Template by:
Free Blog Templates

28 August 2012

Pokok



Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan menebang pokok dan dahan yang merbahaya dan mengancam penduduk.

Banyak pokok dan dahan yang didapati boleh tumbang dan patah dan merisaukan orang ramai.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat mangsa dahan patah di kampung Baru Redang Panjang, petang tadi.

Rumah mangsa yang ditimpa dahan itu ialah M.Muniandy,53 tahun yang tinggal bersama isteri dan 10 orang anak.

Muniandy yang menggangur akibat kemalangan bimbang dahan pokok yang begitu banyak disekitar kampung tersebut yang mengancam keselamatan penduduk.



Dalam satu kejadian ribut baru-baru ini mengakibatkan beberapa buah rumah ditimpa dahan dan pokok tumbang.



Turut hadir ketua UMNO cawangan Redang Panjang, Kharul Azizan Mat Dali.

4 comments:

Anonymous said...

Keuntungan FGVH susut 33% di suku kedua tahun ini.

Matlamat awal FCVH ialah supaya FELDA tidak bergantung 100 dengan sawit.

Harga minyak kelapa sawit tidak turun tapi buah harga sawit turun.

Datuk Hamzah kata kita jual minyak/buah yang sebenar bukan berniaga atas angin (Pasar hadapan).

Belian Cina Pakistan India bertambah.

TAPI HARGA MENURUN.

Kalau kita tanya India dan Cina mereka beli minyak dengan harga yang sama, tak turun2. Harga tak turun.

Saya syorkan tukar pengarah FGVH. Recruit yang baru yang lulus dalam bidang RISK MANAGEMENT dan Manufacturing Engineering supaya mereka boleh menghasilkan produk minyak sawit untuk diekspot (bukan minyak sawit)

Kalau nak pilih pencen duta pun jadi pengarahnya pilihlah mereka yang pernah bekerja di Cina, India dan Pakistan, bukan Afrika.

INILAH YANG SAYA MAKSUDKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Kita pilih berdasarkan bintang yang mereka terima. Kalau Tan Sri jadi Chairman dan Datuk jadi pengarah. Akhir2nya untung FGV susut kerana Datuk tak lulus dalam bidang RISK MANAGEMENT untuk mengatasi pasar hadapan minyak sawit.

Mereka juga tak lulus manufacture engineering. Jadi tak dapat nak tukar minyak sawit kepada magarine dll,sebagai contoh.

Saya tak boleh eksport kayu getah kerana kerajaan menggunakan strategi yang saya sebutkan. Tapi kenapa tak bgunakan bagi minyak sawit.

Contohnya ekspot perabut getah lebih untung dari mengekspot kayu getah,

Saya shorkan kerajaan gunakan strategi yang sama dengan minyak sawit baru untung berlipat ganda. Tidaklah merosot 33% tiap2 suku tahun.

Saya takut FGV jadi KUB. Sumua orang kuat UMNO lari dari KUB. Yang tinggal hanya yang tunjuk pandai, yang berlagak sahaja. Kata orang Sabah pandai berlakun, Bah!

Anonymous said...

Pihak Bekuasa Tempatan tak bolehkah halau lembu ke satu tempat.

Anonymous said...

Saya pernah ikut AGM KUB dan saya beri komen kapada salah seorang ahli lembaga yang dibuang.

Dengan tiba2 orang peribadi beliau meluru saya dengan mengatakan pendapat saya tidak betul.

Kata beliau orang yang dibuang itu betul2 memperjuangkan Melayu.

Yang saya perjuangkan ialah untung syarikat. Tidak ada kena mengena dengan Melayu.

Sepatutnya beliau berpencen menjadi penasihat bagaimana hendak menguntungkan KUB, bukan hendak 'berkelahi'.

Selalunya UMNO berpecah belah kerana COMMUNICATION BREAKDOWN.

Sampai sekarang ahli UMNO tidak dapat membezakan kemahuan pengundi dengan kemahuan ahli UMNO. Mempunyai ciri2 yang dapat mengatasi calon lawan. Mereka tidak mahu payung terjun macam Cikgu Kasim dll di Selama

Sebagai contoh jika Selama mencalonkan PHD, UMNO hendaklah mencalonkan mereka yang lulus PHD dari universiti yang lebih baik (mengikut ranking) dari calon lawan. Karismastiknya juga dapat mengatasi pihak lawan.

Nampaknya Kroni UPM yang banyak calon pembangkang di LMS.

Anonymous said...

Orang India Kubu Gajah mula dah ramai masuk DAP. Apa strategi YMDS.

Tapi perjuangan mereka mirip kepada Utayakumar, bukan Lim Kiat Siang