Template by:
Free Blog Templates

7 September 2010

Imam dapat duit raya




Kerajaan Negeri Perak hari ini mengagihkan lebih RM 200,000 duit raya kepada lebih 1,000 Imam, Siak dan Guru Kafa daerah Larut Matang dan Selama.

Saya turut sama menyampaikan sembangan tersebut di Dewan Majlis perbandaraan Taiping (MPT).

Turut sama menyampaikan sumbangan ialah Adun Kemunting, Datuk Zahir Khalid Pegawai daerah Larut Matang dan Selama, Datuk Mahmud Mushdi, Adun Batu Kurau, Kapt. Datuk Najmuddin Elias dan Adun Terong, Rosli Husein.

6 September 2010

Bajet




Ketua-Ketua Kampung harus mempunyai imej dan pemimpin berwibawa serta berpengaruh dalam memberi khidmat yang lebih berkesan kepada anak-anak buahnya.


Justeru, mereka harus memperbaiki imej mereka terlebih dahulu jika tidak sukar bagi mereka untuk memimpin.


Dalam hubungan ini, kedudukan mereka mestilah baik, adalah wajar mereka diberikan insentif agar ketua-ketua kampung dapat menjalankan tugas dengan lebih produktif.


lantas elaun ketua-ketua kampung wajar dinaikan dan bilangan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung dan diharap Kerajaan dapat mempertimbangkannya.


Saya berkata demikian dalam majlis dailog mengenai bajet 2011 anjuran KerajaanNegeri kepada Pemimpin Masyarakat termasuk ketua Kampung di seluruh Perak di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Ipoh, pagi tadi.


Pandangan itu disuarakan berikutan taklimat bajet oleh Pegawai Kewangan Negeri yang menyentuh peruntukan tambahan RM 30 Juta yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.


Cadangan itu mendapat sokongan ketua-ketua kampung dan mereka mengucapkan terima kasih diatas pandangan yang disuarakan itu.


Dalam dailog tersebut rata-rata ketua kampung menyuarakan pelbagai masalah di peringkat kampung masing-masing yang perlu diberikan perhatian.


Peruntukan tambahan RM 30 juta itu adalah yang julung kali dilakukan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir hasil pendapatan tambahan kutipan cukai tertunggak sebanyak RM 170 juta.


Selanjutnya, kenaikan gaji setiap tahun sebanyak 8 peratus atau 21 juta ringgit atau 60 peratus. Masalan pengambilan tanah juga menyebbab kadar kutipan caukai berkurangan, walaupun pendapatan Negeri terus meningkat.


Sehubungan dengan itu, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi jkkk diminta membantu pemilik tanah agar membayar cukai kerana cukai adalah punca utama hasil pendapatan Negeri.


Selain mengenakan denda keatas mereka yang gagal membayar cukai, Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk merampas tanah-tanah yang terbabit.


Rakyat, katanya harus faham bahawa segala kutipan cukai itu kelak akan dipulangkan balik kepada rakyat melalaui perlaksanaan pelbagai projek dan kemudahan.


Selain daripada itu sebanyak RM 2 juta disediakan untuk peruntukan tamabahan kebajikan.


DUN Perak dijangka bersidang tidak lama lagi bagi meluluskan bajet 2011.

Pasir






Dalam perjalanan ke Redang Panjang, Saya sempat singgah di Batu 25 untuk melihat pengambil pasir yang banyak di situ. Cuma diharapkan usaha mendalami Sungai bagi menggelakan banjir tidak terjejas.


Batu 25 adalah tempat yang sering mengalamil banjir dan mejejaskan lalulintas di situ.


Saya juga berharap pihak JPS dapat melihat dan mengambil tindakan segera keatas pengambil pasir di Sungai Batu 20 berdekatan dengan Jelai, kerana bimbang dengan masalah banjir yang akan berlaku, terutama menjelang Hari Raya Aidil Fitri tidak beberapa hari sahaja lagi.


Saya juga telah meminta Ketua-Ketua Kampung Batu 20 dan Jelai agar mengambil tindakan segera keatas projek mengorak pasir jika ia menjejaskan banjir di situ.


Sebelum ini, Saya sendiri telah membangkitkan masalah sungai di batu 20 ke pengetahuan Mesyurat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama untuk diambil tindakan kerana bimbang tebing sungai berkenaan semakin menghampiri rumah penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai.

Anak Yatim-Raya




Alhamdullilah, Saya dan Keluarga meraikan 38 orang anak-anak yatim Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) di majlis berbuka puasa, petang semalam.

Buat pertama kali majlis itu diadaan di bangunan baru BAKIP di Meru Raya, berdekatan Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Jelapang.

Pada tahun-tahun yang lepas, mereka diraikan d Rumah BAKIP di Green Town, Ipoh.

Saya juga turut memberi sedikt sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut yang akan puklang berhariraya ke kampung halaman masing-masing besok.

Bazar Ramadan






Saya kagum dengan Ahli UMNO Bahagian Larut yang sanggup berniaga, menambahkan pendapatan di bulan Ramadan ini.


Malam tadi, Saya sempat melawat gerai di bazar Ramadan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian, Haji Amir Haji Ali dan beberapa orang yang lain di Pekan Taiping.


Haji Amir dibantu oleh beberapa orang anak dan adik perempuannya. Seorang daripada anak beliau, mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir.


Bazar Ramadan di Taiping adalah diantara tempat yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Islam setiap kali menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

5 September 2010

Puteri-berbuka












Keghairahan berpolitik janganlah sampai menjejaskan perpaduan ummah kerana sebarang perpecahan amat merugikan.


