Template by:
Free Blog Templates

30 August 2012

Pekan Ijok


Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) melalui anak Syarikatnya telah meroboh bangunan-bangunan lama di Pekan Ijok dibawah projek menaik semula taraf pekan kecil tersebut.

Ia diroboh pada awal bulan ini dan bangunan-bangunan konkrik akan mula dilaksanakan sebaik kerja-kerja pembersihan tapak selesai awal bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat tapak projek berkenaan. Turut hadir Ketua UMNO cawangan Kampung Mesjid, Abdul Aziz Jamil yang juga salah seorang pemilik bangunan asal.



Bangunan Rumah Kedai dua Tingkat sebanyak tujuh pintu itu akan dibina dengan harga sekitar RM 180,000.

Keutamaan memilikki bangunan-bangunan rumah kedai yang baru itu ialah pemilik asal yang terlibat dengan projek berkenaan, tetapi jika mereka tidak menolak, ia akan dibuka kepada orangramai.



Fasa kedua projek menaik taraf semula pekan Ijok akan melibatkana beberapa buah lagi rumah kedai lama berdekatan yang juga sebelum ini dibuat daripada kayu dan sudah tidak sesuai lagi.



Pembangunan semula Pekan Ijok amat bertepatan sekali memandangkan ia terletak bersebelahan dengan Pekan Lenggong dan Gerik yang bersempadan dengan Negara jiran, Betong di sebelah Thailand.

Dibawah program menaik taraf pekan-pekan kecil di seluruh Perak ialah melibatkan sebanyak 14 buah pekan kesemuanya termasuk Kubu Gajah dan Batu Kurau dalam Parlimen Larut.

Satu taklimat khas mengenai projek tersebut telah diadakan oleh Pegawai PKNP di mesyuarat Jawtankuasa Tindakan (JKT) Daerah Larut, Matang dan Selama baru-baru ini.

1 comments:

Anonymous said...

Janji ditepati slogan Merdeka amat sesuai dengan pekan Ijok. Bagaimana dengan Kubu Gajah.

Bangunan kerajaan sepatutnya di bina juga di Kubu Gajah.

Kami berhenti menanam nenas kerana pejabatnya di Kemunting (tempat tiada nenas). Pejabat kelapa sawit bertukar ke Simpang Empat Jadam (tempat tiada kelapa sawit). Sepatutnya pejabat ini dibina seperti di Kubu Gajah tempat banyak ladang sawit. Dan seterusnya pejabat2 yang lain.

Kita perlu tempatkan pejabat kerajaan di luar Ipoh supaya Perak membangun seperti Selangor. Shah Alam ibu negeri Selangor berkembang dengan pesatnya.

Putrajaya tempat pejabat persekutuan juga berkembang dengan pesat.

Sepatutnya pejabat kerajaan Perak harus dibina seperti di kawasan Pondok Tanjung, bukan di Ipoh.

Kalau di Ipoh, Lim Kiat Siang tidak setuju kerana ia akan CONGESTED. Saya gunakan perkataan beliau sendiri.

Pada 13 Mei ada juga orang Cina suruh Melayu balik hutan.

Saya setuju tentang perkara ini jika kerajaan Perak pindahkan pejabat kerajaan ke hutan simpan, seperti apa yang dibina di Putrajaya.

Begitu juga pembangunan yang lain.