Seramai 67 orang menyertai UMNO pada satu majlis yang diadakan di Kampung Bukit Nering dalam DUN Kubu Gajah.
Daripada jumlah tersebut seramai 35 orang adalah penyokong atas Pagar dan mereka menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO kepada Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut.
Penyerahan borang ahli baru itu diadakan sempena majlis kenduri Durian yang turut dihadiri Ahli-Ahli UMNO di Kampung tersebut, petang tadi.
Dalam Ucapan sambil mengalu-aluan kemasukan mereka ke dalam UMNO, ia memberi satu petanda yang baik dan akan memperkukuhkan lagi Parti tersebut, menjelang Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.
Saya percaya berkat kepimpinan Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Moh Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri rakyat semakin yakin dan percaya bahawa hanya UMNO sahajalah yang mampu membela nasib dan masa depan Orang Melayu.
Dengan tindakan yang diambil itu Saya percaya lebih ramai lagi yang akan tampil untuk menyertai UMNO dan sekaligus memperkasakan lagi perjuangan mereka.
Kekalutan yang berlaku dalam Parti Pembangkang juga menjadi faktor pengikut mereka semakin hilang keyakinan terhadap perjuangan mereka selama ini yang semakin hilang arah dan tujuan.
Rakyat semakin sedar bahawa mereka memerlukan Parti yang benar-benar serious seperti UMNO untuk memperjuangkan nasib mereka.
Rakyat semakin bijak dalam menilai kredibaliti Parti dan Pemimpin mereka dan mereka tidak jelas menolak mana-mana Pemimpin yang hanya mabuk kuasa.
Turut hadir ialah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Hasbullah Haji Elias dan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagiana serta Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim.











