selatan. Orang US tak mahu minyak sawit. Geli hati juga perancangan pendidikan kita. Tadi Engku Aziz pun kata 50 tahun lagi yang penting ialah bahasa2 lain terutama sekali yang mahu bahasa negara yang banyak mengimpot barangan kita.