Template by:
Free Blog Templates

29 March 2011

Gotong Royong




















Memberi pendidikan adalah pendekatan terbaik mendidik Masyarakat agar bersikap lebih bertanggung jawab daripada tindakan pihak penguatkuasa.

Ini tidak bermakna Undang-Undang dan Peraturan tidak akan dikuatkuasakan keatas mereka yang melanggar perintah dan arahan.

Menjaga kebersihan wajar dititiberat dan diutamakan oleh Masyarakat bagi melindunggi mereka daripada terjebak daripada sebarang wabak yang mendatngkan penyakit.

Membudayakan sikao menjaga kebersihan juga boleh dijadikan semangat memupuk asas berdisplin di kalganan rakyat.

Kekotoran adalah dunia pembawa segala jenis penyakit dan Masyarakat harus berwaspada pada setiap masa.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen menjaga Kebersihan dan program bergotong royong anjuran Pusat Kesihatan dan Panel Kesihatan Pusat Kesihatan Redang Panjang, dekat Ijok, pagi tadi.

Undang-Undang semata, bukanlah jalan penyelesaian dalam menentukan kesedaran rakyat menjaga kebersihan, sebaliknya sikap bertanggungjawab itu lebih penitng dipupuk.

Soal menjaga kebersihan juga janganlah diletakan di bahu pihak berkuasa Kesihatan semata-mata, tetapi melibatkan semua pihak terutamanya rakyat itu sendiri.

Semengat bergotong royong ini juga boileh memupuk rasa tanggungjawab dan perpaduan kaum yang lebih erat.

Turut hadir di majlis tersebut termasuk membersih kawasan sekitar Pekan Redang Panjang ialah Penolong Pegawai Keshatan Daerah Larut, Matang dan Selama, Dr Norshima binti Abdul Wahab, Pegawai Kesihatan Pusat Kesihatan Redang Panjang, Dr Wan Ali Imran bin Wan Shahibi, Pengerusi Panel Pusat Kesihatan Redang Panjang, Norazman bin Mokhtar serta Ketua-Ketua Kampung sekitar Mukim Ijok dan pemimpin ngo danmasyarakat.

Ketua kampung kemalangan




Melawat Ketua Kampung Sungai Kuning di Ulu Selama,Haji Abdul Rahman Saidin yang baru sahaja keluar dari rawatan Hospital selepas terbabit dalam kemalangan Jalanraya.

Kemalangan itu adalah kali kedua selepas kali pertama tahun lalu, beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Begitupun, beliau bersyukur kehadrat Allah S.W.T. Beliau kini berkerusi roda buat semenara menunggu pulih sepenuhnya.

Siak uzur





Melawat Siak Mesjid Lembah Keluang, Hashim bin Md Said, 69 tahun yang uzur di rumahnya di Pekan Kubu Gajah.

Beliau begitu terharu diatas kunjungan Saya dan mengucapkan Terima Kasih. Pada ketika ini beliau tidak mampu melakukan pekerjaan.

Saya akan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggurangkan bebanan beliau.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kubu Gajah, Azemi Sabran dan Ketua UMN Cawagan Pekan Kubu Gajah, Cikgu Abu Samah Aliddin serta Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut, Cikgu Osman Ahmad.

28 March 2011

Bowling








Saya berharap lebih banyak Pusat Bowling diwujkudkan di Negeri Perak bagi membolehkan lebih ramai penyertaan rakyat, sambil mencungkil bakat-bakat baru.

Pada masa ini,permainan itu bukan sahaja menjadi tarikan remaja, tetapi juga orang dewasa dan mereka yang berkeluarga.

Saya berkata demkikan ketika mersmikan majlis penyampaian hadiah pertandaingan persahabatan Bowling Masyarakat anajuran penduduk-penduduk di sekitar Parlimen Larut di Pusat Bowling Bandar Taiping.

Bekalan makanan pelajar












Pengurusan Sekolah haruslah mempastian setiap bekalan makanan kepada Pelajar mengikut spekfikasi bagi menggelakan berlaku sebarang kejadian yang tidak diinggini.

