Template by:
Free Blog Templates

28 August 2012

Jamuan raya


Sebanyak rm 90,000 diperlukan untuk pemasangan paip air masyarakat di kampung Padang Lalang dekat Batu Kurau.

Setakat ini sebanyak rm 40,000 telah diperolehi bagi projek sepanjang lima kilometer itu termasuk melibatkan kampung bawah bangol sebelah.

Demikian dinyatakan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika menghadiri jamuan hariraya Aidilfitri selepas mesyuarat jawatankuasa dan keselamatan kampung (JKKK) kampng Perak dirumah ketua kampung, Zakaria Hamid.

Projek paip air masyarakat itu penting kerana ia memberi kemudahan kepada rakyat yang tidak mampu.



Zakaria yang juga ketua UMNO cawangan kampung Padang Lalang mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan Kerajaan menyediakan peruntukan tersebut.



Projek air masyarakat ini merupakan isu besar dan penduduk amat mengalu-alukan penyelesaian tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

Kalau UMNO hendak menang cuba jangan berikan tender kepada keluarga pemimpin UMNO.

Ini bermakna jangan pilih calon yang ada business kerana mereka tiada masa untuk membangunkan tempat mereka sendiri dan tidak terlibat untuk mendapatkan tender kerajan.

Isu pembangkang sekarang ialah isu tender kerajaan. Kempen laman web dan surat edaran mereka penuh dengan isu tender kerajaan yang diberikan ahli keluarga pemimpin UMNO.