Template by:
Free Blog Templates

3 August 2012

Hakmilik






Sebanyak 70 hakmilik perumahan awam di Perak belum diambil oleh merka yang berkenaan.

Manakala kelewatan sebanyak 72 lagi hakmilik yang bertukar nama disebabkan msalah bicara kuasa.

Pengerusi jawatan kuasa kira-kira wang (PAC) negeri Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas mempegerusikan mesyuarat PAC di bangunan SUK,pagi tadi.

Beliau menyeru agar hakmilik yang belum diambil dibahagian perumahan awam dibuat segera bimbang jikalau berlaku kehilangan.

Bahagian perumahan juga digesa menghebahkan mengenai hakmilik yang belum diambil itu secara berulangkali.

Sementara itu, bahagian perumahan turut ditegur kerana berlaku dua kes hakmilik rumah yang belum diserah termasuk satu kes menjangkau 15 tahun.

Bahagian perumahan juga telah mengutip tunggakan rumah yang disewa dari 27 juta pada tahun 2008 kepada rm 16 juta.

PAC juga menegur majlis bandaraya Ipoh supaya melakukan sesuatu tindakan bagi mengutip balik pendapatan sebanyak RM 2.6 juta daripada tiap-tiap bulan dalam tempoh antara 54 ke 74 bulan sewa gerai di pasar besar Ipoh.

Tiap-tiap bulan MBI mengutip sewa rm 43,134 selain di pasar besar bercham kutipan sewa yang hilang kerana tiada sewa dalam tempoh tiga tahun sebanyak rm 1.5 juta.

PAC juga menegur pusat transformasi luarbandar (RT) di Gopeng agar merancang program yang boleh menarik ramai rakyat, mengunjunggi tempat tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Saya syorkan hakmilik hanya diberikan jika mereka atau waris mereka duduk di situ.

Jika disewakan kerajaan ambillah balik dengan bayaran yang sama dengan pembeli yang baru.

Kalau YMDS turun padang betul2 ramai antara mereka ini mempunyai lebih daripada satu rumah hingga mereka tidak dapat mengemaskan semuanya. Sebab itu mereka tak pandang lagi hak milik yang YMDS hendak beikan.

Anonymous said...

Di tempat saya berkerja dulu jika boss tak boleh kutip hutang berjuta2 ringgit kita tukarkan dengan boss baru.

Datuk Bandarraya sepatutnya ditukarkan kepada orang seperti YMDS kerana beliau tak pendai kutip hutang saya rasa jika dibandingkan dengan YMDS.

Kadang2 untuk kutip hutang ini kita perlu lawyer yang menjadi Datuk Bandar. Bukan sebarang orang boleh jadi Datuk Bandar. Kalau begitu keadaannya kita memilih Cikgu Abu Aliddin pun boleh jadi Datuk Bandar Ipoh. Carilah orang UMNO yang garang atau pun muka garang seperti MB Pahang dan yang berkelulusan undang2.