Template by:
Free Blog Templates

12 August 2010

Kemerdekaan







Semangat kemerdekaan harus subur dalam setiap sanubari rakyat Malaysia, tanapa disuruh atau dipaksa.

Malah kerana Kemerdekaanlah sesebuah bangsa itu bebas dari belengu penjajahan dan menjadikan Negara itu berdaulat seperti Malaysia.

Saya menyatakan demikian di majlis pertandingan mengebar Jalur Gemilangan di Dewan Serbaguna Bagan Bahru anjuran UMNO Cawangan Bagan Bahru yang melibatkan lima buah Cawangan berdekatan.

Kemerdekaan adalah juga lambang kemegahan dan Sejarah, tanpanya sesabuah bangsa itu akan berada jauh di belakng daripafa Negara-Negara yang membangun dan maju kehadapan.

Justeru, rakyat berbulang bangsa di Negara ini harus bersyjukur dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana berada dalam keadaan aman dan makmur.

11 August 2010

PPRT



Masih ramai rakyat miskin yang memerlukan bantuan rumah Kerajaan, terutama di kalangan mereka yang tidak mampu untuk memilikkinya dengan wang sendiri.

Saya sendiri telah berulangkali membangkitkannya ke pihak yang berkenaan, walapun memahami peruntukan yang terhad pada sesuatu masa programa ini dilaksanakan, tetapi yang penting keutamaan harus dibrikan kepada kawasan-kawasan yang dikenalpasti.

Semalam, Saya menghadiri majlis kenduri kesukuran penerima bantuan rumah PPRT, Abang Mutalib Abdullah, 45 tahun di Kampung Sungai Jernih, Ijok.

Beliau tinggal bersama isteri, Rashidah binti Mohd Radzuan dan tiga orang anak yang masih kecil. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Kampung, Jamaluddin Mat Isa.

Kerajaan juga harus mengkaji semula kenapa ramai Kontraktor Kelas F menolak tawaran membina rumah-rumah PPRT yang sekarang sekarang setiap satu bernilai RM 33,000.

10 August 2010

Road to Mekah





Tabung Haji disarankan agar mencari pendekatan untuk memudahkan Masyarakat Islam membuka akuan simpanan mereka di kawasan yang tiada Pejabat cawangan atau wakil Tabung Haji.

Justeru, Pejabat Penghulu dicadangkan dijadikan tempat untuk tujuan tersebut dengan wakil Tabung Haji datang sekurang-kuangnya sebulan sekali untuk memproses akuan tersebut.

Saya berkata demikian ketika melancarkan kempen Road To Mekah,dengan membuka akuan di Tabung Haji untuk anak-anak yatim dan pelajar Sekolah di sekitar DUN Kubu Gajah.

Kempen yang dianjurkan oleh ADUN Kubu Gajah itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Redang Panjang.

Turut dihadiri Pengarah Tabung Haji Perak, Haji Hamidon bin Ibrahim dan Pengetua Sekolah Menengah Redang Panjang, Rosiah binti Rosalan.

Pada masa ini, selain pejabat cawangan Tabung Haji, Orang ramai boleh berurusan dengan Tabung Haji di wakil-wakil yang dilantik samada di Bank Rakyat atau Pejabat Pos, tetapi di tempat yang tiada langsung agensi berkenaan, ia sudah pasti menimbulkan masalah.

Saya juga turut mencadangkan Tabung Haji menyediakan kaedah maklumat terkini untuk bakal-bajal haji mengetahui tarikh pemergiaan mereka ke Mekah.

Ini adalah kerana, ada bakal haji yang telah membuat persediaan, tetapi tarikh pemergiaan mereka dibatalkan pada saat-saat akhir atau tarikh mereka berangkat dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Ada juga mereka yang tidak faham membuat persiapan menjangkakan mereka akan bertolak pada tahun berkenaan, tetapi sebenarnya tarikh belum ditetapkan oleh Tabung Haji dan kekeliruan ini tidak seharusnya berlaku.

Saya juga menyarankan agar disediakan insentif bagi menarik lebih ramai remaja membuka akuan mereka dengan Tabung Haji.

Walaupun, sudah menjadi kewajipan bagi Umat Islam menunaikan Haji ke Mekah, tetapi galakan dan kempen yang lebih luas haruslah dilancarkan oleh Tabung Haji terutama di kalangan remaja dan pelajar Sekolah.

Pelancaran kempen membuka akuan di Tabung Haji yang dianjurkan oleh ADUN Kubu Gajah itu adalah yang pertama diadakan tahun ini dan berharap ia akan menjadi contoh di kawasan lain.

9 August 2010

Nasyid semakin popular




Selain menganjurkan pertandingan Nasyid, mencipta lirik lagu berunsurkan agama dan memberi nasihat juga harus digalakan.

Berdakwah secara sederhana boleh menarik lebih ramai remaja mendekati agama. Pertandingan Nasyid adalah salah satu cara yang terbaik.

Saya berkata demikian ketika menutup majlis dan penyampaian hadiah pertandingan Nashid peringkat Negeri Perak anjuran Jabatan Penerangah di perkarangan Bangunan UMNO Batu Kurau, malam tadi.