Tidak kira samada bilangan penerima bantuan makanan tersebut cuma dua atau tiga orang sahaja, pengurusan Sekolah jangan lepas tanagan bagi mempastikan tiada bekalanan yang dihantar itu yang tidak berkualiti.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Rancangan Belia Khas (RTBK) Pondol Tanjung.

Saya juga memianta agar pengurusan Sekolah menyenarai hitam mana-mana pembekal yang cuai dalam menentukan bekalan kepada pelajar.

Mengenai rungutan Ibubapa keatas bilangan kecil pelajar bantuan tersebut, Saya diberitahu adalah Ibubapa yang langsung tidak mengambil berat untuk hadir dalam perjumpaan yang diadakan.

Ibubapa jangan menganggap PIBG itu tidak penting dan hanya sekadar ditubuhkan, sebaliknya ia adalah forum terbaik bagi mereka berbincang dan bertukar fikiran.

Sementara itu, mengenai masalah ketiadaan Makmal Komputer di Sekolah tersebut, Saya memandang berat mengenainnya dan akan membawa perkara itu ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama pada hari Isnin ini.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan RTBK yang baru, Raja Zainal Hafis bin Raja Adnan dan Pengerusi PIBG, Hai Mutalib Mat Dom.

Sebelum itu, Saya turut meresmikan Mesyuarat Agung Sekkolah Kebangsaan Kampung Yaman yang menimbulkan masalah padang Bola Sepak dan kemudahan bangunan baru Sekolah tersebut.

Banjir kampung tersusun






Majlis Daerah Selama diminta agar memperbaiki kawasan dekat Kampung Tersusun di Pekan Kubu Gajah yang sering dilanda banjir bila berlaku hujan lebat.

Air yang bertakung itu mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak yang sering bermain di situ.

Saya melawat ke tempat tersebut selepas mendapat aduan daripada penduduk berkenaan yang merayu agar Majlis Daerah Selama berbuat sesuatu bagi menghalan air dari bertakung yang menyebabkan berlaku banjir.

Penduduk di situ tidak mampu untuk melakukan kerja mengatasi masalah banjir itu kerana kos yang agak tinggi.

Salah satu cadangan bagi mengatasi masalah itu ialah dengan mengorek sebagai laluan air dari kawasan tersebut.

27 March 2011

UMNO-PRU







Kepimpinan UMNO Pusat dan Negeri diminta mengambil kira pandangan dan suara akar umbi bagi menentukan kemenangan Parti daam Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Kepimpinan UMNO harus menjadikan keputusan PRU yang lalu sebagai iktibar dan tidak menggulanggi kesilapan yang boleh mellemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada keseluruhannya.

Semangat dan kerja kuat ahi-ahli UMNO di peringkat akar umbi akan menjadi lemah jika suara dan hasrat kepimpinan dibawah tidak dipandang sepi oleh Pemimpin yang diatas.

Pada masa yang sama, Ahli-Ahli UMNO juga harus bersatu dan tidak bagaikan marahkan pejabat kelambun dibakar.

Nasib Orang Melayu terletak ditangan UMNO dan rakyat pada BN keseluruahnnya bagi membela nasib mereka.

Saya berkata demikian selaku Ketua UMNO Bahagian Larut ketika berucap meresmikan Persidangna tahunan UMNO Cawangan Pekan Selama, di Dewan Orangramai Taman Sentosa pagi tadi.

Mengenai PRU ke 13, UMNO Bahagian Larut akan mempertahankan rekod cemerlang mereka dengan memnanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan.

Pada masa ini, BN Larut melalaui UMNO menguasai kerusi Parlimen, DUN Kubu Gajah, DUN Selama dan DUN Batu Kurau dan merupakan "Simpanan Tetap" kepada BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul razak.

UMNO Bahagian Larut juga berdiri Teguh dibelakang kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri dr Zambry Abd Kadir.