Perpecahan akan membantutkan lagi program untuk Negara mencapai kemajuan dan akhirnya rakyat yang rugi kerana ketinggalan bersaing dengan Negara-Negara membangun yang lain.


Saya berkata demikian di majlis sumbangan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Puteri UMNO Bahagian Larut di perkarangan Mesjid Redang Panjang, petang semalam.


Pada majlis itu Yayasan Derina, telah memberi sumbangan kepada penduduk termasuk OKU yang disampaikan oleh Pengerusinya, Rina binti Harun yang juga Ahli EXCO Puteri UMNO Malaysia.


Saya juga turut memuji usaha yang dimainkan oleh Puteri dalam mendampinggi masyarakat serta menjalankan kegiatan kebajikan.


Pada majlis tersebut juga disampaikan sumbangan kepada Mesjid-Mesjid di DUN Kubu Gajah.


Turut hadir di majlis tersebut dan berbuka puasa ialah mantan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Ali Mohd Isa, Aida Mohd Noor yang juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Derina, Naib Ketua UMNO Bahagian, Mohd Fauzi Kassim, Ketua Puteri Bahagian Lenggong, Rosmawati, Ketua Puteri Bahagian Larut, Azariah Budin dan Ketua-Ketua Kampung.

4 September 2010

Bantu





Saya amat simpati dengan penderitaan Mohd Khori bin Yusof, 62 tahun yang kudung tangannya akibat dipatuk ular ketika melawat beliau di rumahnya di Kampung Tersusun Batu 20.

Beliau hiba danmengalir air mata ketika Saya mengunjung beliau yang terlantar atas katil di rumahnya petang semalam.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat segera membantu beliau yang tidak lagi mampu bekerja.

Saya juga sempat melawat seorang mualaf, maliah binti abdullah, 56 tahun di Kampung batu 20 yang merayu untukmendapatkan bantuan rumah PPRT kerana beliau tidak memunyai tempat tinggal.

Beliau kini terpaksa menumpang di sebuah rumah yang agak uzur dan menunggu masa sahaja untuk runtuh.

Permohonan beliau itu akan segera dapat diluluskan oleh Agensi berkenaan yang menggendalikan rumah PPRT.

Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa juga hadir.

PPRT-buka





Petang semalam,selepas majlis penyampaian bantuan raya oleh Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, Saya telah berbuka puasa bersama penduduk Batu 20 di rumah baru Md Noor bin Zakaria, 49 tahun yang menerima bantuan rumah PPRT.


Noor yang tinggal bersama keluarganya gembira menerima bantuan rumah berharga RM 33,000 dan berterima kasih kepada Kerajaan yang begitu perihatin dengan rakyat miskin di Negara ini.



3 September 2010

Pembangkang





Pembangkang dibidas kerana masih membuat fitnah di bulan ramadan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kesal kerana sudah menjadi budaya pembangkang memesong fakta.

Dr Zambry berkata demikian di majlis penyampaian bantuan banjir dan duit raya Dun Kubu Gajah di Bagan Bahru petang tadi.

Lebih 270 orang penduduk menerima sumbangan tersebut di dewan serbaguna Bagan Bahru.

Menteri Besar berkata walaupun manghadapi gangguan daripada pembangkang, tetapi tidak menghalang beliau meneruskan tanggungjawab memajukan perak.

Beliau juga membidas sikap tidak gemtelman pembangkang keatas ahli-ahli mereka yang meninggalkan parti.

Di majlis tersebut juga deserahkan sebannyak 756 ahli baru kepada menteri besar dan kemasukkan Pak Su Mat Arop Bin Saman, 65 tahun bekas timbalan ketua cawangan pas Bagan Bahru ke dalam UMNO

2 September 2010

Duit raya





Kerajaan diminta agar membuka lebih banyak ladang rakyat untuk membantu rakyat miskin.

Diantara agensi Kerajaan negeri yang terlibat mengurus ladang rakyat ialah perbadanan pertanian negeri (PKNP).

Saya kata demikian ketika menyampai duit raya PKNP kepada 140 orang DUN Kubu Gajah di Dewan Merdeka Selama petang tadi.

Ladang rakyat di Sungai Segar telah dimajukan pada 1990 dan mengeluarkan dividen pada 1996.

Saya berharap masalah pemberian hak milik tanah dapat dipercepatkan bagi mengelakkan penerokaan haram.

Birokrasi adalah masalah yang boleh menghalang kemajuan dan untuk maju sikap sedemikian harus dihapuskan.

Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi, ladang rakyat adalah juga untuk membasmi kemiskinan.

Ramandan




Petang semalam saya berbuka puasa dengan penduduk kampung Tebing Tinggi sambil menyampaikan sumbangan raya.

Saya juga berjemaah sunat terawih dan menziarah kematian warga emas berusia 90 tahun di Bagan Bahru.

1 September 2010

Peladang



Persatuan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan menjalankan pelbagai kegiatan bagi kepentingan ahli-ahlinya.

PPK juga akan membabitkan diri dalam bidang ternakan secara komersial.

saya berkata demikian di majlis penyampaian zakat ahli-ahli PPK di bangunan PPK Batu Kurau petang tadi.

Selaku pengerusi PPK saya menyeru agar ahli-ahli di semua unit peladang Batu Kurau agar Pro Aktif dan sentiasa mendapatkan khidmat daripada agensi-agensi berkaitan.

Lebih 100 ahli PPK menerima sumbangan zakat termasuk warhga emas.