Template by:
Free Blog Templates

4 August 2012

Bekas Ketua Wanita








Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Kampung Perak, Hajjah Ropeah binti Yaakub yang sedang uzur begitu terharu diatas kunjungan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar di rumahnya malam tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah melawat Ropeah, 70 tahun yang berkerusi roda selepas majlis berbuka puasa di Mesjid Kampung Perak di Batu Kurau.

Ropeah adalah juga bekas Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian dan tinggal bersama suaminya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga melawat seorang lagi warga emas di Kampung Perak, Che Mee bin Haji Abdul Hamid, 81 tahun.

Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Fauzi Kassim, Ketua Kampung Perak, Zakaria Hamid dan Ketua UMNO cawangan Kampung Perak, Omar Mokhtar.

1 comments:

Anonymous said...

Saya harap mana2 ketua wanita yang kalah eloklah dikeluarkan memegang jawatan tinggi kecuali jawatan dalam parti kerana dalam wanita UMNO yang lebih baik prestasi mereka masih ramai tetapi mereka hanya menjadi ahli UMNO biasa. Keanapa kita masih pilih yang kalah? Mereka lebih baik jadi pengarah FGVH kalau mereka ada ladang kelapa sawit. Kalau tak ada lupakan saja hengak menjadi ahli lembaga pengarah FGVH.

Saham FGVH turun kerana IPO diberikan kepada mereka/institusi yang kaki main saham, bukan yang menyimpan saham untuk keuntungan jual buah kelapa sawit tapi kaki jual saham. Cuba lihat nominees KWSP dan KWAP asyik jual beli saham FGVH.

Lagi satu ia turun harga kerana keuntungan suku tahun pertama dan kedua menurun.

Lagi satu munkin lembaga pengarahnya pun jual saham. Nanti kita lihat dalam laporan tahunannya. Tapi mereka pandai saham pegangan mereka sekarang ini jarang dituliskan dalam buku laporan kerana mereka takut ada ahli yang lebih banyak ada saham tapi tidak alonkan untuk dipilih jadi pengarah complain mereka dalam mesyuarat agong.

Lagi satu pengurusinya dan CEOnya tidak menunjukkan petunjuk yang bari.