Kumpulan Nasyid dari Felda, Ijok dalam DUN Kubu Gajah muncul johan dan mengondol hadiah dan wangtunai sebanyak RM 1,500 diikuti oleh sebuah kumpulan dari Ipoh yang mendudukki tempat kedua dan menerima hadiah wangtunai RM 1,000.

Sebanyak 20 pasukan seluruh Perak mengambil bahagian. Kumpulan Nasyid Felda, Ijok sebelum ini muncul naib johan perandingan Nasyid anjuran Kemas Negeri.

Pertadingan Nasyid, jangan hanya dilihat sebagai satu budaya yang diperkenalkan semenjak turun temurun, tetapi juga harus diberikan penenkanan dalam memupuk semangat keluargaan dan perpaduan.

Negara masih memerlukan ramai lagi kumpulan Nasyid yang boleh diketengahan dan menjadi pujaan ramai, tetapi mestilah membuat persembahan secara konsisten.

DUN Kubu Gajah juga akan mengadakan pertandingan Nasyid dikalangan remaja pada bulan Ramadan ini, selain aktiviti keagamaan yang lain.

8 August 2010

Warga emas sakit



Saya amat simpati dengan Warga Emas, Ariffin bin Awang Kechik, 71 tahun yang sedang sakit di rumahnya di Redang Panjang.


Dalam lawatan dengan Timbalan Ketua UMNO Cawangan Redang Panjang, Sabariah Hassan Saya telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga beliau.


Ariffin yang terharu dengan kehadiran Saya adalah seorang yang cukup aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan.


Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat segera menghulurkan bantuan, terutama membantu kos perubatan Ariffin.

7 August 2010

Berkelah di kampung



Seperti kebiasaan bila turun ke padang, Saya tidak menolak pelawaan penduduk kampung untuk berkelah.


Di Kampung Sangkut, Ijok Saya berkelahan di rumah Ibu Mertua, Mohamed bin Abdullah yang mengadakan majlis makan tenghari dan kenduri durian.


Sejak Pilihanraya Umum lagi, Saya sering singgah dan makan tenghari di rumah Ibu Mertua Mohamed kerana beliau suka menghidang masakan kegemaran Saya.


Terima Kasih Daun Keladi.

6 August 2010

KEMAS- agensi penting Kerajaan








Kemas memainkan peranan penting dalam menerangkan dasar-dasar Kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Kemas adalah agen dan mata telinga Kerajaan dan mereka juga merupakan institusi yang boleh meyemarakan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat jelata.

Berucap ketika meresmikan majlis penutup temasya sukan tadika DUN Batu Kurau dan Kubu Gajah, semalam, Saya berharap usaha ke arah memupuk perpaduan janganlah dilihat sebagai perkara remeh.

Pembangunan dan kemajuan pesat hanya boleh dicapai melalui perpaduan, tambah Saya di majlis yang disertai oleh kanak-kanak Tadika yang berlangsung di Padang Stadium Mini Batu Kurau.

Saya turut memuji usaha Kemas menjalankan aktiviti yang boleh mencungkil bakat baru di kalangan anak-anak muda dalam pelbagai bidang.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Batu Kurau, Tajuddin Ismail, Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Saihan dan Pegawai Kemas Parlimen Larut, Nordin Abud Hassan dan Ketua-Ketua Kampuing dalam DUN Batu Kurau dan Kubu Gajah.

TPM - Perpaduan



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)pusat, berharap komponen parti mengutamakan perpaduan dan elakan daripada sebarang perbalahan yang boleh menjurus kepada perpecahan.

Dalam satu perjumpaan tertutup dengan seluruh pimpinan BN peringkat Negeri, beliau berkata parti itu tidak mampu berbecah dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Eratkan kerjasama yang sedia ada dan saling soikong menyokong diantraa satu sama lain dan yakin BN masih releven sebagai parti mewakili rakyat.

Perjumpaan BN Negeri itu diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang juga turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Dewan Undasngan Negeri (ADUN) BN.

TPM kemudian berlepas pulang dengan diiringgi oleh Dr Zambery ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis mewakili Perdana Menteri.

5 August 2010

Peladang



Tahniah diucapkan kepada Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak yang baru dipilih dalam Mesyuarat Agungnya pada hari Selasa lalu.


Semoga dengan kepimpinan yang baru ini, PPN Negeri juga akan mendapat nafas yang baru dalam mengangkat martabat peladang terutamanya di Perak.


PPK juga mengharapkan PPN yang begitu banyak mendapat bantuan Kerajaan Negeri terutama dalam pembantunan tanah pertanian, tidak lupa tanggungjawabnya membantu ahli gabungan.


Kerajaan Negeri tidak mungkin dapat membantu setiap PPK dalam mendapatkan kelulusan permohonan tanah bagi tujuan pertanian, tetapi dengan adanya sokongan PPN, ia akan menjadi penggerak dalam merialisasikan hasrat Peladang kawasan.

Final bola sepak





Menutup dan Menyampaikan hadiah pertandingan Bola Sepak 9 sebelah Pemuda UMNO Cawangan Bukit Bertam, Batu Kurau dalam UMNO Bahagian Larut.


Kor Tentera Darat, muncul Johan, diikuti Naib Juara Pasukan UMNO Kamunting dan ketiga ZOO Taiping manakala sawit korner di tempat keempat.


Turut hadir di majlis penutup itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin dan Jawatankuasa Bahagian serta Ketua-Ketua UMNO Cawangan.


Saya ingin mengucapkan tahniah diatas penghormatan yang diberikan oleh Pemuda UMNO Cawangan Bukit Bertam.

4 August 2010

Siber




Pembukaan Siber Kafe di pekan-pekan kecil amatlah digalakan untuk kemudahan Internet kepada penduduk, terutama golongan pelajar.

Saya berkesempatan melawat Siber Kafe, Mohd Ismail bin Mohamad Dahalan, 28 tahun di pekan Ijok yang baru beberapa hari sahaja dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakan.

Perkembangan IT di luar bandar semakin mendapat sambutan dan Saya sendiri menggalakan program celek komputer.

Kearah itu, JKKK akan dibekalkan komputer untuk memudahkan Ketua Kampung dan JKKK menggunakan Internet.

Tekun



Banyak permohonan Tekun didapati lewat mendapat kelulusan.Justeru pihak berkenaan diharap dapat bertindak bagi menggurangkan kes tunggakan permohonan.

Saya sendiri menerima banyak aduan daripada pemohon yang ingin mendaptkan pinjaman Tekun. Begitupun, pada masa yang sama, ramai juga peminjam yang gagal membayar balik hutang mereka.

Baru-baru ini, Saya melawat Kedai Runcit, Roslina binti Tajeri di Sungai Ara yang juga menunggu permohonan pinjaman Tekun untuk mengembangkan pernigaan beliau.

Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah sentiasa menerima banyak permohonan untuk mendapatkan sokongan, pinjaman Tekun..

3 August 2010

Silat tradisi




Menyaksikan majlis tamat latihan Silat tradisi di Kampung Pantai Besar yang turut dihadiri oleh penduduk tempatan.


Ketua Kampung, Zainal Amin turut hadir di majlis yang dilangsungkan dalam majlis makan tengahari.


Adalah diharap seni mempertahakan diri terus menjadi budaya dan pegangang generasi muda, sekalipun arus moden terus berkembangan.


Sebelum itu, Saya juga hadir di majlis makan tenghari sempena tamat latihan tomoi siam di kampung Jemerang Setar.

2 August 2010

Perjumpaan Adun





Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli dewan undangan Negeri (BN) Perak di Ipoh.

Perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar itu merupakan pertwmuan biasa pemimpin dan anggota pengubal dasar Kerajaan.

Dr zambry sebdiri mempengerusikan mesyuarat tersebut.

1 August 2010

Mesra Ijok








Alhamdullilah, hari ini, saya menerima banyak undangan meresmikan program sepanjang minggu termasuk Mesra Ijok anjuran Jabatan Penerangan yang disertai oleh penduduk-penduduk di sekitar pekan Ijok.

Kemesraan penduduk amat sekali dalam program yang dianjurkan termasuk sukanika. Kamping Teras muncul Juara keseluruhan. Kampung-Kampung Bendang Luas, Kampung Mesjid, Kampung Sangkut, Sungai Jernih dan Kelian Gunung turut menyertai program sehari itu.

Sebelum itu, Saya turut meresmikan Sukanika di Sungai Ara juga dalam DUN Kubu Gajah. Turut mengambil bahagian dalam program ini ialah Kampung Jemerang Setar, Kelian Cinei dan Kampung Haji Mat Ashek.

Ketika meresmikan program-program tersebut Saya menekanankan pentingnya perpaduan Melayu jika mereka tidak mahu Ketuanan Melayu luput.

Orang melayu akan hilang kuasa di tanah tumpah darahnya sendiri jika mereka memilih untuk tidak bersatu dan mementingkan diri sendiri dalam mencapai hasrat politik mereka.

Orang melayu jangan mudah terperangkap dengan politik halus mereka yang hanya mempunyai agendi tersendiri tanpa memikirkan risiko jika orang melayu berpecah.

Saya juga beharap JKKK yang lain mencontohi program yang boleh memupuk keharmonian penduduk kerana perpaduan masyarakat akan menjadi teras kestabilan politik dan ekonomi Negara.

Pak Usop Janggut Fishing






Program 'JUM PI MENGAIL' telah diadakan di kolam ikan milik Pak Usop janggut di felda Ijok pagi tadi.

Ketika merasmikan program tersebut, saya memuji langkah yang diambil oleh pemilik kolam tersebut, Mohd Yusop Hanfiah kerana ia bukan sahaja menggalakkan satu hobi aktiviti luar, tetapi boleh memupuk perpduan.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari ramai peserta termasuk dari luar felda.

Usaha Pak Usop itu boleh menggerakkan kolam-kolam lama yang tidak digunakan diusahakan semula.

Turut hadir Ketua Kampung, Haji Shuhukur Jaman dan pengurus felda, Razali b. Dan.